Kredit foto: Instagram Tuju K-Clique

   

Kumpulan hip-hop yang sedang mencipta nama, K-Clique, menjadi antara yang digilai peminat muzik masa kini dan lagu-lagu mereka terus mendominasi carta lagu hit semasa.

Deretan single popular K-Clique termasuk Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Mimpi, Licik dan Warna.

Lonjakan kegemilangan pantas yang diraih telah mengubah nasib kehidupan salah seorang anggotanya, Tuju atau nama asalnya, Muhammad Azree Shah.

Menyingkap tirai kembara perjalanan hidup rapper terbabit, Iluminasi kongsikan biodata, fakta menarik dan beberapa foto beliau.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhammad Azree Shah bin Awang Zamri.

2. Dikenali umum dengan nama pentasnya, Tuju (K-Clique).

3. Lahir pada 22 April 1996.

4. Kini berusia 23 tahun.

5. Berasal dari Kampung Buang Sayang, Papar, Sabah.

6. Anak pertama daripada tiga orang adik-beradik.

7. Merupakan anggota kumpulan K-Clique yang antara lain dibarisi tujuh lagi ahli iaitu MK, Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemuanya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

8. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @azreewhuut sehingga kini sudah mencatatkan lebih 260,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Menyambung pengajian di Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Sabah walaupun tidak dapat menghabiskannya kerana berdepan masalah.
  • Pernah mencuba pelbagai pekerjaan sebelum bergelar artis, termasuk bekerja sebagai pencuci kereta.
  • Beliau bersama K-Clique yang semakin dikenali dalam aliran muzik arus perdana, hanya bermula daripada komuniti muzik ‘underground’.
  • Berkebolehan menyanyikan pelbagai genre lagu, namun keutamaan muziknya tetap berpihak kepada genre hip hop.
  • Merupakan penyokong kelab bola sepak, Arsenal.
  • Penggemar sukan futsal.

    

Baca: Biodata Loca B

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Kumpulan K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi MK K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Noki K-Clique

Baca: 5 Fakta Kumpulan K-Clique Yang Pasti Buat Anda Terkejut!

Baca: Ini Keputusan SPM MK K-Clique Yang Buat Ramai Terkedu!

Baca: Rupanya Sabhi Saddi (One Nation Emcees) Dan Anggota K-Clique Ini Adik-Beradik!

Baca: Biodata FareedPF (K-Clique)

     

Foto

tuju k clique 249

mk k clique 363

tuju k clique umur

tuju k clique instagram

tuju k clique lirik

k clique 519

mimpi k clique 436

biodata k clique 718

biodata mk k clique 1

kumpulan k clique

lagu k clique 386

tuju k clique wikipedia

tuju k clique profile

k clique lirik

Kredit foto: Instagram Tuju K-Clique

      

Video

Kredit foto: Youtube Mstar Online Malaysia

   

Sumber:

1. Trek Selebriti

2. “Dulu Cuci Kereta, Alhamdulillah... Sekarang Dapat Bantu Keluarga” - Tuju K-Clique

3. Nama Sebenar MK Kumpulan K-Clique Korang Mungkin Tak Tahu!

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)