Kredit foto: Instagram Danish Hazriq

Siapa Danish Hazriq? Pelakon dan model remaja ini merupakan antara bintang utama yang menjayakan drama berepisod i-Tanggang Mother Of All Lies, dijadualkan menemui penonton di saluran Astro Citra mulai 13 September 2021.

Penampilan bersama pelakon Sherie Merlis, Faizal Hussein, Nadhir Nasar (Hero Remaja 2020), Rashidi Ishak, Zarina Zainuddin, Zul Huzaimy, Sofia Jane, Emma Sofia dan ramai lagi.

Biodata Dan Latar Belakang

1. Remaja berumur 15 tahun (2021) ini bergiat sebagai anak seni sebagai seorang pelakon dan model.

2. Bermula dengan membintangi iklan komersial di kaca televisyen memberi ruang kepadanya untuk diketengahkan sebagai pelakon cilik sejak umur lapan tahun pada 2014.

3. Antara drama pernah dibintanginya seperti Strawberi & Karipap, Cucu Atuk, Projek Anchor SPM, Enam, Balik Raya Ke Kita, I-Tanggang, Jodoh Sebelah Pintu, Sesal Separuh Nyawa, Pondok Itu Rumahku, Dia Semanis Honey, Lara Cinta Ameena, Roti Canai Love Story, Perjalanan, Ikids dan banyak lagi.

4. Menghiasi layar perak menerusi kemunculan dalam filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! dan Mulut Masin.

5. Pernah berada dalam senarai pencalonan Top 5 bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin Kebangsaan (ASK) 2018 menerusi penampilan dalam drama Cucu Atuk.

6. Sehingga kini telah mempunyai lebih 49,000 pengikut di akaun Instagram yang didaftarkan atas nama @danishhazriq.

Fakta Menarik

1. Merupakan anak tunggal dalam keluarga.

2. Bekas penuntut Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn, Cheras.

3. Di bangku sekolah beliau aktif dalam pertandingan syarahan, berpantun dan nyanyian.

4. Penglibatan dalam bidang seni selepas mendapat dorongan daripada aktor Afzan Abdul Rahman.

5. Berhasrat menjadi seorang jurutera atau pemain bola sepak apabila meningkat dewasa kelak.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod i-Tanggang Mother of All Lies (Astro Citra)

Gambar

danish hazriq dulu

danish hazriq instagram

danish hazriq age

i tanggang

i tanggang mother of all lies

danish hazriq

i tanggang 780

danish hazriq wikipedia

danish hazriq umur

drama i tanggang

pelakon i tanggang 494

Kredit foto: Instagram Danish Hazriq

Video

Kredit video: hLive! bersama pelakon Mulut Masin, Danish dan Jay Nazif

Sumber:

1. Danish berlatih dengan bapa

2. Jom Kenali 4 Pelakon Kanak-Kanak Dalam Filem Mulut Masin




Hakcipta iluminasi.com (2017)