Kredit foto: Instagram Zizi Kirana

Zizi Kirana merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang mula bergiat aktif dalam dunia muzik secara serius sejak penyertaan dalam rancangan realiti Akademi Fantasia.

Beliau adalah salah seorang daripada 14 pelajar yang terpilih untuk memasuki pertandingan nyanyian itu walaupun tidak berjaya menuju ke peringkat akhir.

Berikut 10 fakta menarik mengenainya yang kini bergelar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin.

Bersuamikan Pelakon Yusuf Bahrin, Ini 10 Fakta Biodata Penyanyi Zizi Kirana Yang Ramai Tak Tahu!

zizi kirana kahwin 564

Kredit foto: Instagram Zizi Kirana

1. Pemilik nama penuh Nur Fazelah@Zizie Mad Tahil ini merupakan anak sulung dalam keluarganya.

zizi kirana ig

Kredit foto: Instagram Zizi Kirana

2. Dilahirkan di Semporna, Sabah, wanita genit ini berasal dari Sipitang yang merupakan tempat dia dibesarkan dari umur dua tahun.

zizi kirana wikipedia

Kredit foto: Instagram Zizi Kirana

3. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Weston, Beaufort, namun tidak menyambung pelajaran selepas tamat pengajian di tingkatan lima.

zizi kirana dulu

Kredit foto: Instagram Zizi Kirana

4. Sebelum bergelar penyanyi, beliau adalah kakitangan kerajaan yang bertugas di Jabatan Penerangan Sabah.

5. Namanya diketengahkan dalam industri hiburan seangkatan dengan penyanyi Hafiz Suip dan Akim Ahmad dalam program realiti nyanyian, Akademi Fantasia Musim 7 (AF7) yang mencungkil pelapis bakat baharu dalam bidang muzik.

6. Memulakan karier seni sebagai penyanyi kumpulan nasyid bersama grup Zaiyan, sebelum dikenali sebagai seorang penyanyi komersial.

umur zizi kirana

Kredit foto: Instagram Zizi Kirana

7. Antara kebolehan dimilikinya yang tidak diketahui rata-rata umum termasuk kemampuan mengalunkan lagu-lagu nasyid, berselawat dan membaca ayat suci Al-Quran dengan taranum. Kemampuan itu digilap sejak zaman bangku sekolah yang mana dia pernah bersaing dalam pertandingan tilawah Al-Quran peringkat negeri Sabah mewakili sekolahnya. Manakala ibu saudaranya pula merupakan bekas qariah di negeri itu.

8. Zizi juga pernah bergelar seorang ustazah yang mana sejurus tamat persekolahan, dia secara sukarela mengajar kanak-kanak di kampungnya mengaji iaitu di sebuah masjid di Sipitang, Sabah selama lebih tiga tahun.

zizi kirana 23

Kredit foto: Instagram Zizi Kirana

9. Selain genre rap, dia turut dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu dangdut atas dorongan bintang rap lagenda, Malique.

zizi kirana yusuf bahrin 741

Kredit foto: Instagram Zizi Kirana

10. Difahamkan, pertemuannya dengan suami, Yusuf Bahrin bermula selepas mereka sama-sama terlibat menjayakan rakaman program All Together Now Malaysia pada sekitar Mac lalu.

Untuk biodata asas Zizi, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Zizi Kirana

Baca: Ini Rupanya Keputusan SPM Zizi Kirana Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Pelakon Yusuf Bahrin, Suami Zizi Kirana Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Yusuf Bahrin

Baca: "Kalau Nak Tahu.." - Selepas Kahwin Yusuf Bahrin, Zizi Kirana Dedah Rahsia!

   

isteri yusuf bahrin

zizi kirana dan yusuf bahrin 703

Kredit foto: Instagram Zizi Kirana & Instagram @bynanaazmanstudio

Kredit video: Akad Nikah Zizi Kirana & Yusuf Bahrin, Pilih Songket Emas, Rancang Majlis Resepsi Disember Ini

Sumber:

1. Jatuh cinta alunan taranum

2. Zizi Kirana ajar budak mengaji Al-Quran, amal baca bacaan Yasin setiap malam Jumaat

3. Zizi Kirana tidak tolak jodoh dengan Yusuf Bahrin

4. Trek Selebriti 2019 Episod 22




Hakcipta iluminasi.com (2017)