Kredit foto: Instagram MK K Clique

       

Personaliti MK K-Clique serta karya kreatif nyanyiannya selalu mencuri tumpuan peminat.

Dengan peranannya kini sebagai aktor dalam siri Aku Bukan Ustazah, penyanyi ini sekali lagi mendapat perhatian.

Aku Bukan Ustazah merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada novel berjudul sama oleh penulis Lyna Masud.

Ringkasnya, cerita ini mengisahkan tentang perjalanan seorang gadis berniqab yang menemukan cinta sejati dan menghadapi konflik hubungan serta ujian agama.

Selain MK, ia turut dibintangi oleh Erysha Emyra, Zahiril Adzim, Shaza Bae, Fikhree Bakar, Qistina Khaled, Husna Mustaffa, Haneesya Hanee, Syad Mutalib dan Danial Dashuki.

Ini merupakan 10 fakta menarik mengenai diri MK yang mungkin peminat belum tahu.

         

isteri mk 57455

       

1. MK yang nama sebenarnya adalah Muhammad Hairi Amin bin Hamdan, berumur 28 tahun pada 2024, berasal dari Tawau, Sabah dan dilahirkan pada 27 Julai 1996.

        

k clique 26868

K Clique turut terdiri daripada tujuh ahli iaitu Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

        

2. Dia lahir sebagai anak kepada pasangan Hamdan (bapa) dan Kamariah (ibu).

        

mk k clique 32775

mk 75726

MK merupakan anak ketujuh daripada lapan orang adik beradik.

           

3. Bapanya seorang pesara polis, manakala ibunya adalah suri rumah yang menjalankan perniagaan kecil sebagai sumber pendapatan tambahan.

        

aku bukan ustazah pelakon cast wikipedia

Ibu bapa MK

mk clique rambut bini wife height hairstyle song ketinggian

Keluarga MK

        

4. Wajah MK dikenal ramai di TV tempatan menerusi drama Aku Bukan Ustazah, Jendela Hati, I Love You Stupid (ILYS), Oh My Hantaran dan The Hotel.

Di samping itu, kehadirannya turut menghiasi layar seni tempatan dalam filem Bunga Dan Kayu, 7 Minggu Sebelum Kahwin, Paku Tanah Jawa, Marabahaya Underground, Rebel, Rompak dan Mustaqim.

       

aku bukan ustazah drama 66514

Juga terkenal di TikTok, dia menggunakan nama akaun @mk.kc302

       

5. Dalam video muzik, dia memainkan peranan model untuk lagu "Peluang Kedua" dan "Aku Terluka" yang dibawakan oleh Nabila Razali.

        

aku bukan ustazah 26287

        

6. Dia pernah bekerja sebagai penarik kereta selama dua tahun sebelum menjadi selebriti, kerana sukar mendapatkan pekerjaan selepas tamat diploma pada usia 23 tahun.

        

aku bukan ustazah novel 74526

        

7. Sering kali membuat live di Instagram (IG) bersama ibunya, dia sangat rapat dengan ibunya dan selalu mendahulukan ibunya dalam setiap perkara.

        

siti hajar 85145

         

8. Dia berkahwin dengan Siti Hajaar Syeikh Nordin, pilihan hatinya, pada 16 Jun 2023, menandakan berakhirnya zaman bujangnya.

        

siti hajaar syeikh nordin 11514

        

Sebelum itu, pasangan ini telah melangsungkan pertunangan secara tertutup pada 7 Mei 2023 tanpa memberitahu orang ramai.

        

siti hajaar 62515

         

9. Isterinya, yang merupakan anak kepada Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad, juga anak tiri kepada pelakon Noniswara atau Noniswara Baharudin.

        

siti hajar mk 47226

aku bukan ustazah episode 74589

Kredit foto: Instagram MK K Clique

       

10. MK juga merupakan adik ipar kepada FareedPF, rakan seanggotanya dalam kumpulan K-Clique, yang ramai mungkin tidak tahu, kerana kakak MK, Siti Hawa atau Wawa, berkahwin dengan FareedPF pada 2022.

        

Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Haneesya Hanee, Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah (TV3)

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah (TV3) Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Syad Mutalib, Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah (TV3), Bunga Salju (Astro Ria)

Baca: 10 Fakta Biodata Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Erysha Emyra, Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah (Slot Akasia TV3)

       

Kredit video: [HIGHLIGHT] Aku Bukan Ustazah (2024) | Episode 1 - Garangnya Adam Ni Dah Lah Langgar Orang! | Tonton | Drama Sangat | TV3 Malaysia

       

*Info Aku Bukan Ustazah

Tajuk drama? Aku Bukan Ustazah

Berapa episod? 28 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Pukul 7 petang

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

       

Sumber:

1. MK K-Clique pernah jadi penarik kereta

2. 25 Under 25: “Ibu Bapa Kerja Keras Besarkan 8 Beradik..” MK Sebelum Popular

3. MK K-Clique kini adik ipar FareedPF K-Clique

4. MK K-Clique selamat nikah anak Datuk Seri

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)