k clique biodata

Kredit foto: Instagram @k_clique

    

Kumpulan K-Clique, sebuah nama dalam arena muzik Hip Hop yang semakin mendapat perhatian meluas di kalangan penggemar muzik tempatan walaupun mereka bermula dengan konsep indie (indipendent) dan underground.

Selepas mendaki populariti ke muzik arus perdana, mereka kini disebut-sebut antara yang mempunyai potensi cerah untuk menerima pengaruh lebih besar, baik di pasaran muzik tempatan mahupun antarabangsa.

Diharapkan momentum kejayaan diraih akan berterusan seiring penghasilan karya-karya yang berkualiti di masa mendatang.

    

Biodata

1. Walaupun nama kumpulan ini agak asing pada sesetengah pihak, namun K-Clique sebenarnya sudah lama dikenali di kalangan peminat muzik Hip-Hop tempatan. Mereka terlebih awal mencipta populariti di negeri Sabah, dengan bergerak secara ‘underground’ menerusi lagu-lagu hits seperti ‘Lane Lain Line’, ‘Sah Tu Satu’, ‘Licik’ dan ‘Warna’ yang sehingga kini sudah mengumpul jutaan tontonan di laman YouTube.

2. Lazimnya, penyanyi yang memperjuangkan genre Hip Hop lewat ini berada di kalangan mereka yang berjuang secara solo, antaranya Altimet, Joe Flizzow, Caprice, Alif dan SonaOne. Jika ada yang pernah membabitkan diri secara berkumpulan sekalipun, hanya dianggotai secara duo dan trio, atau sejumlah anggaran lima orang. Bagaimanapun, K-Clique mencipta rekod sebagai penyanyi rap dengan jumlah ahli paling ramai di Malaysia iaitu sebanyak 8 orang. Mereka terdiri daripada MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemuanya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

3. Merupakan artis rakaman syarikat Black Hat Records (BHC) milik penyanyi rap, Alif sebagai artis naungan pertama. Untuk info, BHC ditubuhkan sebagai usaha untuk mengangkat dan memperjuangkan genre 'urban music' di Malaysia.

4. Tiga anggota kumpulan ini iaitu Tuju, Somean dan MK terbabit dalam projek lagu berjudul 'Bossku’ hasil kolaborasi bersama MeerFly. Single ini sekaligus merancakkan lagi populariti K-Clique di mana video muziknya yang mula dilancarkan di Youtube sejak April lalu sudah mencatatkan angka tontonan mencecah 8.8 juta.

5. Kini K-Clique tampil dengan single pertama bersama syarikat BHC berjudul Mimpi, berduet dengan bintang rap ternama, Alif. Karya ini dikatakan berkisar pengalaman mereka dalam memburu impian bergelar bintang. 

    

Foto

k clique members

k clique profile

ahli k clique

k clique members biodata

mk k clique biodata

Kredit foto: Instagram @k_clique

    

Video

Kredit video: Youtube Black Hat Cat Records

   

Sumber:

1. 5 Fakta Mengenai K-Clique Yang Peminat Perlu Tahu

2. Berkolaborasi Dengan Alif, K-Clique Muncul Dengan Mimpi

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)