Biodata

Nama penuh: Daniella Sya Yeng Yeng

Nama popular: Daniella Sya

Tarikh lahir: 8 Ogos 1988

Umur: 30 tahun

Kelahiran: Alor Setar, Kedah, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, pengacara, model dan penyampai radio

Media sosial: Instagram @daniellasya

Fakta Menarik

1. Berketurunan Cina asli.

2. Dilahirkan di Kedah, namun membesar di Kuala Lumpur.

3. Fasih dalam bahasa Mandarin, Melayu, dan Inggeris.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006.

5. Seawal karier iaitu ketika berumur 16 tahun, beliau bekerja sebagai model yang menghiasi laman iklan dan majalah.

6. Bagaimanapun Daniella akhirnya banyak menghabiskan masa berada di Singapura sejak tahun 2011. Beliau menimba pengalaman sebagai anak seni ketika berada di sana.

7. Mula terjun dalam bidang lakonan menerusi watak Danielle dalam telefilem Bezanya Cinta yang disiarkan di saluran Astro Ria pada tahun 2008.

8. Drama-drama yang pernah dibintanginya ialah Keong Saik Street, Mata Mata, S.O.S, Miss Kapten Cikgu Waiz, Dosa: Sacred Sin, KL Gangster: Underworld, Bahagia Bukan Bidaan, Cinta Tiada Ganti, Isteri Untuk Disewa dan Jodoh-Jodoh Anissa.

9. Manakala kemunculannya di layar perak menerusi filem Love You You, Hantu Air, Genggam, Lost in the Pacific dan Kerja Kahwin.

10. Mengendalikan rancangan SPIN di saluran Astro Hitz.tv pada tahun 2010.

11. Bergelar duta Yahoo! Malaysia pada tahun 2013.

12. Menjadi penyampai radio di Lush 99.5FM untuk rancangan Lush Mornings with Daniella Sya. Beliau seterusnya memegang peranan sebagai juruhebah di konti Red FM dan Lite FM.

Foto

biodata daniella sya pelakon drama isteri bukan untuk disewa 1 44

biodata daniella sya pelakon drama isteri bukan untuk disewa 2 995

biodata daniella sya pelakon drama isteri bukan untuk disewa 3 371

biodata daniella sya pelakon drama isteri bukan untuk disewa 4 445

biodata daniella sya pelakon drama isteri bukan untuk disewa 5 480

         

Kredit:

1. Wikipedia

2. Asia One

3. Mangga Media

4. Instagram Daniella Sya




Hakcipta iluminasi.com (2017)