Kredit foto: Instagram Harissa Adlynn Halim

Siapa Harissa Adlynn? Harissa Adlynn Halim bakal menghiasi kaca TV menerusi drama berepisod Bawah Blok yang disiarkan melalui slot Lestary TV3.

Drama rantaian itu turut menyaksikan gandingan barisan pelakon seperti Ahmad Adly Sofwan, Amelia Christie, Faiz Izzat Fuad, Preti Kaur Gill, Luqman Faiz, Yasmin Hani, Rusdi Ramli, Maria Farida, Syafiq Putra dan Rosli Rahman Adam.

Bagi peminat dan pengikut drama tempatan, jangan ketinggalan menontonnya bermula 5 Januari 2023, pukul 9 malam setiap hari Rabu hingga Sabtu.

Biodata Harissa Adlynn Halim

Nama sebenar: Harissa Adlynn Halim

Nama komersial: Harissa Adlynn

Umur: 19 tahun (2022)

Kerjaya: Penyanyi, Pelakon, Komposer

Instagram (IG): @harissaadlynnhalim

Latar Belakang

1. Harissa setakat ini telah menghasilkan beberapa buah single termasuk Aku Sayang Kamu (single pertama) dan You Jer La (bersama Zaq).

2. Single debutnya, Aku Sayang Kamu mendapat sentuhan penyanyi dan komposer terkenal, Aizat Amdan dan Mel Ramlan serta diedarkan oleh syarikat rakaman Warner Music.

3. Lagu tersebut juga digunakan dalam filem Astro First Eksklusif, Wanita Terindah sebagai lagu selingan dan runut bunyi, serta menjadi lagu tema pernikahan Fazura dan Fattah Amin.

4. Beliau adalah salah seorang peserta yang ditampilkan dalam musim pertama All Together Now Malaysia (ATNMY) pada minggu kelapan yang diterbitkan di platform Astro pada 2021.

5. Bakat lakonannya meraih kepercayaan produser dan stesen televisyen menerusi drama dan telefilem seperti The Besties, Budak Bawah Blok, Ash dan Aish, Jangan Malu Menangis, Bukan Lelaki Terhebat dan Julia's Secret Recipe, termasuk filem The Lord Musang King.

Fakta Menarik

1. Menyanyi sejak usia sembilan tahun.

2. Suka menulis lagu dan menyediakan koleksi lagu ciptaan sendiri sejak di bangku sekolah.

3. Sering muncul sebagai wakil Malaysia di luar negara untuk persembahan tarian tradisional dan moden.

4. Diberi peluang menyertai dunia seni oleh penerbit Anas Amdan (abang kepada Aizat Amdan) ketika bertemu di sebuah festival muzik.

5. Merupakan penyanyi yang mempunyai kebolehan bermain alat muzik iaitu gitar dan keyboard.

6. Bekas penuntut sebuah sekolah antarabangsa.

7. Akademik seiring dengan kerjayanya kerana beliau juga aktif dalam bidang pendidikan semasa zaman persekolahan di mana pernah menyertai Asean Education Challenge di Chiangmai, Vietnam.

8. Pernah menjadi pelajar cemerlang di sekolah iaitu kelompok lima pelajar terbaik di sekolah menengah.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bawah Blok (Slot Lestary TV3)

Gambar

harissa adlynn

harissa adlynn instagram

bawah blok

harissa adlynn height

harissa adlynn halim

harissa adlynn umur

pelakon bawah blok

drama bawah blok

bawah blok episod

harissa adlynn wikipedia

Kredit foto: Instagram Harissa Adlynn Halim

Video

Kredit video: Harissa Adlynn - Aku Sayang Kamu (Official Music Video)

Sumber:

1. Tak Pernah Terfikir Masuk Dunia Lakonan, Harissa Adlynn Teruja

2. Harissa mencari tapak

3. Inilah Harissa Adlynn, Penyanyi Lagu Latar Romantik Video Nikah #FattZura




Hakcipta iluminasi.com (2017)