Oleh pada 28 Sep 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

       

From Saga With Love merupakan sebuah siri terkini Viu Original dari Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2023. Drama bergenre romantik komedi ini diterbitkan dengan arahan Umi Salwana Omar dan membintanginya ialah Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Ikmal Amry dan Fimie Don.

Ia membuat penayangan perdana eksklusif di platform penstriman OTT, Viu, pada 21 September 2023.

         

from saga with love viu

Kredit foto: Instagram Siti Khadijah Halim

         

Sinopsis

Menceritakan tentang Karma (Karmila Azad), seorang pempengaruh media sosial yang sanggup melakukan apa saja — termasuk menipu — demi peluang menjadi pembantu peribadi serta jurubahasa kepada pelakon terkenal, Bianca Rozario, semasa kunjungannya ke Saga, Jepun. Hakikatnya, Karma tidak fasih berbahasa Jepun, namun dia rela melakukan segalanya demi menjaga pekerjaannya.

Karma telah merancang pelbagai usaha agar rahsia penipuannya terhadap Bianca tidak terbongkar, sedang pada masa yang sama, dia turut menjalankan misi rahsia yang diberikan oleh ibu Bianca, Kathy yang ingin mengetahui tentang kisah percintaan Bianca.

Lebih daripada itu, hasratnya untuk menjadi seorang pempengaruh dalam dunia produk kecantikan membuatkannya berazam untuk terus melaksanakan misi tersebut, walaupun diganggu oleh kehadiran juruvideo Bianca, Bob, dan seorang jejaka pendiam serta membosankan, Sham yang menambah lagi masalah, kerumitan dan kekacauan dalam kejadian di Saga.

Dengan itu, berlakulah pelbagai penyelesaian dan kebingungan romantik yang menghiburkan hati.

Apabila empat watak yang memiliki personaliti yang berbeza dan agenda masing-masing bertemu dalam perjalanan ini, banyak drama dan gelak tawa yang berlaku.

Berjayakah Karma menyelesaikan tugasnya atau akan terdedah rahsianya? Adakah Bob dan Sham mempunyai perasaan terhadap Bianca? Dalam perjalanan, mereka berusaha untuk mengenal dan mencari diri sendiri dalam kerjaya mahupun kehidupan peribadi masing-masing.

         

Baca: 10 Drama Melayu 2023 Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

            

from saga with love episode

Kredit foto: Instagram Fimie Don

        

Pelakon / Cast

Memaparkan wajah-wajah terkenal yang menjadi kegemaran di kalangan penonton drama, iaitu Siti Khadijah Halim, Sophia AlBarakbah, Ikmal Amry dan Fimie Don. 

Mewarnai lagi perjalanan siri drama ini ialah Sharifah Amani, Zoey Rahman, Vanidah Imran, Fatimah Abu Bakar, Zulin Aziz, Fahmy Reza, Alvin Wong, Tiara Anchant dan Farid Azmier.

        

Baca: 10 Fakta Biodata Pelakon Siti Khadijah Halim

          

Watak Pelakon

Siti Khadijah Halim sebagai Karma

Sophia AlBarakbah sebagai Bianca

Ikmal Amry sebagai Sham

Fimie Don sebagai Bob

Sharifah Amani sebagai Fadhila (Angah)

Vanidah Imran sebagai Kathy

Fatimah Abu Bakar sebagai Rozita (Mak)

Zoey Rahman sebagai Zairin

Zulin Aziz sebagai Suhaila (Along)

Fahmy Reza sebagai Abang Lan

Tiara Anchant sebagai Daisy

Alvin Wong sebagai Mr Wong

Farid Azmier sebagai E-Hailing Driver

         

sinopsis from saga with love

From Saga With Love mengambil lokasi penggambaran di Saga, sebuah kawasan di Selatan Pulau Kyushu, Jepun serta di Malaysia. Kredit foto: Instagram Siti Khadijah Halim

          

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri ini diterjemahkan ke dalam tangan pengarah Umi Salwana Omar berdasarkan skrip hasil nukilan Rafidah Abdullah, Shamaine Othman, Hadi M. Nor, Suzanne Ong dan Azhar Amirulhisyam, serta melibatkan tenaga kerja syarikat produksi Red Communications Sdn Bhd.

           

Lagu Tema (OST)

Kredit video: AMIR JAHARI - CIN-TA (LIVE VERSION) - OST FROM SAGA WITH LOVE

         

Tajuk: Cin-Ta

Penyanyi: Amir Jahari

Komposer: Amir Jahari

Penulis lirik: Amir Jahari

          

from saga with love cast

From Saga With Love, sebuah naskhah bukan adaptasi novel. Kredit foto: Instagram Sophia AlBarakbah

          

Waktu Siaran

'From Saga With Love' ditayangkan perdana pada hari Khamis, 21 September 2023, pukul 12 tengahari secara eksklusif di Viu. Siri ini mengandungi sepuluh episod dan dua episod baru akan disiarkan setiap hari Khamis pada waktu yang sama. Anda boleh memuat turun aplikasi Viu secara percuma dari App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan pada TV pintar terpilih, atau layari laman web www.viu.com.

Tahun ini, Viu turut menyajikan empat lagi siri Viu Originals yang merangkumi drama dari pelbagai genre iaitu Nenek Bongkok Tiga, Alter-naratif, Terlanjur Cinta dan W: Two Worlds.

          

Tajuk cerita? From Saga With Love

Berapa episod? 10 episod

Setiap hari apa? Khamis

Bila tayang? Episod baru dikeluarkan jam 12 tengahari

Tonton di mana? Platform online, Viu

          

Kredit video: [Teaser] Episode 1 | From Saga With Love Trailer | Viu Original

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)