Kredit foto: Instagram Wanie Ooi , X (Twitter) Wanie Ooi , TikTok Wanie Ooi

         

Wanie Ooi, atau nama sebenarnya Norwani Abdul Latif Ooi, semakin menonjol dalam dunia lakonan Melayu dengan membintangi drama bersiri Boleh Saya Bantu untuk siaran TV3.

        

boleh saya bantu

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Pelakon-pelakon lain seperti Andi Bernadee, Riena Diana, Mark Adam, Nasz Sally, Zaid Erakad, Mathni Ab Razak dan Lela Kadir juga menyertai kredit dalam peranan lakonan sampingan siri ini.

        

boleh saya bantu cast

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

"Boleh Saya Bantu" menawan hati penonton di slot drama Lestary TV3 mulai 2 Februari 2024 dengan 13 episod pada setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9 malam.

        

Biodata Wanie Ooi

Nama penuh: Norwani binti Abdul Latif Ooi

Nama komersial: Wanie Ooi

Umur: 29 tahun (2024)

Tarikh lahir: 14 Jun 1995

Asal: Pulau Pinang

Agama: Islam

Pekerjaan: Penyanyi, Pelakon, Pengacara

Instagram (IG): @wanieooi

Tiktok: @wanieooi95

        

Latar Belakang

1. Musim ketiga Lagu Cinta Kita (LCK) 2021, sebuah rancangan realiti televisyen Malaysia, mengangkat bakatnya sebagai naib juara bersama pasangan duetnya, Hariz Fayahet.

2. Tambahan kepada itu, dia pernah melibatkan diri dalam beberapa pertandingan nyanyian, antaranya program realiti The Band, yang merupakan rancangan pencarian bakat nyanyian dan tarian di Malaysia yang disiarkan di Astro Ria pada 2014.

3. Malahan Wanie juga pernah bergabung dengan sebuah kumpulan muzik untuk projek khas, namun pada akhirnya memilih untuk melanjutkan kerjaya secara solo atas pertimbangan keselesaan diri.

4. Antara lagu-lagu yang dipersembahkannya sebagai penyanyi rakaman, kebanyakan dijadikan sebagai runut bunyi dalam drama bersiri popular, antaranya ialah Bukti Cinta (OST drama Tarik Aku Ke Syurga), Seribu Gundah (duet bersama Hariz Fayahet - OST Risik Pada Hati) dan Cari-Cari Cinta (duet bersama Puteri Khareeza - OST Dara And The Gang).

5. Dalam peranannya di drama televisyen tempatan, dia menyertai barisan pelakon dalam siri Boleh Saya Bantu, Janji Di Bawah Pokok Ceri dan Berita Latah, termasuk telefilem Nun Mati Bertemu Alif dan filem Kampung Latah The Mummy (Astro First).

6. Dalam arena pengacaraan, Wanie diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk mengacarakan rancangan Makan Tepi Lori yang disiarkan di saluran Suke TV.

        

Fakta Menarik

1. Meraih populariti di dunia maya, namanya semakin besar sebagai selebriti media sosial dengan lebih daripada 957,000 pengikut di TikTok @wanieooi95 dan 36,000 yang mengikuti Instagram, @wanieooi.

2. Ramai yang menaruh anggapan bahawa dia adalah adik-beradik kepada aktres Trisha Ooi disebabkan persamaan nama yang dimiliki oleh keduanya.

3. Juga, dia adalah seorang artis yang diketahui ramai, terkenal dengan sifat melatahnya yang menghiburkan.

         

Baca: 8 Fakta Pelakon Trisha Ooi Yang Ramai Tak Tahu!

          

Foto

wanie ooi agama 460

wanie ooi umur

drama boleh saya bantu

pelakon boleh saya bantu

boleh saya bantu tv3

boleh saya bantu episod

wanie ooi drama

wanie ooi instagram

wanie ooi

wanie ooi wikipedia

wanie ooi dan trisha ooi

Dalam drama bersiri Boleh Saya Bantu, Wanie menjiwai watak sebagai Haiza. Kredit foto: Instagram Wanie Ooi , X (Twitter) Wanie Ooi , TikTok Wanie Ooi

        

Kredit video: 5 OGOS 2022 SPM – EKSPRESI SELEBRITI: WANIE OOI

        

Sumber:

1. Syafeek & Zazo Juara Lagu Cinta Kita 3, Bawa Pulang Wang Tunai RM50,000

2. Bukti Cinta cabar kemampuan vokal Wanie Ooi

3. Di Sebalik Tabir Boleh Saya Bantu?

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)