Kredit foto: Instagram Scha Elinnea

Muncul sebagai watak utama, penglibatan Scha Elinnea dalam drama bersiri di slot Samarinda TV3 berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan semakin melonjakkan namanya sebagai pelakon.

Memainkan watak Raina Badrina, drama berepisod adaptasi novel itu juga dilakonkan bersama bintang utama Hisyam Hamid, termasuk Ellyas Abdullah, Wanns Ahmad, Syafnida Shuhaimi, Syarul Ezani, Silfeny Osman dan Hazeeq Dean (Hero Remaja).

Selain itu, Scha turut membintangi drama bertajuk Juliet yang sedang rancak ditayangkan di slot Widuri, saluran RTM TV1.

Berikut 10 fakta menarik yang menceritakan serba sedikit tentang diri beliau:-

10 Fakta Scha Elinnea, Pelakon Drama Novel Berepisod Kerana Aku Isteri Bidaan Yang Ramai Tak Tahu!   

scha elinnea

1. Nama sebenar Scha Elinnea ialah Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen.

   

scha elinnea ig 860

2. Beliau merupakan penganut agama Islam yang dilahirkan di negeri Kelantan, namun membesar di negeri Kedah.

kerana aku isteri bidaan pelakon

3. Scha adalah anak sulung dalam keluarganya dan mempunyai tiga orang adik yang masih bersekolah.

     

scha elinnea agama 521

4. Lakonannya yang mendapat tempat di hati peminat dan penonton antaranya menerusi siri Sitik Tok, Selamat Datang Cinta, Mr. Grey, Juliet, Nasi Kerabu Untuk Che Abe dan Kerana Aku Isteri Bidaan.

kerana aku isteri bidaan drama

5. Selepas menghampiri empat tahun pembabitan dalam seni lakonan, Scha sudahpun melibatkan diri dalam 17 buah drama, dua telefilem dan dua filem.

kerana aku isteri bidaan 636

6. Pelakon Nabila Huda, Maya Karin dan Bront Palarae merupakan antara individu yang dikaguminya sebagai aktres.

sinopsis kerana aku isteri bidaan 989

7. Beliau mahu diberi lebih banyak peluang mencuba pelbagai jenis watak yang mencabar, antara yang dipinta termasuklah peranan sebagai seorang wanita psiko.

kerana aku isteri bidaan novel

8. Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang 'easy going' seperti watak Siti yang dipegang dalam drama bersiri SitikTok tayangan saluran TV3.

scha elinnea umur 954

9. Di usia muda 22 tahun, Scha berjaya memiliki sebuah kereta mewah yang diidamkan iaitu jenis Mercedes Benz AMG-A180 baharu, hasil titik peluh pekerjaannya dalam bidang lakonan dan perniagaan.

kerana aku isteri bidaan episod 343

10. Mengakui menghidap skizofrenia yang berkaitan dengan masalah kesihatan mental pada November 2021, dia memaklumkan kini sudah semakin beransur pulih meskipun masih bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan.

Untuk biodata asas Scha, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Scha Elinnea

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kerana Aku Isteri Bidaan (Slot Samarinda TV3)

Baca: 8 Fakta Drama Novel Berepisod Kerana Aku Isteri Bidaan Yang Ramai Tak Tahu!

Kredit foto: Instagram (IG) Scha Elinnea

Kredit video: You suka sangat layan jantan kan? | Kerana Aku Isteri Bidaan Episod 10 - 1 | iQiyi Malaysia

Sumber:

1. Hasil menabung, Scha Elinnea dapat beli kereta mewah

2. Scha tak 'daring' lagi....

3. Scha nafi 'anak emas'

4. Scha Elinnea dedah hidap masalah mental

5. Calon lain bukan calang-calang - Scha Elinnea

6. Scha makin lega

7. Padam gambar 'panas'




Hakcipta iluminasi.com (2017)