Oleh pada 01 Nov 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Diadaptasi daripada novel bertajuk sama karya Wannie Nordin, Astro Ria menghadirkan drama terbaru berjudul 'Beautiful Love Revenge', sebuah kisah percintaan yang akan menghidupkan slot MegaDrama di Astro.

Wajah-wajah baru diberi peluang dan ditonjolkan sebagai pelakon utama, membawa gandingan antara Daniel Fong dan Harissa Adlynn Halim.

         

beautiful love revenge drama

Kredit foto: Instagram Daniel Fong

        

Sinopsis

Akibat kemunculan Maria yang lebih seksi, bergaya dan berduit, Farid tanpa belas kasihan menceraikan Ammara semasa sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang kesepuluh.

'Dibuang' oleh suaminya tanpa nafkah dan dibenci oleh ibu mentuanya, Ammara bangkit dan menemui kehidupan yang lebih baik setelah bertemu dengan Noah, lelaki yang memberikannya pekerjaan.

Noah adalah seorang jejaka yang tampak serius dan dominan, tetapi hakikatnya dia hanyalah 'over protective', dan kini dia merupakan majikan, pelindung serta sumber pendapatan utama bagi Ammara, yang membantu meneruskan kelangsungan kehidupannya.

Hidup Noah dan Ammara adalah seperti dua dunia yang berbeza. Noah sentiasa memberi tumpuan kepada penampilan, sementara Ammara adalah seorang wanita yang selekeh kerana kesibukan menjaga keluarga.

Selepas kebenaran terungkap, Ammara baru menyedari hubungan antara Noah, Farid dan Maria. Kini, dia berada dalam dilema sama ada untuk melangkah ke hadapan dan melupakan Noah atau menerima dia sebagai suaminya.

Adakah Noah dan Ammara dapat menemukan cinta sejati ketika individu toksik seperti Farid dan Maria masih menjadi penghalang dalam kehidupan mereka — dan enggan melihat orang yang pernah dicintai bahagia selepas berpisah.

       

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru 2023 Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Daniel Fong

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Harissa Adlynn

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Jihaa Sham

          

beautiful love revenge episod

Kredit foto: Instagram Daniel Fong

       

Pelakon / Cast

Peranan pelakon utama dalam Beautiful Love Revenge diamanahkan kepada Daniel Fong dan Harissa Adlynn Halim.

Turut serta dalam memberikan warna kepada drama ini sebagai pelakon pendukung ialah Jihaa Sham, Syafi Tee, Maria Farida, Luqman Hafidz, Firdaus Ghufran, Nizam Kama, Aljeffri Sherry, Mikael Noah, Heidi Nur Aleesya dan Habeeb Jan.

       

Watak Pelakon

Daniel Fong sebagai Noah Faeq

Harissa Adlynn Halim sebagai Ammara Sofea

Jihaa Sham sebagai Aina

Syafi Tee sebagai Dr Ariel

Datin Maria Farida sebagai Maria

Luqman Hafidz sebagai Farid

Firdaus Ghufran sebagai Izmal

Mikael Noah sebagai Aidaan

Heidi Nur Aleesya sebagai Aafia

Aljeffri Sherry (Sherry Al Jeffry) sebagai Nanny

Nizam Kama sebagai Halim

        

beautiful love revenge sinopsis

Kredit foto: Instagram Jihaa Sham

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah arahan pengarah Jamal Khan, Beautiful Love Revenge dipersembahkan dengan kerjasama penulis skrip Nieza Nahar dan dihasilkan oleh produksi Suhan Movies & Trading.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Iera Milpan - Retak Hatiku (Official Music Video)

        

Tajuk: Retak Hatiku

Penyanyi: Iera Milpan

Komposer: Zai Hamzah & Oja

Penulis lirik: Achoi Floor 88

         

beautiful love revenge novel

Kredit foto: Instagram Daniel Fong

       

Waktu Siaran

Penonton saluran Astro Ria bakal dihidangkan dengan penceritaan 'Beautiful Love Revenge' sepanjang 20 episod dalam slot tayangannya mulai 1 November 2023, setiap hari Rabu hingga Khamis pada pukul 9 malam.

Anda juga boleh menikmati program ini di platform penstriman video terkemuka, Astro Go dan Sooka, serta menyaksikannya pada bila-bila masa dengan Astro Box melalui On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

       

Tajuk cerita? Beautiful Love Revenge

Berapa episod? 20 episod

Setiap hari apa? Rabu dan Khamis

Bila tayang? Jam 9 malam

Tonton di mana? Astro Ria dan platform online, Astro Go serta Sooka

         

Kredit video: BEHIND THE SCENE - BEAUTIFUL LOVE REVENGE

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)