Kredit foto: Instagram Tuju K-Clique

     

Kemunculan kumpulan K-Clique dalam muzik arus perdana tidak dinafikan telah mengukuhkan lagi empayar genre muzik hip hop di Malaysia.

Perjuangan anak muda ini dibintangi lapan bersaudara berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah, iaitu MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, Fareed PF, Gnello dan NastyNas.

Khas buat pembaca, berikut kami kongsikan 5 fakta menarik tentang K-Clique yang barangkali ramai di kalangan anda yang tidak tahu.

     

fareed pf k clique

Kredit foto: Instagram Fareed PF K-Clique

    

1. Mungkin rata-rata tidak menyedari, salah seorang anggota K-Clique iaitu FareedPF merupakan adik kepada vokalis kumpulan One Nation Emcees, Sabhi Saddi.

     

mk k clique 563

Kredit foto: Instagram MK K-Clique

    

2. Bukan calang-calang, FareedPF mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang dan komunikasi massa, sementara MK pula adalah graduan  jurusan Pengajian Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kota Kinabalu, Sabah.

    

tuju k clique 82

Kredit foto: Instagram Tuju K-Clique

   

3. Seorang lagi anggota K-Clique iaitu Tuju pernah terlibat dalam pelbagai pekerjaan sebelum mendapat peluang menjadi artis rakaman. Antaranya dia pernah menyara kehidupan sebagai pencuci kereta di sebuah car wash!

    

biodata k clique 68

Kredit foto: Instagram K-Clique

    

4. Walaupun mengecap kegemilangan populariti, anggota K-Clique masih memilih untuk menetap di Sabah, malah bercadang untuk kekal berpangkalan di negeri di bawah bayu itu. Selain Kuala Lumpur yang menjadi tempat mereka berulang-alik sekiranya ada tawaran persembahan, mereka juga berazam menjadikan Sabah sebagai tapak untuk mengukuhkan karier seni.

    

mk clique 634

Kredit foto: Instagram K-Clique

      

5. Beberapa anggota kumpulan ini sebenarnya memperoleh pendidikan daripada sekolah yang sama!

    

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Kumpulan K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi MK K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Tuju K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Noki K-Clique

Baca: Ini Keputusan SPM MK K-Clique Yang Buat Ramai Terkedu!

Baca: Rupanya Sabhi Saddi (One Nation Emcees) Dan Anggota K-Clique Ini Adik-Beradik!

Baca: Biodata FareedPF (K-Clique)

    

k clique 886

Kredit foto: Instagram K-Clique

     

Mengenai perkembangan lain, K-Clique bakal menghadiahkan para peminat dengan album sulung yang dijangkakan berada di pasaran pada Julai 2020 ini.

    

Sumber:

1. Ramai tak tahu Sabhi, Fareed adik-beradik

2. “Selalu bertanya pada diri... adakah aku anak berguna?” - Tuju K-Clique pasang niat bawa keluarga tunai umrah

3. Trek Selebriti

4. Setahun bina nama

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)