Oleh pada 17 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Kamar Kamariah merupakan sebuah drama berepisod Malaysia 2019 yang diarahkan oleh sutradara Raja Ahmad Alauddin.

 

Menampilkan lakonan hebat Nabila Huda, Fizz Fairuz, Tasha Shilla, Riena Diana, Aidil Aziz dan Syafie Naswip.

kamar kamariah episod

Kredit foto: Instagram Suhan Movies & Trading

Sinopsis

Kamariah (Nabila Huda), seorang bekas GRO nekad meninggalkan kehidupan masa lampaunya, lalu berkahwin dengan Murad (Fizz Fairuz) atas cadangan ibunya.

Sewaktu awal perkahwinan, Murad menceritakan kepada Kamariah tentang kehidupan silamnya sebagai lelaki yang liar. Malah Murad masih lagi terlibat dengan kegiatan haram di ibu kota.

Kamariah tetap menerima Murad seadanya dan merahsiakan kegiatan suaminya itu daripada pengetahuan keluarga.

Perkahwinan mereka juga sebenarnya hanya sekadar ingin mengaburi mata ibu Murad, Hafsah (Ku Faridah) yang menganggap Murad sebagai seorang anak yang baik.

Dalam pada itu, Murad masih mengutamakan Kamariah sebagai isteri meskipun dia bertemankan ramai kekasih.

Sampai satu ketika, kehidupannya yang mula teratur membuatkan Murad berhasrat meninggalkan aktiviti haram yang dijalankan, namun dihalang pula oleh kekasihnya, Sally (Tasha Shilla) yang enggan melepaskannya.

Selepas enam bulan berumah tangga, hubungan Murad dan Kamariah mula diuji dengan kehadiran Qhalif, bayi yang dilahirkan Kamariah.

Murad menaruh sangsi atas kesetiaan Kamariah terhadapnya selama ini, lalu menyeksa wanita itu.

Kamariah hidup dalam air mata, apatah lagi kesengsaraan perkahwinannya itu dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

drama kamar kamariah

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

Pelakon / Cast

Nabila Huda dan Fizz Fairuz sebagai tunjang utama.

Turut dibantu Tasha Shilla, Syafie Naswip, Riena Diana, Aidil Aziz, Zetty Shahibullah, Shuhanty Hanafiah, Engku Faridah, Maleq Fadhal, Faiz Katek, Shyrim, Nurzahra Aisyah, Syaza Irwanie, Halmy Hamizan, Sharifah Nabila, Shaiful Aqhil, Najwa Jaafar, Ismail Yaacob, Rose Aida, Mohamad Sobri Hussain dan Halimah Naim.

Baca: Biodata Nabila Huda

Baca: Biodata Fizz Fairuz

Baca: Biodata Tasha Shilla

Baca: Biodata Syafie Naswip

Baca: Biodata Riena Diana

Baca: Biodata Aidil Aziz

Baca: Biodata Shuhanty Hanafiah

pelakon kamar kamariah

Kredit foto: Instagram Suhan Movies & Trading

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah drama arahan Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Penulis skrip - Sharifah Abu Salem.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Dato Siti Nurhaliza - Aku Bukan Malaikat (Official Music Video)

Tajuk: Aku Bukan Malaikat

Penyanyi: Siti Nurhaliza

Komposer: Opick

Penulis lirik: Dian

sinopsis kamar kamariah

Kredit foto: Instagram Suhan Movies & Trading

Waktu Siaran

Siri 13 episod ini pernah bersiaran di slot Akasia, saluran TV3 dari 17 April 2019 hingga 3 Mei 2019.

Kini kembali menemui penonton di saluran sama menerusi slot Drama Pukul 6 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6 petang mulai 17 Jun 2021.

Kredit video: Kamar Kamariah (2019) Episode 1

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Kamar Kamariah (2019) | Episod Penuh | Fizz Fairuz, Nabila Huda




Hakcipta iluminasi.com (2017)