hh

Oleh pada 05 Aug 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Drama terkini, 'Lelaki Melayu Terakhir' bakal mengisi slot Samarinda menggantikan siri sebelumnya, 'SeOfis'.

        

lelaki melayu terakhir episod

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Fattah Amin dan Wanna Ali menyuntik nyawa ke dalam watak utama dalam drama ini.

Ia mengisahkan tentang seorang pemuda alim dan seorang wanita moden yang berbeza dunia dipaksa oleh ibu mereka untuk disatukan, namun perbezaan personaliti dan pilihan hidup mereka yang bertentangan mencetuskan konflik yang sukar diatasi.

        

Sinopsis

Berkisar tentang pertembungan dua dunia yang berbeza, di mana Jazlan, seorang pemuda yang berpegang teguh pada ajaran agama dan hidup sederhana, terpaksa menghadapi usaha ibunya, Alawiyah untuk menjodohkannya dengan Kasih, seorang wanita moden yang punya cara hidupnya sendiri. Alawiyah dan ibu Kasih, Khatijah, adalah sahabat lama yang nekad mahu menyatukan anak-anak mereka, walaupun Jazlan dan Kasih tidak sepakat kerana perbezaan peribadi yang ketara.

Usaha mereka sering menemui kegagalan kerana Jazlan tidak menunjukkan minat, sementara Kasih semakin mendesak ibunya untuk berhenti menjodohkannya dengan Jazlan. Sementara itu, Aishah, seorang wanita yang menaruh hati pada Jazlan, tidak mudah berputus asa meskipun telah ditolak berkali-kali.

Kehidupan Jazlan berubah apabila dia menerima tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian di Madinah, yang juga memberinya peluang untuk lari daripada pertunangan yang diatur oleh ibunya. Di sisi lain, Kasih pula kecewa selepas teman lelakinya berlaku curang. Melihat Kasih patah hati, Khatijah merancang untuk menghantar Kasih menunaikan umrah, diiringi oleh Jazlan atas permintaan Alawiyah.

Adakah rancangan mereka untuk menyatukan Jazlan dan Kasih akan berjaya atau pasangan ini akan terus terpisah oleh takdir? Ikuti kisah cinta ini yang penuh dengan konflik dan pengorbanan.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dulu Dollah Daebak (Slot Akasia TV3)

Baca: Biodata Zarul Iman (Wan Zarul Imran), Pelakon Drama Berepisod Lelaki Melayu Terakhir (TV3)

         

sinopsis lelaki melayu terakhir

Kredit foto: Instagram Wanna Ali

        

Pelakon / Cast

'Lelaki Melayu Terakhir' menampilkan Fattah Amin dan Wanna Ali sebagai peneraju utama, di samping diserikan oleh pelakon-pelakon ternama negara seperti Datin Seri Umie Aida, Liza Abdullah, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Nabil Aqil, Zarul Iman dan Fazlina Ahmad Daud.

       

Watak Pelakon

Fattah Amin sebagai Ustaz Jazlan

Wanna Ali sebagai Kasih

Heliza Helmi sebagai Aisyah

Hazwani Helmi sebagai Fatimah

Zarul Imran sebagai Ustaz Wadi

       

lelaki melayu terakhir drama

Lelaki Melayu Terakhir merupakan sebuah siri TV yang tidak berasaskan kepada novel. Kredit foto: Instagram Fattah Amin

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama ini merupakan hasil arahan Amor Rizan, dengan skrip oleh Eirma Fatima (Erma Fatima), diterbitkan dalam format siri oleh Rumah Karya Citra.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Ezra Kairo - Alahai (Official Lyric Video)

       

Tajuk: Alahai

Penyanyi: Ezra Kairo

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Slot Samarinda di TV3 akan menayangkan 'Lelaki Melayu Terakhir' mulai 5 Ogos 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pada pukul 10 malam.

         

lelaki melayu terakhir pelakon

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

        

Dengan platform Tonton, penonton boleh menyaksikan episod baharu 24 jam lebih awal sebelum ia disiarkan di kaca TV.

       

Tajuk cerita? Lelaki Melayu Terakhir

Berapa episod? 26 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)