hh

Oleh pada 06 Aug 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Malaysia

        

Siri baharu, 'Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu' mengisi Astro Warna sebagai pengganti kepada 'Dr Pontianak'.

        

perang nasi dagang episod

Kredit foto: Instagram Red Bean Productions & Agency

       

Antara nama-nama besar yang menyerikan produksi ini ialah Sabri Yunus, Nora Danish, Issey Fazlisham, Angeline Tan, Mek Yun dan ramai lagi.

Ia mengisahkan tentang persaingan sengit antara seorang otai Kelantan yang telah berniaga nasi dagang selama 23 tahun di Kuala Lumpur dan pelanggan barunya, seorang lelaki Terengganu, yang membuka kedai nasi dagang tepat di sebelah kedai miliknya, menguji hubungan persahabatan, keluarga dan semangat bersaing mereka.

       

Sinopsis

Drama komedi romantik ini berkisar persaingan sengit antara Stopa dari Kelantan dan Danial dari Terengganu, dua pemilik kedai nasi dagang di Kuala Lumpur (KL).

Stopa telah berniaga selama 23 tahun—hampir sebaya dengan usia anak perempuannya, Sarah. Kehidupannya mula tergugat apabila Danial, yang pada mulanya hanyalah pelanggan baru di kedai Stopa, membuka kedai nasi dagangnya sendiri, 'Nasi Dagang Sek Kiter', tepat di sebelah kedai Stopa, 'Nasi Dagang Sek Kito'.

Persaingan antara mereka bukan sekadar soal masakan, malah juga menyentuh persahabatan, keluarga dan semangat bersaing yang tidak kenal putus asa. Dengan pelbagai taktik dan idea, mereka berlumba-lumba memastikan kedai masing-masing terus menarik perhatian pelanggan, hingga mencetuskan pelbagai situasi lucu dan mengharukan.

       

Baca: Biodata Adrina Kamaruddin, Pelakon Drama Berepisod Perang Nasi Dagang

Baca: 10 Filem Komedi 'Lawak' Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

         

perang nasi dagang pelakon

Kredit foto: Instagram Red Bean Productions & Agency

       

Pelakon / Cast

Dalam produksi ini, penonton akan disajikan dengan lakonan mantap daripada bintang-bintang terkenal tanah air seperti Sabri Yunus, Nora Danish, Issey Fazlisham, Adrina Kamaruddin, Mek Yun, Kimal Mokhtar, Aswad Jalil, Waqqari dan Adam Amri.

Juga termasuk Angeline Tan, Zalif Sidek, Kodi Rasheed, Gesya Shandy dan Asrulfaizal.

        

Watak Pelakon

Sabri Yunus sebagai Stopa

Nora Danish sebagai Mek La Chendering

Issey Fazlisham sebagai Jali

Adrina Kamaruddin sebagai Sarah Mustafa

Mek Yun sebagai Dong Mei Chua

Kimal Mokhtar sebagai Daniel

Waqqari sebagai Jeming Besut

Aswad Jalil sebagai Mat John

Adam Amri sebagai Meri Gigi

Angeline Tan sebagai Che Yam

Zalif Sidek sebagai Merang

Kodi Rasheed sebagai Grenggo

Gesya Shandy sebagai Asmaradana

Asrulfaizal sebagai Hanafi

        

perang nasi dagang drama

Kredit foto: Instagram Red Bean Productions & Agency

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah produksi Red Bean Productions Sdn Bhd, siri ini diarahkan oleh Fazlisham Mat Hussin (Issey Fazlisham), yang juga merupakan pencetus idea asal, dengan skrip ditulis oleh Norsyiella Annuar.

        

perang nasi dagang astro

Kredit foto: Instagram Red Bean Productions & Agency

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

'Perang Nasi Dagang' memeriahkan Astro Warna mulai 19 Julai 2024 di saluran 107, ditayangkan setiap Jumaat pada jam 10 malam.

Untuk tontonan dalam talian, anda boleh menggunakan aplikasi Astro Go dan Sooka yang menyediakan kandungan tersebut.

        

Tajuk cerita? Perang Nasi Dagang

Berapa episod? 8 episod

Setiap hari apa? Jumaat

Bila tayang? Pukul 9 malam

Tonton di mana? Saluran Astro Warna dan platform online, Astro Go serta Sooka

        

Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] Perang Nasi Dagang Episod 1 - Nora Danish, Kimal, Sabri Yunus

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)