Oleh pada 20 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Ceria

       

'Super Wira' merupakan sebuah siri 'live action' pertama di Astro Ceria yang membawakan genre superhero dengan gandingan hebat seperti Beto Kusyairy, Nadhir Nasar, Idan Aedan dan Mira Filzah.

        

sinopsis super wira

Kredit foto: Instagram Idan Aedan

       

Siri adiwira tempatan ini menggabungkan unsur tradisional Melayu, yang melibatkan seni silat dan cerita rakyat Naga Tasik Chini, dengan turut menyampaikan inspirasi dan nilai moral untuk tontonan seisi keluarga.

       

super wira episod

Kredit foto: Instagram Astro Ceria

        

Bersama tagline 'Kuasa Itu Pilihan', ia dijangka akan mencipta fenomena baru di kalangan penonton dewasa, anak muda mahupun kanak-kanak di Malaysia.

        

Sinopsis

'Super Wira' bakal membawa penonton ke dalam dunia sekumpulan manusia yang dianugerahkan kuasa luar biasa, dikenali sebagai Super Wira. Setiap di kalangan mereka memiliki keupayaan yang unik, kecuali Aman, anak kepada Kapten Gemilang yang merupakan ketua Super Wira. Aman tidak mempunyai kuasa istimewa seperti bapanya.

         

drama super wira

Kredit foto: Instagram Ghaz Abu Bakar

       

Ketika ibunya diculik oleh penjahat super yang misteri, Aman mencuba sehabis baik untuk menyelamatkannya. Usahanya itu mendorong Aman untuk memahami makna sebenar menjadi seorang Super Wira.

        

super wira astro

Kredit foto: Instagram Ghaz Abu Bakar

       

Aman perlu mengaktifkan kuasa tersembunyi dan menyelamatkan ibunya dari tangan penjahat.

Ketika dia mencari potensi diri dan membuka kunci kuasa yang terpendam, dia menyedari bahawa kekuatan satu kuasa itu adalah berbeza daripada yang dijangkakan.

        

Baca: 8 Fakta Pelakon Nadhir Nasar Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Pelakon Fadhli Masoot

Baca: Biodata Pelakon Arena Wan

        

Pelakon / Cast

Super Wira menghadirkan Beto Kusyairy, Nadhir Nasar dan Idan Aedan sebagai wajah-wajah pelakon utama.

         

pelakon super wira

Kredit foto: Instagram Beto Kusyairy

        

Plot cerita siri ini semakin menarik dengan kehadiran pelakon tambahan yang melibatkan Mira Filzah, Zizan Razak, Fadhli Masoot, Arena Wan dan Ezzaty Abdullah.

       

Watak Pelakon

Beto Kusyairy sebagai Kapten Gemilang atau Johan (Ketua Kumpulan)

Idan Aedan sebagai Aman

Nadhir Nasar sebagai Roy (watak antagonis)

Mira Filzah sebagai Seri Gumum (Penjaga Kristal Kuasa Naga Tasik Chini)

Zizan Razak sebagai Awang Bunga

Fadhli Masoot sebagai Wan

Arena Wan sebagai Irena

Ezzaty Abdullah sebagai Rose

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Super Wira disempurnakan dengan arahan daripada pengarah Ghaz Abu Bakar bersama sokongan penulis skrip Qamarul Hassan dan diterbitkan oleh produksi The Media Hustler Sdn Bhd.

      

Waktu Siaran

Siri ‘Super Wira’ akan berjalan selama 60 minit setiap episod dalam jumlah 7 episod. Anda boleh menontonnya setiap hari Isnin, bermula pada jam 9 malam mulai 23 Oktober 2023, secara eksklusif di Astro Ceria (saluran 611).

        

super wira movie

Kredit foto: Instagram Nadhir Nasar

        

Program ini juga akan dihidangkan di platform penstriman video terkemuka, Astro Go dan Sooka, serta On Demand melalui Astro Box untuk pilihan yang lebih fleksibel.

       

Tajuk cerita? Super Wira

Berapa episod? 7 episod

Setiap hari apa? Isnin

Bila tayang? Pukul 9 malam

Tonton di mana? Astro Ceria dan platform online, Astro Go dan Sooka

        

Kredit video: SUPER WIRA | Official Trailer - Beto Kusyairy, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Zizan Razak, Idan Aedan. Episod 1 Pada 23 Oktober 2023

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)