Kredit foto: Instagram Jiha Sham

   

Siapa Jiha Sham? Nur Fatin Najihah Noor Hisham yang juga terkenal sebagai Jiha Sham merupakan antara pelakon dalam drama rantaian 'Aku Seorang Perempuan', sebuah karya yang diinspirasikan daripada kisah hidup penyanyi Siti Nordiana menerusi buku biografi 'Bukan Perempuan Biasa'.

Antara lain, drama arahan Hashim Rejab ini membariskan pelakon Atikah Suhaime, Hafidz Roshdi, Mustaqim Bahadon, Puteri Sarah Liyana, Fadh Majid, Saidah Kamarudin, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.

    

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Nur Fatin Najihah Noor Hisham.
  • Ingin dikenali sebagai Jiha Sham.
  • Berumur 22 tahun (2021).
  • Berasal dari Skudai, Johor.
  • Menetap di Kuala Lumpur.
  • Memperoleh pendidikan di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dalam bidang Diploma Pengurusan Acara.
  • Menceburi bidang hiburan sebagai seorang pelakon sejak tahun 2020.
  • Bakatnya dikesan daripada rancangan pencarian ikon wanita moden, Ratu Hijabista (2020) anjuran saluran Astro Prima dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
  • Bernaung di bawah syarikat pengurusan, SND Soul Entertainment.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @jihaasham setakat kini mencecah lebih 7,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Lebih mesra dipanggil Jiha.
  • Seorang yang gemarkan cabaran serta berkarakter ceria.
  • Meminati bidang lakonan dan sedia bergandingan dengan mana-mana 'hero' pelakon lelaki untuk menimba lebih banyak pengalaman.
  • Jurulatih dalam sukan luncur ais (ice skating).
  • Turut menyara kehidupan sebagai usahawan menerusi perniagaan dalam talian.
  • Bakal muncul dalam drama bersiri Aku Seorang Perempuan yang akan bersiaran pada Mac 2021.
  • Antara lain, beliau turut menghiasi video muzik lagu duet terbaharu Siti Nordiana dan Nubhan berjudul Sekali Lagi.

   

Foto

jiha sham ig

jiha sham umur

keluarga jiha sham

jiha sham

aku seorang perempuan

aku seorang perempuan pelakon

jiha sham wikipedia

aku seorang perempuan drama 12

jiha sham profile

Kredit foto: Instagram Jiha Sham

   

Video

Kredit video: Siapa Jiha Sham???

   

Kredit video: SITI NORDIANA & NUBHAN– SEKALI LAGI (Episode 1)

   

Sumber:

1. Hijabista

2. Siapa Jiha Sham???

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)