Kredit foto: Instagram Adam Malek

   

Siapa Adam Malek? Adam Malek Shamsuddin atau nama popularnya, Adam Malek merupakan pendatang baharu dalam dunia hiburan yang bakal membuat kemunculan menerusi drama rantaian terbaharu, Biar Mereka Cemburu.

Siri adaptasi novel dengan judul sama itu turut menampilkan lakonan Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Bella Dowanna, Izzat Mushtaq, Aedy Ashraf, Rubini Sambanthan, Hasmira Azmi, Syahir Shafein dan ramai lagi.

    

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama penuhnya, Adam Malek bin Shamsuddin.
  • Menggunakan nama komersial, Adam Malek.
  • Berumur 24 tahun (2020).
  • Kelahiran Kuala Lumpur.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi dan pelakon.
  • Bakatnya dicungkil daripada program realiti 'Pop Krew' siaran TV9 pada tahun 2014 yang menobatkannya sebagai juara - menerusi kumpulan Novemboys yang turut disertai Haqiem Rusli, Danial dan Wan.
  • Juga pernah menyertai Mentor Milenia 2017, namun gagal terpilih sebagai protege Tomok.
  • Beliau kemudiannya dilamar syarikat rakaman Valient Music pada 2019.
  • Kini meledak dengan single 'Lara', ciptaan komposer Natasha Annes yang merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu 31 menerusi karya 'Lelaki Teragung' dipopularkan Dayang Nurfaizah.
  • Bakal membintangi drama Biar Mereka Cemburu yang akan bersiaran di Slot Megadrama, Astro Ria pada Disember 2020.
  • Laman Instagramnya atas nama akaun @iamadammalek sehingga kini mengumpul lebih 71,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • 'Lara' merupakan terbitan Valient Music hasil kerjasama Universal Music Malaysia yang bertindak sebagai pengedar.
  • Lara mengangkat isu kemurungan dan depresi yang membelenggu masyarakat lewat ini.
  • Single itu terlebih dahulu direkod oleh tiga orang penyanyi, namun kerana tidak bersesuaian, akhirnya sampai ke tangan Adam.

    

Foto

biar mereka cemburu

umur adam malek

biar mereka cemburu drama

lagu adam malek

adam malek 569

pelakon biar mereka cemburu

adam malek ig

adam malek profile

adam malek wikipedia

Kredit foto: Instagram Adam Malek

   

Video

Kredit video: Adam Malek - Lara (Official Music Video)

    

Sumber:

1. Angkat Kisah Depresi, Penyanyi Baru Adam Malek Pertaruhkan Lara

2. Instagram BamBam Studios

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)