Oleh pada 12 Jun 2024 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

TV3 mempersembahkan "Dua Darjat", drama terbaru terbitan Tanah Beris Film Production, dalam slot Akasia.

       

dua darjat episode

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Dua Darjat adalah sebuah siri televisyen yang tidak diadaptasi daripada karya novel.

Akses awal untuk menyaksikan drama ini disediakan di platform Tonton, membolehkan penonton menyaksikan episod baharu 24 jam lebih awal daripada siaran di TV.

Dua Darjat mengisahkan tentang dua remaja dari latar belakang berbeza, Hanif dan Ariana, berjuang mempertahankan cinta mereka di tengah-tengah konflik keluarga, rahsia gelap dan cabaran hidup yang menguji ketabahan mereka.

       

Sinopsis

Hanif (Aniq Durar) dan Ariana (Sharifah Rose) berasal dari dua dunia yang berbeza; Hanif, anak seorang ibu tunggal yang miskin, sementara Ariana lahir dalam kemewahan.

Ariana, seorang ketua pengawas, terpikat pada Hanif, rakan sekelasnya ini. Pada mulanya, Hanif tidak membalas cintanya, tetapi akhirnya dia membuka hatinya kepada Ariana. Walau bagaimanapun, percintaan mereka tidak semudah yang disangka. 

Ariana, yang kehilangan kasih sayang ibu sejak kecil, dibesarkan oleh bapanya, Zulkifli (Zarul Umbrella) yang sering sibuk dengan urusan kerja. Lily (Yasmin Hani), teman wanita Zulkifli, berusaha menjadi ibu kepada Ariana, namun ditolak mentah-mentah.

Hanif pula, seorang pelajar yang gigih dan bercita-cita tinggi, bekerja di bengkel motosikal Yusof (Ferth Jasni) untuk menambah pendapatan.

Hubungan Hanif dan Ariana ditentang oleh Lily, sementara Ariana terus mencurigai pekerjaan bapanya yang penuh rahsia. 

Sementara itu, Husna (Iman Suhana), rakan lama Hanif, cemburu dengan hubungan mereka. Meskipun dilanda pelbagai konflik dan pengorbanan, Hanif dan Ariana tetap berjuang demi cinta mereka yang penuh tentangan.         

        

Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Aniq Durar, Pelakon Drama Berepisod Dua Darjat (TV3)

Baca: 10 Filem Korea Terbaru Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Drama Thailand (Thai Drama) Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

            

dua darjat drama

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Pelakon / Cast

Dalam drama ini, Sharifah Rose beraksi bersama aktor baru, Aniq Durar, sebagai pasangan.

        

dua darjat tv3

Dua Darjat mengambil tempat siri Aku Bukan Ustazah di slot Akasia. Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Menambah seri adalah gandingan pelakon berbakat tempatan iaitu Iman Suhana, Ferth Jasni, Yasmin Hani, Sharifah Zarina, Raja Azmi, Zarul Umbrella, Adam Shahz dan Jihaa Sham

Juga termasuk, Zalela Kadir, Zack Azalizan, Wawa Azuwar, Azfar Hassim, Mohammad Hafizam, Daniel Ikhmal, Adik Qaiszeer dan Nur Delisha Rania

       

Watak Pelakon

Aniq Durar sebagai Haniff

Sharifah Rose sebagai Ariana

Iman Suhana sebagai Husna

Ferth Jasni sebagai Yusof

Yasmin Hani sebagai Lily

Sharifah Zarina sebagai Rafidah

Raja Azmi sebagai Cik Yam

Zarul Umbrella sebagai Zulkifli

Pelakon pembantu

Adam Shahz sebagai Azman

Wawa Azuwar sebagai Chumie

Zalela Kadir sebagai Kak Marry

Zack Azalizan sebagai Black

Azfar Hassim sebagai Bob

Mohammad Hafizam sebagai Pengawas

Daniel Ikhmal sebagai Pengawas

Jihaa Sham sebagai Rafidah (Muda)

Adik Qaiszeer sebagai Haniff (Muda)

Nur Delisha Rania sebagai Ariana (Baby)

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Tanah Beris Film Production membawa naskhah ini ke dunia drama, dengan arahan Shuhaimi Lua dan skrip oleh Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Enigma

       

Tajuk: Enigma

Penyanyi: Bob Yusof

Komposer: Ikhwan Fatanna, Wan Saleh

Penulis lirik: Ikhwan Fatanna

       

dua darjat sinopsis

Kredit foto: Instagram Aniq Durar

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Dengan 13 episod, 'Dua Darjat' akan mula bersiaran di TV3 pada 12 Jun 2024 setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di slot Akasia.

Menerusi platform Tonton, penonton boleh menyaksikan drama ini lebih awal, dengan akses kepada episod baharu 24 jam sebelum siaran TV.

      

Tajuk cerita? Dua Darjat

Berapa episod? 13 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Jam 7 petang

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

       

Kredit video: [DI SEBALIK TABIR] Dua Darjat (2024) | Tonton

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)