yusuf bahrin biodata

Kredit foto: Instagram Yusuf Bahrin

  
Rentetan penyanyi Zizi Kirana membuat pengakuan sedang mengenali hati budi pelakon Yusuf Bahrin dan mereka dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi, Yusuf yang merupakan pelakon baru itu menjadi sebutan hangat di laman sosial.
  
Kali ini, Iluminasi senaraikan 10 fakta mengenai jejaka yang berjaya menawan hati penyanyi lagu Eh yang baru mengenakan imej bertudung ini.
  
Kemaskini: Pasangan ini telah selamat bernikah kira-kira pukul 10.40 pagi tadi. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan! Difahamkan, mereka bakal naik pelamin dalam majlis resepsi yang dirancang berlangsung pada Disember 2021.
  

Biodata : 10 Fakta Pelakon Drama Yusuf Bahrin, Suami Penyanyi Zizi Kirana Yang Ramai Tak Tahu!

yusuf bahrin

Kredit foto: Instagram Yusuf Bahrin

  
1. Mungkin tidak ramai yang tahu pelakon berumur 29 tahun ini asalnya tidak pernah bercita-cita menjadi pelakon. Segalanya bermula selepas dia didesak untuk menghadiri sebuah sesi ujibakat, oleh rakannya yang merupakan seorang kru produksi selain atas dorongan oleh pengarah Hadith Omar.
  
umur yusuf bahrin

Kredit foto: Instagram Yusuf Bahrin

  
2. Di awal kemunculan sebagai aktor, dia mengambil inisiatif menguruskan fizikal badan untuk disesuaikan dengan karakter watak dan bagi mendapatkan saiz yang ideal di kaca TV.
  
biodata yusuf bahrin

Kredit foto: Instagram Yusuf Bahrin

  
3. Ujibakat pertamanya pada Oktober 2018 untuk watak rakan sekolej kepada penyanyi Ismail Izzani menerusi telefilem Lelaki Kelas Sebelah, gagal kerana saiz badannya tidak menepati peranan yang diberikan.
  
zizi kirana yusuf bahrin

Kredit foto: Instagram Yusuf Bahrin

  
4. Tidak hanya dalam bidang lakonan, beliau juga ingin mengetengahkan bakat dalam cabang seni lain khususnya pengacaraan, bagi rancangan yang membawa konsep hiburan dan sukan.
  
suami zizi kirana 357

Kredit foto: Instagram Yusuf Bahrin

  
5. Beliau pernah mengikuti kelas lakonan yang dikelolakan oleh Fauziah Nawi bagi mendapat sokongan dan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman dalam seni lakon.
  
yusuf bahrin instagram

Kredit foto: Instagram Yusuf Bahrin

  
6. Aktif di padang sukan dalam permainan bola sepak dan futsal yang dijadikan sebagai hobinya di waktu lapang.
  
7. Pernah dimarahi Michael Ang sehingga pengarah lantang itu meninggalkan set penggambaran disebabkan kegagalan Yusuf dalam menjayakan babak dengan dialog yang panjang, hingga berbelas kali rakaman.
  
8. Pernah terdetik untuk berhenti berlakon kerana sukar mengikis sifat malu di hadapan kamera dan lakonannya yang nampak kaku, namun galakan terus dibekalkan pengurusnya dalam misi pergi lebih jauh sebagai anak seni.
  
yusuf bahrin wikipedia

Kredit foto: Instagram Yusuf Bahrin

  
9. Mengagumi selebriti serba boleh, Alif Satar yang dianggapnya pandai mendidik para pengikut laman sosial dari sudut agama dan kehidupan berkeluarga.
  
10. Antara karya yang menjulang namanya sebagai pelakon termasuk drama Calon Menantu Tuan Rumah, Sweet Dreams, Kau Yang Pertama, Satukan Rasa, Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis, Perempuan Tanpa Dosa dan Jangan Ganggu Jodohku.
  
Untuk profil asas Yusuf, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Yusuf Bahrin
  
    
keluarga yusuf bahrin
yusuf bahrin kahwin
zizi kirana kahwin
zizi kirana

Kredit foto: Instagram Yusuf Bahrin & @bynanaazmanstudio

  

Kredit video: Akad Nikah Zizi Kirana & Yusuf Bahrin, Pilih Songket Emas, Rancang Majlis Resepsi Disember Ini

  
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)