Oleh pada 14 Jul 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

       

'I Love You, Stupid!' adalah merupakan sebuah siri Viu Original terbaru yang diadaptasi daripada novel berjudul sama tulisan Allahyarhamah Melur Jelita dan diarahkan oleh Eyra Rahman di bawah syarikat Global Station Sdn Bhd. Drama ini ditayangkan pertama kali di platform penstriman Viu pada 12 Julai 2023.

         

i love you stupid viu

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

       

Sinopsis

Siri ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Iris, seorang anak jutawan Malaysia yang sedang mencari jawapan bagi perasaan sepi yang sering melanda hatinya.

Iris, seorang wanita yang mengatur hidupnya sendiri dan sanggup mengorbankan orang-orang di sekelilingnya demi kepentingan diri.

Pada mulanya, Iris yang memiliki sifat 'diva' ini terlibat dalam persengketaan dengan Inspektor Ebrahim, selepas gagal melepaskan diri daripada disaman, kerana memandu secara berbahaya.

Takdir kembali menemukan Iris dengan Inspektor Ebrahim yang kini dilantik sebagai Pegawai Penyelarasan Kor Suksis di universiti pengajian Iris. Meskipun tugas yang diberikan oleh Inspektor Ebrahim, seorang yang tegas dan berdisiplin, sangat mencabar, Iris berusaha sedaya mungkin untuk membuktikan kemampuannya. Inspektor Ebrahim cukup mengagumi semangat Iris.

Namun, pelbagai momen telah berlaku sepanjang pertemuan Iris dan Inspektor Ebrahim sehingga Iris menuduh Inspektor Ebrahim melakukan cabul terhadapnya.

Selepas majlis penyampaian sijil Kor Suksis, hubungan mereka terputus. Iris cuba membuka lembaran baharu dalam hidupnya dengan menyertai misi kemanusiaan di Ijora.

Untuk menjaga keselamatan Iris, bapanya telah mengupah seorang pengawal peribadi bernama Firman. Realiti yang tidak diketahui oleh Firman dan semua orang adalah Iris mempunyai perancangan yang tersembunyi.

Suatu hari, pandangan mata Firman membangkitkan ingatan Iris terhadap seseorang di Malaysia. Walaupun perkenalan Iris dan Firman sentiasa diwarnai dengan pertengkaran, namun hubungan mereka mempunyai sisi manisnya.

Selepas kembali ke Malaysia, Iris dipaksa menerima Doktor Aidan sebagai suami. Pernikahan mereka hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tetapi, mengapa kenangan bersama Firman begitu kuat dalam ingatan Iris? Lelaki yang tidak pernah mengucapkan kata cinta.

         

Baca: Biodata Malia Baby (Tengku Malia), Pelakon Drama Berepisod Syurga Itu Bukan Mudah, I Love You Stupid (ILYS)

Baca: Biodata Haidar Hasanudin, Pelakon Drama Berepisod I Love You Stupid / ILYS

Baca: 8 Fakta Pelakon Ezzanie Jasny Yang Ramai Tak Tahu!

          

i love you stupid drama

Kredit foto: Instagram Ezzanie Jasny

         

Pelakon / Cast

I Love You, Stupid! menampilkan nama-nama popular dalam dunia hiburan masa kini yang memegang peranan utama, iaitu MK K-Clique dan Ezzanie Jasny.

Turut membintangi ialah Haidar Hasanudin, Ziha Salleh, Alif Hadi, Fad Anuar, Aween Ismail, Qistina Raisah, Harris Anuar, Daniel Fong, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi, Hanna Aqeela, Syed Irfan, Sanjna Suri, Zalfa Zin, Adam Corrie, Mas Anizan, Hamidah Wahab, Marisa Yasmin, Luqman Junaidi, Syad Mutalib, Raff Roslee, Hanna Halim, Faez Malik, Tengku Nur Kamalia, Carolina Binur, Nuremy Ramli, Musyi Mohtar, Malia Baby dan Azlan Komeng.

        

Watak Pelakon

Ezzanie Jasny sebagai Iris Nur Zakaria

MK K-Clique sebagai Firman Ebrahim

Haidar Hasanudin sebagai Dr Aidan

Ziha Salleh sebagai Violet

Alif Hadi sebagai Izahar

Hanna Aqeela sebagai Zubaidah

Fad Anuar sebagai Faris

Lisdawati sebagai Hajah Aminah

Fauzi Nawawi sebagai Tuan Seri Zakaria

Aween Ismail sebagai Hanim

Qistina Raisah sebagai Zainab

Adam Corrie sebagai Hakeem

Mas Anizan sebagai Isteri Hakeem

Musyi Mohtar sebagai Farina

Raff Roslee sebagai Ustaz Zul

Marisa Yasmin sebagai Puan Seri Sarah

Luqman Junaidi sebagai Daus (Firdaus)

Syad Mutalib sebagai Fatimah

Carolina Binur sebagai Azelia

Hanna Halim sebagai Azalea

Malia Baby sebagai Lara

Azlan Komeng sebagai Sarjan Hasan

          

i love you stupid novel

Kredit foto: Instagram Ezzanie Jasny

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama bersiri ini mengambil inspirasi daripada novel yang bertajuk sama karya Melur Jelita dan dihasilkan oleh Global Station Sdn Bhd. Eyra Rahman bertindak sebagai pengarah sementara skrip ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim.

        

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Thank You

Penyanyi: Pasya

Komposer & Penulis lirik: Pown Hasril, Amir Masdi, Karim Karam, Jack Bazil

          

sinopsis i love you stupid

Kredit foto: Instagram Ezzanie Jasny

         

Waktu Siaran

I Love You, Stupid!, sebuah drama yang disusun dalam bentuk episod, telah dilancarkan sebagai kandungan baru di aplikasi Viu yang menemui penonton mulai 12 Julai 2023 setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 12 tengahari.

Drama ini juga akan menyusul di slot drama saluran TV3, selepas ini.

Anda boleh memuat turun Viu secara percuma melalui App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih atau layari laman web www.viu.com.

         

Kemaskini: Tonton I Love You, Stupid mulai 14 November 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 petang di slot Akasia, TV3.

          

Tajuk cerita? I Love You, Stupid!

Berapa episod? 40 episod

Setiap hari apa? Rabu hingga Sabtu

Bila tayang? Episod baru dikeluarkan pukul 12 tengahari

Tonton di mana? Platform online, Viu

        

Kredit video: Trailer Drama Terbaru ' I Love You , Stupid' - MK K-Clique & Ezzanie Jasny | Viu Malaysia

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)