Kredit foto: Instagram Silfeny Osman

   

Silfeny Osman merupakan seorang aktres wanita Malaysia yang kerap menghiasi kaca TV menerusi lakonan dalam drama mahupun telefilem.

Terbaru, beliau menghidupkan salah satu watak dalam drama bersiri popular, 7 Hari Mencintaiku 3 gandingan Shukri Yahaya dan Siti Saleha yang kini sedang rancak tayangannya di slot Akasia TV3.

Biodata

Nama sebenar: Silfeny Mohd Osman

Nama pentas: Silfeny Osman

Umur: 30 tahun (2022)

Tarikh lahir: 10 Ogos 1992

Asal: Kuala Lumpur

Kerjaya: Pelakon, pengacara

Instagram (IG): @silfenyosman

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Selebriti yang mempunyai sifat peramah ini pernah bekerja di awan biru sebagai pramugari sebelum bergelar anak seni.

2. Merupakan bekas finalis Gadis Panca NR 2017 dan menjadikan pertandingan pencarian bakat itu sebagai batu loncatan untuk bergelar pelakon.

3. Enggan menjual cerita sensasi atau terpalit kontroversi dalam mendapatkan publisiti, sebaliknya ingin dikenali sebagai pelakon dengan prestasi dan bakat.

4. Terkenal dengan watak antagonis, namun tidak bermakna beliau mahu kekal dengan karakter sebegitu kerana inginkan variasi watak.

5. Muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Dia Menantu Rahsia, Bidadari Salju, 7 Hari Mencintaiku 3, Black Musim 2, Diari Abah, Di Hujung Ranting dan Kau Perempuan Itu.

6. Lagi drama dibintanginya ialah Katakan Pada Dia, Bila Mawar Kembali Berbunga, Jangan Pernah Lupakan Aku, Penghulu Interim, Iktibar, Pengantin Tiga Malam dan 1 Untuk Hati 2 Untuk Rindu.

7. Antara lain, Silfeny menghiasi layar lebar dalam filem Juang dan Banglo Seksyen 12.

    

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod 7 Hari Mencintaiku 3 Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod 7 Hari Mencintaiku 3 (Slot Akasia TV3)

     

Gambar

silfeny osman

pelakon 7 hari mencintaiku 3

pelakon 7 hari mencintaiku

silfeny osman ig

7 hari mencintaiku 3 829

silfeny osman umur

adik beradik silfeny osman

Di samping adiknya

7 hari mencintaiku 575

drama 7 hari mencintaiku 3 228

silfeny osman wikipedia   

Kredit foto: Instagram Silfeny Osman

Video

Kredit video: Get to know us!

Sumber:

1. Mahu lari dari gosip

2. Instagram Silfeny Osman




Hakcipta iluminasi.com (2017)