Kredit foto: Instagram Nabila Razali

Di samping mencipta fenomena, drama bersiri Kerana Cinta Itu Ada turut membawa kembali nama pelakon dan penyanyi wanita Nabila Razali, sebagai watak utama Nabila Aulia.

Menerusi peranan itu, kemunculan Nabila atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali, 31, berjaya mencuri perhatian penonton dan sekali lagi melonjakkan popularitinya sebagai pelakon.

Drama arahan Azri Izhar ini ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di slot rantaian Akasia, saluran TV3.

Barisan pelakon Kerana Cinta Itu Ada juga termasuk Alvin Chong, Puteri Khareeza, Syazuwan Hassan, Raden Zaharatul, Husna Mustaffa, Edika Yusof, Saidah Kamarudin, Syaffiq Sahli, Anas Ridzuan, Nick Naem dan ramai lagi.

Baca lebih lanjut dalam artikel: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kerana Cinta Itu Ada

Berikut adalah beberapa fakta menarik Nabila Razali:

   

nabila razali

   

1. Nabila dilahirkan sebagai anak kepada pasangan Mohd Razali Mura (bapa) dan Shamsidah Abd Rahman (ibu).

   

kerana cinta itu ada 427

2. Beliau lahir di Petaling Jaya, Selangor, namun dibesarkan di Selayang, Gombak, Selangor.

   

drama nabila razali

Rumah Nabila

3. Ketinggian fizikal badannya ialah 162 cm (5 kaki 4 inci).

   

nabila razali umur

Nabila kini berumur 31 tahun (2023).

4. Dia merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Di atasnya adalah seorang kakak dan seorang abang.

   

cerita nabila razali

5. Selepas menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar ketika menyambung pengajian peringkat sarjana dalam jurusan yang sama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

6. Menempa nama dalam dunia nyanyian menerusi rangkaian lagu hit seperti Katakan Saja, Cemburu, Pematah Hati, Cahaya Juara (duet bersama Priscilla Abby), Vroom Vroom, Peluang Kedua, Putus, Tak Ingin Usai (duet bersama Keisya Levronka), Aku Terluka dan Selagi Ku Ada (duet bersama Khai Bahar).

   

kerana cinta itu ada episod 604

Kerana Cinta Itu Ada mengangkat kisah perkahwinan Nabila Aulia (Bella) yang dilanda badai apabila suaminya, Tengku Aisy Mateen bertindak berterusan menyakitinya

   

7. Muncul menyinari kaca televisyen menerusi drama seperti Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Matahari Cerah Lagi, Pesan Pada Hati, Seindah Tujuh Warna Pelangi, Kebaya Kasut Kanvas, Biar Mereka Cemburu dan Kerana Cinta Itu Ada, termasuk telefilem seperti Pengantin Lari Culik Artis, Lelaki Kelas Sebelah, Cik Petir Putrajaya dan Hantu Karaoke. Untuk filem, dia telah membuat penampilan dalam Keluarga Iskandar The Movie pada tahun 2020.

   

aedy ashraf

Nabila dan Aedy Ashraf di lokasi penggambaran

8. Beliau turut melibatkan diri dalam bidang penulisan menerusi novel Kerana Cinta Itu Ada hasil penulisan pertamanya bersama penulis, Sophilea yang dilancarkan pada 16 Mac 2022 lalu.

aedy ashraf nabila razali

Kerana Cinta Itu Ada menceritakan pertemuan Nabila Aulia dengan Tengku Aisy Mateen di resort diusahakannya, Vila Paksina Chalet

9. Novel tersebut adalah berdasarkan kisah cintanya yang tidak kesampaian yang kemudian dibawanya kepada adaptasi drama bersiri televisyen yang mula ditayangkan pada 28 Disember 2022, di slot Akasia.

   

drama kerana cinta itu ada 659

Siri Kerana Cinta Itu Ada juga boleh ditonton secara dalam talian (online) di Disney+ Hotstar Malaysia.

   

10. Gandingannya, Aedy Ashraf sebelum ini pernah berkolaborasi dalam menjayakan klip video lagu Nabila berjudul Pematah Hati ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong pada 2017.

       

Baca: Biodata Nik Iruwan Datuk Nik Izani, Yang Bertunang Dengan Nabila Razali?

      

Untuk biodata penuh Nabila, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Nabila Razali

Kredit foto: Instagram Nabila Razali

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)