Kredit foto: Instagram Izz Ilham

Siapa Izz Ilham? Muhammad Izz Ilham Nazuadi atau nama popularnya, Izz Ilham merupakan seorang pelakon remaja lelaki Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang lakonan sejak kecil, kemudian mula mencipta nama menerusi watak lakonannya bersama Wafiy, Erissa, Mia Sara dan Sweet Qismina dalam drama bersiri Super Game Boy yang mendapat sambutan hangat di saluran Astro Ceria.

Akan datang, beliau bakal membuat kemunculan di kaca TV3 menerusi siri Budak Tebing Musim 3 bagi menggantikan Fariz Isqandar sebagai Yoyol.

Biodata

Nama sebenar: Muhammad Izz Ilham bin Nazuadi

Nama komersial: Izz Ilham

Umur: 19 tahun (2022)

Tarikh lahir: 28 Januari 2003

Asal: Kuala Lumpur

Keluarga: Anak bongsu daripada tiga adik-beradik

Kerjaya: Pelakon

Instagram (IG): @izzilhamnzd

Latar Belakang

1. Izz Ilham dilahirkan pada 28 Januari 2003, di Kuala Lumpur kepada pasangan Nazuadi Muhammad (bapa) dan Nor Azlin Abu Bakar (ibu).

2. Izz merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Kesemuanya adalah lelaki.

3. Adik beradiknya termasuk Izz Irfan (sulung) dan Izz Iqmal (anak kedua).

4. Dia mula terkenal dengan peranannya dalam drama komedi bersiri Super Game Boy siaran Astro Ceria, kerjasamanya dengan rakan pelakon; Wafiy Ilhan, Erissa Puteri, Mia Sara dan Sweet Qismina.

5. Izz juga pernah membintangi drama dan telefilem seperti Super Game Boy: The Geng Returns, Keluarga Iskandar The Movie, Geng Kampung Pisang, Epok, Sebelum Lima Perkara, Lambaian Ramadhan, Karlos dan Budak Tebing 3.

Fakta Menarik

1. Beliau bermula sebagai pelakon kanak-kanak dan masih lagi aktif berlakon sehingga kini.

2. Abang sulungnya, Muhammad Izz Irfan Nazuadi atau Izz Irfan, 24, juga seorang aktor yang terkenal kerana peranan sebagai Fendi dalam siri drama Geng Bas Sekolah.

3. Terkini, Izz membawakan watak popular Yoyol dalam siri drama, Budak Tebing 3 yang merupakan kesinambungan kepada drama Budak Tebing 2, lakonan bersama Aedy Ashraf, Adam Lee, Eyka Farhana, Bella Dowanna, Nabil Aqil, Firdaus Ghufran, Nelissa Nizam dan Nia Atasha.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Budak Tebing Musim 3 (Slot Lestary TV3)

Baca: Biodata Fariz Isqandar (Yoyol), Pelakon Drama Budak Tebing

Gambar

izz ilham umur

izz ilham instagram

izz ilham sekarang

yoyol budak tebing

izz ilham

pelakon budak tebing 689

budak tebing 336

izz ilham wikipedia

budak tebing 3

pelakon budak tebing 3

Kredit foto: Instagram Izz Ilham

Video

Kredit video: SUNWAY LAGOON RE-OPENING - SALURAN YOUTUBE IZZ ILHAM




Hakcipta iluminasi.com (2017)