Kredit foto: Instagram Arena Iman

   

Siapa Arena Iman? Arena Wan Mun-Yi Iman Wan atau nama popularnya, Arena Iman merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang dicungkil bakatnya daripada rancangan realiti Pencarian Dewi Remaja 2018/19.

Beliau kini meledak menerusi drama Hati Yang Dikhianati (Mis Tres Hermanas atau My 3 Sisters versi Malaysia) yang turut dibintangi Amar Baharin, Isyariana Che Azmi, Mona Allen, Syamim Farid, Mia Nasir dan Nabil Aqil.

Biodata Dan Latar Belakang

1. Nama penuhnya, Arena Wan Mun-Yi binti Iman Wan.

2. Menggunakan nama komersial, Arena Iman, Arena Wan dan Arena Lieya.

3. Berumur 22 tahun (2021).

4. Lahir pada 16 Disember 1999.

5. Berasal dari Damansara, Selangor.

6. Merupakan anak sulung dalam keluarga.

7. Pernah terpilih sebagai salah seorang daripada 12 finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 yang mana beliau telah dinobatkan sebagai Dewi Favourite. Program realiti itu turut disertai Haneesya Hanee, Zeera Azizi, Anna Jobling, Tia Shah, Aween, Lydia, Rania, Fazreen Fazera, Ernisha, Sherin dan Rasya Sofea.

8. Popular menerusi siri SMK siaran Astro Ceria dan drama Hati Yang Dikhianati tayangan Astro Prima.

9. Menggunakan Instagram (IG) atas nama akaun @arenalieya yang kini mempunyai 157,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Merupakan kakak kepada Adam ‘Adam Autism Family’, manakala bapanya pula adalah komposer ternama, Iman Wan.

2. Aktif dalam pelbagai TVC.

3. Berkebolehan bermain instrumen muzik gamelan, piano, ukelele dan gitar.

4. Keluarganya mendapat perhatian ramai berikutan kisah adiknya, Adam yang menghidap simptom Autisme.

5. Akaun Instagram @adamsautismfamily yang dikendalikan bapanya, Iman Wan merupakan platform untuk mereka menyebarkan info berkaitan anak-anak autisme.

6. Arena ingin menggunakan populariti diraih sebagai medium untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai berkenaan Autisme.

7. Selain berlakon, beliau juga meminati bidang nyanyian dan mengidam peluang untuk merakamkan album sendiri.

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati

Gambar

biodata arena iman

hati yang dikhianati 211

arena iman smk

arena wan

pelakon hati yang dikhianati

arena wan smk

drama hati yang dikhianati 149

pelakon smk musim 2

arena wan wikipedia

biodata arena wan

Kredit foto: Instagram Arena Iman

Video

Kredit video: Dewi Remaja 18/19 Finalist Arena Iman's Farewell Video

Sumber:

1. "IG Saya Bukan Bahan Gelak"

2. ‘You Senang Jadi Artis, Ada ‘Kabel’ Besar’- Arena Iman Nafi Guna Status Bapa Lonjak Nama!

3. “Komen Negatif Tak Patahkan Semangat Saya!” – Arena Iman Mahu Terus Sebarkan Awareness Tentang Autisme

4. This Is It, TOP 12 FINALIS DEWI REMAJA 2018/19!

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)