Kredit foto: Instagram Caprice

   

Caprice atau Ariz Ramli merupakan seorang penyanyi yang juga dikenali sebagai penceramah motivasi.

Di laman Instagram, bintang hip hop ini gemar memuat naik rakaman dirinya berkongsi pendapat mengenai isu tular di media sosial.

Beliau yang terkenal dengan lagu-lagu berbahasa Inggeris turut aktif melibatkan diri dalam aktiviti ceramah dan kempen bagi tujuan pendidikan.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Ariz bin Ramli. Menggunakan nama pentas, Caprice.

2. Kelahiran Negeri Sembilan pada 25 Julai 1988. Kini berumur 31 tahun (2019).

3. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007.

4. Bernaung di bawah syarikat rakaman Caprice Records.

5. Namanya mula dikenali umum di muzik arus perdana selepas penerbitan single 'Lenglui' dan 'Dem Girls'.

6. Lain-lain single dipopularkannya seperti Teman (Valentine Tak Jadi) pada 2009, Fantasy Girls (2009), Tuhan Tolonglah (2010), Pilihanku (2010), Thinking of You (2010), Chikaro (2012), Wat Lek Wat Peace (2014), Korang Tak Boleh Blah (2017) dan Baby Sayang (2019).

7. Selain bergelar penyanyi yang memperjuangkan genre muzik hip hop, beliau turut aktif sebagai penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan dan penceramah motivasi.

   

Fakta Menarik

  • Cenderung merakamkan lagu-lagu berbahasa Inggeris.
  • Merupakan pengasas aplikasi Classruum yang berkonsepkan pendidikan, di bawah syarikat Caprice Technologies.

   

Baca: Biodata Dan Foto-Foto Lama Pendakwah Viral, Ustaz Ebit Lew

Baca: Ustaz Ebit Lew (UEL) Dedah Kisah Hidup Dan Perniagaan Dimilikinya

Baca: Biodata Ustaz Tido (Khailil Razak), 'Kembar' Ustaz Ebit Lew

Baca: Biodata Dan Foto-Foto Lama Pendakwah Ustaz Firdaus Wong Wai Hung

   

Foto

caprice malaysia

instagram caprice

ariz ramli

takut caprice

caprice

nama sebenar caprice

baby sayang caprice

wikipedia caprice

siapa caprice

Kredit foto: Instagram Caprice

   

Video

Kredit video: Caprice & Mira Filzah- Baby Sayang (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Wikipedia Caprice

2. Jihad Cara Caprice

3. Saya Memang Boleh Cakap Melayu - Caprice

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)