Oleh pada 29 Dec 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Drama bersiri terbaharu "Chinta Arjuna" mengambil alih slot Sakura dan disiarkan buat pertama kali pada 13 Disember 2022.

Arahan Shuhaimi Lua ini menampilkan pelakon seperti Fadlan Hazim, Riena Diana, Syarafi Sudarmaji, Shweta Sekhon dan ramai lagi.

Drama terbitan Tanah Beris Film Production itu telah mula ditayangkan di kaca TV anda iaitu selepas tamatnya drama The Pak Mat Clan.

  

chinta arjuna drama

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Sinopsis

Arjuna (Fadlan Hazim) tiada masa untuk bercinta kerana terlalu fokus membangunkan perniagaan peninggalan arwah bapanya.

Ini menyebabkan neneknya, Nenda (Azizah Mahzan) risau kerana Arjuna sudah mencecah usia 30-an dan mula digosip di internet yang menuduh Arjuna ada skandal dengan lelaki.

Apabila Arjuna menidakkan calon-calon isteri yang diperkenalkan oleh Nenda, Nenda yang ingin menghentikan gosip liar tersebut, menggunakan Chinta (Riena Diana), seorang pelajar kolej di tahun akhir.

Terdesak untuk membiayai pembedahan bapanya, Chinta bersetuju dengan tawaran kontrak untuk membantu Arjuna yang dipaksa bernikah oleh keluarganya, tetapi Nenda mengenakan syarat bahawa Chinta mesti merahsiakan kontrak ini daripada pengetahuan Arjuna.

Chinta yakin ikatan perkahwinan ini hanyalah sementara dan Arjuna tidak akan menyentuhnya kerana dikatakan tidak menyukai wanita.

Selepas berkahwin, keadaan menjadi rumit apabila Chinta mendapati Arjuna bukanlah seperti yang Nenda fikirkan. Arjuna ingin menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang menyayangi Chinta sepenuh hati, malah mempunyai perasaan terhadap isterinya itu.

Chinta menggunakan pelbagai helah untuk mengelak daripada didekati oleh Arjuna. Panik kerana rahsianya mungkin terbongkar, Chinta memprovokasi dan mencabar seorang gadis untuk memikat Arjuna.

Chinta berharap dapat keluar dari perkahwinannya dengan Arjuna dan bebas daripada kontrak Nenda tanpa membayar denda, namun, cinta Arjuna masih kuat pada Chinta.

Adakah rahsia Chinta dan Nenda akan terbongkar, dan jika ya, adakah Arjuna dapat memaafkan Chinta atas apa yang dilakukannya?

  

chinta arjuna pelakon

Kredit foto: Instagram Fadlan Hazim

  

Pelakon / Cast

Chinta Arjuna disokong dengan gandingan lakonan Fadlan Hazim dan Riena Diana sebagai watak utama, selain menyaksikan persembahan Syarafi Sudarmaji, Shweta Sekhon, Nadia Brian, Alif Hadi, Azizah Mahzan, Raja Azmi, Chomell Fana, Eddy Syamin, Sahronizam Noor, Ikhwan, Elvina Chua, Shakira Stephen, Ferth Jasni, Miss Shuadda, Hisham Zainal dan Hilal Azman.

  

Baca: Biodata Fadlan Hazim

Baca: Biodata Riena Diana

  

Watak Pelakon

Fadlan Hazim sebagai Arjuna

Riena Diana sebagai Chinta

Syarafi Sudarmaji sebagai Putra

Shweta Sekhon sebagai Mawar

Azizah Mahzan sebagai Nenda

Sahronizam Noor sebagai Adika

Chomell Fana sebagai Nana

Eddy Syamin sebagai Zhafir

Alif Hadi sebagai Syakir

Raja Azmi sebagai Kak Bell

Ikhwan sebagai Shah/Hadi

Hisham Zainal sebagai Amir

Ferth Jasni sebagai Danni

Hilal Azman sebagai Dharma

Elvina Chua sebagai Seri

Shakira Stephen sebagai Zarina

Miss Shuadda sebagai Ellyna

Nadia Brian sebagai Julia

  

sinopsis chinta arjuna

Kredit foto: Instagram Ayu Jentayu

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Ia merupakan drama berantai Malaysia 2022 arahan Shuhaimi Lua Abdullah, terbitan Tanah Beris Film Production dan skripnya pula nukilan oleh Zyza Backy.

  

Lagu Tema (OST)

Kredit foto: Pelan Pelan - Paper Farah, Danial Ismail ft. Ariff Peter (Official Music Video)

  

Tajuk: Pelan Pelan

Penyanyi: Paper Farah, Danial Ismail ft. Ariff Peter

Komposer: Red Rahimad, Otromen, Pown Hasril

Penulis lirik: Ariff Peter, Sharif, Nass

  

chinta arjuna episode

Episod 1 Chinta Arjuna (naskhah bukan adaptasi novel) menemui penonton pada 13 Disember 2022. Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Waktu Siaran

Mulai 13 Disember 2022, Chinta Arjuna pengisian baharu slot Sakura ini dengan 20 episod mengambil alih slot masa siaran setiap hari Isnin dan Khamis pukul 6 petang di saluran TV3 atau strim dalam talian (online) secara langsung menerusi laman web Tonton.

  

Kredit video: Di Sebalik Tabir Chinta Arjuna

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)