Oleh pada 20 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Sabhi Saddi

   

Anggota kumpulan One Nation Emcees (ONE), Sabhi Saddi mendedahkan hubungannya dengan salah seorang ahli kumpulan K-Clique iaitu FareedPF.

Menurut Sabhi yang juga seorang pelakon, beliau dan FareedPF atau nama sebenarnya, Fareed Saddi mempunyai pertalian hubungan adik-beradik.

Sabhi, 35, berkata, demi minat yang mendalam terhadap dunia seni membawa Fareed terjun ke bidang tersebut meskipun mempunyai kelulusan dalam jurusan undang-undang dan komunikasi massa.

   

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Kumpulan K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi MK K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Tuju K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Noki K-Clique

Baca: 5 Fakta Kumpulan K-Clique Yang Pasti Buat Anda Terkejut!

Baca: Ini Keputusan SPM MK K-Clique Yang Buat Ramai Terkedu!

Baca: Biodata FareedPF (K-Clique)

   

fareedpf k clique 432

Kredit foto: Instagram FareedPF

   

"Sejak dulu lagi, Fareed menjadikan saya sebagai idolanya dan perkara ini memang pernah diakuinya kepada bapa kami.

"Bapa pernah bertanya kepada Fareed kenapa dia minat menjadi selebriti dan jawapannya dia mahu mengikut jejak abang.

"Saya dan Fareed, kami memang memiliki minat sama iaitu tarian dan menceburi kerjaya seni," katanya kepada portal Harian Metro.

FareedPF kini menganggotai kumpulan Hip Hop viral dari Sabah, K-Clique.

Manakala Sabhi pula kembali mencuri tumpuan selepas kemunculan kumpulannya, One Nation Emcees di pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Dalam pada itu, menyentuh pertalian mereka yang mula diwar-warkan kepada umum, Sabhi akur kerana menyedari status mereka sebagai selebriti yang dikenali ramai.

"Selain saya yang kini giat bertarung di pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) bersama ONE, Fareed pula sudah tentu popular dengan lagu Mimpi bersama K-Clique.

"Apatah lagi, K-Clique kini tular di media sosial dan sudah berjaya mengumpul kelompok peminatnya yang tersendiri," katanya sambil memaklumkan mereka saling menyokong satu sama lain walaupun berbeza genre.

Sementara itu, mengenai pembabitannya dalam GV6, Sabhi menegaskan fokus ONE kini lebih terarah untuk bergelar finalis, di samping menjanjikan kualiti persembahan terbaik.

"Kini, fokus utama ONE adalah persaingan peringkat semi final pada Ahad ini. Kami akan berusaha memberi persembahan terbaik.

"Terus-terang, saya katakan sasaran ONE kini untuk kami layak ke final GV6. Kami mahu menang," ujarnya.

Katanya, tidak mungkin sebagai peserta sama ada solo mahupun berkumpulan, tidak mempunyai keinginan untuk menamatkan perjuangan sehingga ke peringkat akhir.

"Peluang tidak datang selalu dan untuk mendapatkannya bukan mudah. Jadi, ONE harus membuat yang terbaik.

"Bagi saya sendiri, akan pastikan memberi 200 peratus komitmen dan persembahan terbaik untuk semi final nanti," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sabhi enggan menjadikan sakit tulang belakang (slip disc) yang dialami sebagai alasan untuk mengalah, sebaliknya terus berfikiran positif kerana menganggap apa yang dihadapinya itu sebagai ujian daripada Allah.

Katanya, perjuangannya bersama anggota ONE yang lain iaitu Mimi Fly, Jojo Fly dan Kozae tidak akan terhenti selagi menerima peluang.

   

Sumber berita: Ramai Tak Tahu Sabhi, Fareed Adik-Beradik

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)