Kredit foto: Instagram Yasmin Khalid

Siapa Yasmin Khalid? Beliau merupakan seorang pelakon, peguam dan model sambilan Malaysia.

Pelakon wanita ini mencuri tumpuan menerusi kemunculan dalam drama berepisod terbaharu, Hati Tanpa Rasa, tayangan slot Samarinda TV3, berganding bahu dengan nama-nama terkenal seperti Redza Rosli, Scha Elinnea, Ayra Messi, Azim Yusof, Khalida Balqis dan Syarafi Sudarmaji.

Kenali dengan lebih dekat aktres yang juga wajah duta jenama SimplySiti ini.

Biodata

Nama komersial: Yasmin Khalid

Umur: 26 tahun (2022)

Asal: Johor

Pendidikan: Jurusan Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Kerjaya: Pelakon, Peguam, Model Sambilan

Instagram (IG): @yasminkhalid

Latar Belakang

1. Berkelulusan dalam jurusan Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

2. Pembabitan sebagai model bermula ketika menuntut di universiti - dengan niat untuk menyara pembelajarannya di tahun kedua.

3. Kariernya sebagai model iklan televisyen, antaranya untuk jenama McDonald's, Celcom dan Jatova Aero Private Jet.

4. Sebelum ini pernah membintangi drama berepisod Do You Love Me, Captain? yang dijayakan bersama pelakon Ali Reza Kavoossi, Sharifah Rose, Syainie Aida Shuhaimi, Izzendra, Hazeeq Dean, Asyraf Nasir, Azim Yusof, Daniel Fong, Tisya dan Ayuni Hashim.

5. Terbaru, beliau dikenali menerusi siri adaptasi novel Heartless karya Ateen Khalid, berjudul Hati Tanpa Rasa arahan pengarah Emi Sufian dan Ayie Mustafa, disiarkan di TV3 menerusi slot Samarinda yang antara lain dibarisi pelakon Redza Rosli, Scha Elinnea, Ayra Messi, Azim Yusof, Khalida Balqis, Said Ismail, Amy Nur Tinie, Syarafi Sudarmaji dan Shakira Stephen.

Fakta Menarik

1. Bekas pemenang The Face Of Healthy Beauty Guardian Malaysia 2019.

2. Bergelar duta jenama SimplySiti, produk kosmetik yang diusahakan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

3. Menjadikan Meghan Markle, Amal Clooney dan Queen Rania of Jordan sebagai rujukannya dalam berfesyen.

Hati Tanpa Rasa bakal disiarkan di slot Samarinda bermula 13 Disember 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran TV3.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hati Tanpa Rasa (Slot Samarinda TV3)

Gambar

yasmin khalid instagram

yasmin khalid

yasmin khalid wikipedia

hati tanpa rasa

yasmin khalid umur

pelakon hati tanpa rasa

hati tanpa rasa drama

hati tanpa rasa episod

yasmin khalid pelakon

Kredit foto: Instagram Yasmin Khalid

Sumber:

1. Up Close & Personal With Yasmin Khalid

2. Instagram Yasmin Khalid




Hakcipta iluminasi.com (2017)