Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Sebagai kandungan terbaru, TV3 membawakan 'Pinjaman Syurga' kepada para penonton yang setia menikmati hiburan menerusi slot Akasia.
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Pembuatan drama ini tidak berasaskan kepada adaptasi mana-mana novel.
Kredit foto: Instagram Gambit Saifullah
Ia menampilkan barisan bakat berpengaruh tempatan masa kini melibatkan gandingan hebat Janna Nick, Keith Foo, Gambit Saifullah dan Akif Darwisy.
Sinopsis
Pinjaman Syurga mengisahkan tentang perjalanan hidup Natasha (Janna Nick) dan Taufik (Keith Foo), pasangan muda yang bahagia dan berjaya dalam kerjaya mereka, yang memutuskan untuk berkahwin sebaik tamat pengajian. Selepas lima tahun perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Haikal (Muhammad Akif) dan kehidupan mereka semakin baik dengan kenaikan pangkat dalam kerjaya.
Namun, kebahagiaan mereka tergugat apabila Haikal disahkan menghidap autisme, lantas memunculkan pelbagai dugaan. Teguran masyarakat mengenai kelewatan pertuturan Haikal menyebabkan pasangan ini berdepan dengan kenyataan pahit dan keputusan doktor yang sukar diterima.
Keadaan semakin rumit apabila Taufik menjadi cepat marah, hilang kelembutan dalam hubungan dengan Haikal, manakala ibu Taufik, Puan Aminah (Laila Nasir) menyalahkan keturunan Natasha.
Natasha bergelut sendirian dengan beban emosi yang berat, menyebabkan prestasi kerjanya merosot teruk. Dalam keputusasaan, dia mendapat kekuatan daripada bapanya dan sokongan Zahirah, bekas adik iparnya. Dengan harapan baru, Natasha segera mendaftarkan Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), sebuah institusi khusus untuk membantu anak-anak autisme menjalani kehidupan yang lebih baik.
Di PDK, Natasha bertemu semula dengan Zainal (Gambit Saifullah), sahabat lama yang kini menjadi pengasas pusat tersebut. Kehadiran Zainal memberi sinar harapan, membimbing dan menyokong Natasha serta Haikal dalam mengharungi dugaan hidup. Drama ini menyelami perjuangan Natasha sebagai ibu, mengangkat tema empati, pengorbanan dan kekuatan dalam menghadapi rintangan yang tidak terjangka.
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Uncle Bos Mama (Slot Megadrama Astro Ria)
Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Astro Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dari Mata Turun Ke Hati (Slot Megadrama Astro Ria)
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu (Astro Warna & Sooka)
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lelaki Melayu Terakhir (Slot Samarinda TV3)
Pinjaman Syurga bakal menggantikan siri Dulu Dollah Daebak di slot Akasia. Kredit foto: Instagram Janna Nick
Pelakon / Cast
Ia memperlihatkan barisan bakat tempatan yang berpengaruh, dengan gandingan nama-nama besar seperti Janna Nick, Keith Foo, Gambit Saifullah dan Akif Darwisy.
Kredit foto: Instagram Janna Nick
Drama ini juga menampilkan gabungan bakat yang mendominasi industri, termasuklah Fizo Omar, Natasya Mahyan, Laila Nasir, Ziha Salleh, Aleza Shadan, Sahronizam dan Nur Syazwani.
Watak Pelakon
Janna Nick sebagai Natasha
Keith Foo sebagai Taufik
Gambit Saifullah sebagai Zainal
Akif Darwish sebagai Haikal
Natasya Mahyan sebagai Elisya
Laila Nasir sebagai Puan Aminah
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Hasil karya pengarah Shuhaimi Zulkefli dan Bob Fitri, drama ini direalisasikan ke layar oleh Anomali Media Sdn Bhd.
Nukilan skrip oleh penulis Shaza Talib dan Suzanna Zaily Zin, manakala idea asal pula daripada Hariff Ahamat.
Lagu Tema (OST)
Kredit video: MELEWATI MIMPI - AMIRA OTHMAN [OFFICIAL AUDIO OST PINJAMAN SYURGA]
Tajuk: Melewati Mimpi
Penyanyi: Amira Othman
Komposer: Aiman Sidek
Penulis lirik: Aiman Sidek
Tarikh Dan Waktu Tayangan
Slot Akasia di TV3 akan diserikan dengan kehadiran drama ini mulai 5 September 2024, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam.
Anda juga boleh menikmati episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton.
Tajuk cerita? Pinjaman Syurga
Berapa episod? 8 episod
Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat
Bila tayang? Jam 7 petang
Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton
Kredit video: Pinjaman Syurga | Official Trailer | Tonton