Kredit foto: Instagram Siti Khadijah Halim

Siti Khadijah Halim merupakan pelakon baharu yang menyokong naskhah drama Sekali Lagi Cinta Kembali dalam slot Akasia TV3 sebagai bintang utama — yang mula ditayangkan pada pertengahan September lalu.

Siti digandingkan dengan aktor pendatang baharu, Aniq Suhair, selain dibantu oleh pelakon seperti Zaki Azeman, Siti Hariesa, Ellyas Abdullah, Syamim Farid, Shatirah Amanda, Nina KSC dan ramai lagi.

Berikut dikongsikan 10 fakta menarik mengenai aktres berumur 25 tahun (2022) ini yang juga tunjang drama Ash Dan Aish.

   

Biodata : 10 Fakta Menarik Siti Khadijah Halim, Pelakon Gandingan Aniq Suhair Drama Novel Berepisod Sekali Lagi Cinta Kembali

siti khadijah

1. Siti Khadijah merupakan peminat kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Misha Omar.

siti khadijah halim 620

   

2. Mudah didekati sesiapa sahaja kerana personalitinya yang gemar berbual. Justeru, tidak sukar untuknya menghayati watak Aira dalam 'Sekali Lagi Cinta Kembali' kerana peranan itu tidak terlalu berbeza dengan dirinya yang banyak bercakap.

pelakon sekali lagi cinta kembali 715

Siti Khadijah mempunyai empat orang adik beradik.

3. Siti menganggap dia hanya menumpang populariti isu wajah disamakan dengan aktres kontroversi, Siti Hariesa, jadi dia tidak terkesan. Bagaimanapun, katanya, Siti Hariesa selaku kawan baiknya dalam 'Sekali Lagi Cinta Kembali' mempunyai susuk tubuh yang lebih langsing dan tinggi daripadanya.

   

umur siti khadijah halim 347

4. Bakatnya pernah mengundang ketidakyakinan seorang pengarah untuk mendapatkan watak utama dalam siri Ash dan Aish kerana masih dianggap 'hijau'. Malah, dia dikhabarkan akan digantikan dengan heroin lain, tetapi pengarah itu akhirnya menarik diri daripada projek bersiri tersebut.

   

ash dan aish 695

Ash dan Aish turut dibintangi oleh Anna Jobling dan Meerqeen.

5. Siti memegang watak utama buat pertama kali dalam Ash and Aish dan Sekali Lagi Cinta Kembali. Penampilannya sebagai teraju utama juga boleh dilihat dalam telefilem Cerai.

   

sekali lagi cinta kembali 662

6. Dia mengidamkan peluang berlakon dalam karya berkonsepkan 'psycho-thriller', juga mahu ditawarkan watak yang bermain dengan emosi dan mental.

   

aniq suhair 465

Sekali Lagi Cinta Kembali juga berada di platform penstriman online, IQIYI.

7. Pernah bekerja dengan Aniq Suhair sebelum ini, Siti berkata gandingan mereka dalam Sekali Lagi Cinta Kembali adalah mudah. Tetapi watak mereka yang tidak ubah seperti anjing dan kucing serupa dengan tingkah laku sebenar mereka di luar!

8. Siti mahu mengekalkan nama penuhnya sebagai nama komersial kerana ingin membanggakan bapanya.

adik beradik siti khadijah halim

9. Dia ingin memakai penampilan yang sopan dan tidak berlebihan sesuai dengan nama isteri Rasulullah SAW yang disandang.

10. Siri lain yang pernah dibintanginya seperti Marry Me Senorita, The Maid, Dukun Diva, Rumah Siti Khadijah, Dia Yang Ku Cinta, Bidadari Salju dan Isolasi, termasuk telefilem Pengantin 3 Hari serta filem Rompak.

Untuk biodata asas, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Siti Khadijah Halim

         

Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Pelakon Siti Khadijah Halim!

Baca: 8 Fakta Pelakon Aniq Suhair Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Nina KSC, Pelakon Drama Berepisod Sekali Lagi Cinta Kembali

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Novel Berepisod Sekali Lagi Cinta Kembali (Slot Akasia TV3)

   

siti khadijah halim ig

drama sekali lagi cinta kembali

Kredit foto: Instagram Siti Khadijah Halim

Kredit video: Di Sebalik Sekali Lagi Cinta Kembali | Episod 1 Pada 13 September, Setiap Isnin - Jumaat, 7 malam hanya di TV3

Sumber:

1. Siti Khadijah suka bercakap, mudah didekati

2. “Saya Tumpang Kontroversi” – Siti Khadijah Halim Kena Tempias Gara-Gara…

3. Bakat Siti pernah diragui

4. Siti Khadijah tak kisah jadi pilihan kedua

5. Siti Khadijah kekal imej sopan, walau belum bertudung




Hakcipta iluminasi.com (2017)