Biodata

Nama penuh: Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin

Nama popular: Iqram Dinzly

Tarikh lahir: 29 September 1981

Umur: 38 tahun

Kelahiran: Ipoh, Perak, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model, pengacara dan penari

Media sosial: Instagram @iqramdinzlyori

Fakta Menarik

1. Anak ketiga daripada empat adik-beradik.

2. Berketinggian 172 sentimeter.

3. Berkelulusan dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

4. Aktif dalam Persatuan Anak Seni Kampus atau PESKA iaitu satu pertubuhan tarian di UiTM yang memperjuangkan irama tradisional. Beliau turut menganggotai kumpulan tarian PRISMA SENI yang mengetengahkan tarian kreatif dan moden.

5. Pemenang Bachelor With Not A Hair Out of Place yang dianjurkan Majalah CLEO pada tahun 2006.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak 2005.

7. Namanya melonjak naik selepas membintangi siri drama Jelatang dan filem Evolusi KL Drift arahan Syamsul Yusof, membawakan watak sebagai Karl.

8. Antara drama dibintanginya seperti Janji Diana The Series, Mentari Jingga, Dunia Baru, Rempit vs Impak Maksima, Vanila Coklat, Dendam Semalam dan Cinta 11 Syarat.

9. Pembabitan dalam telefilem pula antaranya menerusi Din Atau Dina, Memoir Seorang Lelaki, Bila Biniku Gongxi, Lima Kali Cinta, Miss Ustazah dan Dengan Lafaz Bismillah.

10. Di layar perak, Iqram pernah membintangi filem 1957: Hati Malaya, Dunia Baru The Movie, Evolusi KL Drift, Sifu & Tongga, 2 Hati 1 Jiwa, Rasuk, Apokalips X dan Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.

11. Pada tahun 2017, beliau pernah dikatakan cuba mempersendakan agama dengan menggayakan imej berserban sewaktu mengunjungi kelab malam ketika menetap di Langkawi, namun beliau menafikan dakwaan itu dengan menegaskan dirinya hanya berfesyen memandangkan di pulau peranginan tersebut cuacanya agak panas ketika siang sebelum menjadi agak dingin di waktu malam.

12. Sekali lagi Iqram menimbulkan kontroversi pada penghujung 2017 apabila kerapkali beraksi pelik sambil menari dalam beberapa video yang dimuatnaik di laman Instagramnya. Ada pihak mendakwa kononnya beliau mengalami depresi serta kurang waras, namun sebilangan rakan artis mempertahankan tindakannya dengan anggapan dirinya hanya sekadar berekspresi tanpa mempunyai niat lain.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon iqram dinzly 2

biodata dan latar belakang pelakon iqram dinzly 3

biodata dan latar belakang pelakon iqram dinzly 4

biodata dan latar belakang pelakon iqram dinzly 5

biodata dan latar belakang pelakon iqram dinzly 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Mstar

4. Instagram Iqram Dinzly




Hakcipta iluminasi.com (2017)