Oleh pada 07 Mar 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Slot Lestary TV3 akan menyajikan drama "Iskandar Chempaka" sebagai ganti kepada siri sebelumnya, "Boleh Saya Bantu".

         

iskandar chempaka drama

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Karya ini, yang tidak diadaptasi daripada sumber novel, akan mengisi masa di kaca TV bermula 7 Mac 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9 malam.

       

Sinopsis

Iskandar Chempaka mengisahkan tentang Iskandar yang menjadi pujaan ramai, terpesona dengan gadis jirannya yang bernama Chempaka dan berusaha untuk memikat hatinya. Walaupun Chempaka juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Iskandar, namun dia mengalami 'inferiority complex' yang menghalangnya untuk mengakuinya.

Namun, kisah cinta mereka tetap berakhir dengan perkahwinan.

Keindahan hubungan Chempaka dan Iskandar berubah apabila Chempaka mendapati bahawa Iskandar sebenarnya adalah seorang 'anak emak'. Kehidupan pasangan ini selepas perkahwinan diatur oleh Naema, ibu kepada Iskandar.

Chempaka terkejut dengan sikap Iskandar yang mengikut telunjuk ibunya dalam setiap hal. Naema juga bersaing dengan Chempaka dalam segala perkara, ingin membuktikan bahawa dirinya lebih bagus.

Ketika Iskandar mengutarakan hasrat untuk berpindah rumah, Naema meluahkan rasa tidak puas hati dan menghalang perpindahan tersebut.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lelaki Itu (Slot Samarinda TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Syurga (Slot Akasia TV3)

Baca: Biodata Pelakon Muaz Zabir

Baca: Biodata Pelakon Harissa Adlynn Halim

         

pelakon iskandar chempaka

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Pelakon / Cast

Wajah baharu diberi peluang untuk bersinar dan memegang watak utama; gandingan antara Harissa Adlynn Halim dan Muaz Zabir.

          

sinopsis iskandar chempaka

Kredit foto: Instagram Steve Yap

        

Melengkapkan barisan pelakon adalah gabungan nama-nama yang amat dikenali sebagai pelakon drama seperti Alvin Chong, Chacha Maembong, Nabil Aqil, Sean Lee, Shania Hendrik, Raja Azura, Lisdawati, Shamsul Ghau Ghau dan Steve Yap.

        

Watak Pelakon

Harissa Adlynn Halim sebagai Chempaka

Muaz Zabir sebagai Iskandar

Nabil Aqil sebagai Nidhill

Chacha Maembong sebagai Dareena

Alvin Chong sebagai Lex

Shania Hendrik sebagai Zara

Raja Azura sebagai Naemah

Lisdawati sebagai Sofia

Shamsul Ghau Ghau sebagai Daud

Steve Yap sebagau Hilman

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama ini diterbitkan oleh syarikat produksi Global Station Sdn Bhd, diarahkan oleh pengarah, Azri Izhar. Skripnya digarap oleh penulis Liza Nur.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Selama Berdua

        

Tajuk: Selama Berdua

Penyanyi: Firdaus Rahmat

Komposer: Firdaus Rahmat, Omar K

Penulis lirik: Firdaus Rahmat, Omar K

         

Waktu Siaran

Rancangan ini akan menghiburkan penonton di kaca TV3 bermula 7 Mac 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pada pukul 9 malam.

        

iskandar chempaka episod

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Drama berjumlah 13 episod yang menyemarakkan slot Lestary ini juga boleh diakses secara dalam talian menerusi platform perkhidmatan televisyen Internet, Tonton.

          

Tajuk cerita? Iskandar Chempaka

Berapa episod? 13 episod

Setiap hari apa? Khamis hingga Sabtu

Bila tayang? Jam 9 malam

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)