Kredit foto: Instagram Noki K Clique

Siapa Noki K-Clique? Ahmad Ikhwan Aji yang terkenal sebagai Noki K-Clique ini merupakan salah seorang anggota kumpulan K-Clique, sebuah kumpulan hip hop berpengaruh di Malaysia.

Pada Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) yang lalu, lagu berjudul Gila yang dipersembahkannya bersama Kaka Azraff dan Loca B diangkat sebagai finalis, sekaligus memenangi trofi utama.

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan bin Aji.
  • Menggunakan nama komersial, Noki K Clique.
  • Berumur 27 tahun (2021).
  • Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.
  • Lahir pada 17 Julai 1994.
  • Bakatnya dicungkil daripada rancangan Showdown musim ketiga pada tahun 2012, sebuah pertandingan tarian urban berkumpulan yang mana beliau menganggotai kumpulan Kitta Move. Beliau kemudiannya menyertai pertandingan The Band, sebuah rancangan pencarian bakat nyanyian dan tarian siaran Astro pada 2014.
  • Kini beliau menganggotai kumpulan K Clique yang turut dibarisi tujuh ahli lain iaitu MK, Tuju, FareedPF, Gnello, SoMean, KDeaf dan NastyNas.
  • Deretan lagu yang pernah dirakamkannya bersama K Clique termasuk Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Memorabilia (menampilkan XNADS), Licik, Warna, Mimpi (menampilkan Alif), Beg 2 Back, Kamu Okay, Kitta Move, Merais dan Pulang (menampilkan AJ).
  • Lagu-lagu dipopularkannya sebagai penyanyi solo pula seperti Gila (bersama Kaka Azraff dan Loca B), Poyo (bersama Danial Zaini dan Santesh), AEWO (bersama Shiha Zikir), Zoom Zoom Zoom (bersama MK, Gnello, Kidd Santhe dan CatFarish) dan Hati (bersama AJ dan Gnello).
  • Beliau bersama K Clique pernah tercalon dalam kategori Best Southeast Asian Act di Anugerah Muzik Eropah MTV 2020, namun kemenangan berpihak kepada penyanyi hip hop Vietnam, Jack.
  • Lagu Gila dendangannya bersama Kaka Azraff dan Loca B diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang berlangsung pada 14 Mac 2021.
  • Menggunakan akaun Instagram @ikhwanlee94 yang sehingga kini mencapai lebih 230,000 pengikut.

Fakta Menarik

  • Pernah dikenali dengan nama Ikhwan Lee.
  • Berfizikal tinggi lampai.
  • Berkebolehan dalam bidang nyanyian mahupun tarian.
  • Mengidolakan penyanyi Justin Timberlake, Chris Brown, Michael Jackson, Jason Derulo dan Ne-Yo.
  • Ciri-ciri kekasih idamannya adalah wanita yang bertudung dan tinggi.
  • Pernah digosipkan dengan pelakon Emma Maembong, namun beliau menafikan dakwaan itu kerana hubungan yang terjalin selama 9 tahun itu dianggapnya tidak lebih daripada sekadar rakan memandangkan kakaknya merupakan sahabat baik kepada Emma.
  • Tidak menolak kemungkinan untuk menceburi dunia lakonan jika dikurniakan rezeki.

Baca: Biodata Ezra Kong, Komposer Lagu Gila

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Kumpulan K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi MK K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Tuju K-Clique

Baca: 5 Fakta Kumpulan K-Clique Yang Pasti Buat Anda Terkejut!

Baca: Ini Keputusan SPM MK K-Clique Yang Buat Ramai Terkedu!

Baca: Rupanya Sabhi Saddi (One Nation Emcees) Dan Anggota K-Clique Ini Adik-Beradik!

Baca: Biodata FareedPF (K-Clique)

     

Foto

noki k clique 126

noki k clique ig

noki k clique profile

noki gila

keluarga noki k clique

ikhwan lee

mk clique 807

tuju k clique 917

ajl 35 966

k clique 915

Kredit foto: Instagram Noki K Clique

Video

Kredit video: #TheBandMY​ - Ikhwan Lee

Sumber:

1. 'Rasa diri kerdil'

2. K-Clique tidak kecewa, mereka tewas!

3. Lagu Gila juara AJL35

4. “Tiada perasaan terhadap Emma Maembong” - Noki K-Clique suka wanita tutup aurat

5. Noki K-Clique tak mahu panas baran lagi

6. Noki K-Clique kongsi rahsia buang sikap panas baran - “Kalau rasa nak naik angin, saya ambil wuduk dan solat”

7. Noki bercita-cita nak jadi pelakon | Gempak TV

8. #TheBandMY​ - Ikhwan Lee




Hakcipta iluminasi.com (2017)