Oleh pada 29 May 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

'Tanah Kubur Peneman' merupakan sebuah telefilem Malaysia 2021 yang bersiaran di saluran Astro Citra pada 29 Mei 2021.

Menggabungkan pelakon daripada barisan aktor ternama seperti Fendy Bakry, Nasir Bilal Khan, Syafi Tee dan Maisara Sufia.

tanah kubur peneman movie

Kredit foto: Instagram Along Cham

Sinopsis

Siri drama keagamaan terkenal, 'Tanah Kubur' kembali menemui penonton dalam sebuah lagi versi telemovie terbaharu.

   

Aktor Nasir Bilal Khan masih kekal memegang peranan utama, memainkan watak sebagai Tok Adi, seorang penggali kubur yang sering mengalami peristiwa aneh sewaktu menguruskan jenazah.

   

Penceritaan kali ini berkisar seorang pemuda bernama Jebat yang menyebarkan ajaran sesat dengan menggunakan saka untuk menarik perhatian para pengikutnya.

Jebat yang mendakwa dirinya mempunyai mukjizat, memudahkan solat orang lain dan mengatakan ibadah haji boleh dilaksanakan dengan hanya mengelilingi pokok.

Malah Jebat mampu merawat mereka yang dirasuk hantu, selain mencari orang yang hilang di hutan, semuanya dengan bantuan saka bapanya yang telah meninggal dunia.

Dalam pada itu, Jebat juga menaruh hati pada Jamilah dan berhasrat untuk memilikinya.

Farid turut sama menyertai ajaran Jebat hingga menganggap dirinya sudah berada di tahap rasul.

Perilakunya yang aneh membawa kepada perhatian Tok Adi dalam usaha melawan kemungkaran.

Cabaran yang dilalui Tok Adi kali ini bagaimanapun cukup berbeza kerana ianya mempunyai kaitan dengan isu 'peneman saka' sehinggakan nyawa keluarganya turut sama diancam!

tanah kubur peneman pelakon

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

Pelakon

Watak-watak dihidupkan pelakon Fendy Bakry, Nasir Bilal Khan, Maisara Sufia, Syafi Tee, Along Cham, Mohd Syahir Aniq dan Hamidah Wahab.

Baca: Biodata Fendy Bakry

Baca: Biodata Syafi Tee

tanah kubur peneman astro citra

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diarahkan oleh sutradara hebat, Rashid Sibir (FDAM), terbitan produksi Opera Klasik Sdn Bhd.

tanah kubur peneman cast

Kredit foto: Instagram Rashid Sibir

Waktu Siaran

Karya terbaharu slot Citra Exclusive yang bakal ke udara di saluran Astro Citra (CH 108) pada 29 Mei 2021 (Sabtu), jam 9 malam.

Juga dimuatkan dalam kandungan aplikasi Astro Go dan On Demand.

sinopsis tanah kubur peneman

tanah kubur peneman drama

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry & Instagram Rashid Sibir

     

Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] Tanah Kubur - Peneman

   

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Bambam Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)