Kredit foto: Instagram @sasqiadahuri

    

Drama rantaian terbaharu, Kerana Dia Manusia Biasa dijangka akan terus memberikan impak terhadap kerjaya seni pelakon tinggi lampai, Sasqia Dahuri selepas membuktikan keupayaannya menerusi kemunculan dalam filem Misteri Dilaila.

Iluminasi menyenaraikan butiran biodata mengenai aktres yang sangat terkenal dengan watak-watak antagonis ini. Jom semak!

     

Biodata

1. Nama penuhnya, Nurlisasqia binti Ahmad Dahuri. Dikenali sebagai Sasqia Dahuri.

2. Kelahiran Pasir Mas, Kelantan pada 7 Mei 1985. Membesar di Kuala Lumpur.

3. Kini berusia 34 tahun.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

5. Anak sulung daripada tiga adik-beradik.

6. Mempunyai darah campuran Thai-Melayu.

7. Berketinggian 1.77 meter.

8. Berpendidikan dalam jurusan Pengurusan Pemasaran daripada Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

9. Bergiat sebagai model sejak tahun 2008, sebelum menceburi bidang lakonan sejak 2011.

10. Antara drama dibintanginya seperti Manis, Lara Aishah, Abang Bomba I Love You, Misteri Wan Peah dan Cinta Hati Batu.

11. Termasuk telefilem Sepahtu Cinta Plastik, Perempuan Disarung Ungu, Pergilah Cinta, Andai Ku Cinta Lagi, Lalang dan banyak lagi.

12. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Senario Ops Pocot, Kongsi, Through The Forest (filem pendek) dan Misteri Dilaila.

13. Sah bergelar isteri kepada Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan yang juga usahawan hartanah berwarganegara Singapura pada 16 Disember 2018 selepas mengikat tali pertunangan pada 22 Januari 2018.

      

Foto

biodata sasqia dahuri pelakon drama kerana dia manusia biasa 2

biodata sasqia dahuri pelakon drama kerana dia manusia biasa 3

biodata sasqia dahuri pelakon drama kerana dia manusia biasa 4

biodata sasqia dahuri pelakon drama kerana dia manusia biasa 5

biodata sasqia dahuri pelakon drama kerana dia manusia biasa 6

Kredit foto: Instagram @sasqiadahuri

     

Video

Kredit video: Youtube TV3 Malaysia Official

   

Sumber: 

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)