Kredit foto: Instagram Aman RA

    

Aman bin Jamaluddin atau nama popularnya, Aman RA merupakan seorang penyanyi, penulis lirik, komposer, penerbit rakaman dan usahawan.

Beliau diangkat sebagai pemenang tempat kedua Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 pada 9 Februari lalu, menerusi lagu BudakFlat.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Aman bin Jamaluddin
  • Menggunakan nama pentas, Aman RA.
  • Berumur 33 tahun.
  • Kelahiran Kuala Lumpur pada 20 April 1987.
  • Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006 sebagai penyanyi, komposer, penerbit rakaman, penulis lirik dan usahawan.
  • Memperjuangkan genre muzik Hip hop.
  • Merakamkan single Diamonds pada 2010, BudakFlat (2016), I Am Here (2017) dan Tabah (2018).
  • Terbit dengan album pengenalan berjudul 'Rebel' pada 2018 yang memuatkan 10 buah lagu, antaranya Bangun, BudakFlat, Berada (menampilkan Altimet dan Noh Salleh), YeDowh dan banyak lagi.
  • Lain-lain lagu dipopularkannya termasuk Fighter, Cabang Tiga (OST Filem Paskal) dan Jatuh Bangun (duet bersama Haqiem Rusli).
  • Merupakan seorang pengusaha perniagaan jenama produknya yang dinamakan sebagai BudakFlat Co dan Boleh Pergi Mampus.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @amanracom sehingga kini mencatatkan lebih 127,000 pengikut.

    

Pencapaian

  • Mula menempa populariti dengan nama komersial 'Kraft' yang mana ketika itu beliau menganggotai Kumpulan College Dropouts bersama rakan sekolahnya, Caprice pada 2006.
  • Kumpulan berkenaan meraih kedudukan kedua di musim ketiga rancangan Blast Off di Astro Hitz.
  • Lagu Jatuh Bangun (bersama Haqiem Rusli) dan BudakFlat mendapat tempat di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) dan Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang masing-masing berlangsung pada 2019 dan 2020.
  • Memenangi tempat kedua AJL34 pada 9 Februari lalu.

         

Fakta Menarik

  • Mempelajari dunia muzik rap sejak sekolah menengah.
  • Mengutip pengalaman dengan beraksi dalam pelbagai pertandingan rap dan acara tertutup.
  • Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
  • Pernah berkolaborasi dengan nama-nama gah seperti Altimet, Dayang Nurfaizah dan Haqiem Rusli
  • Lagu Bangun nyanyiannya merupakan kesinambungan kepada lagu 'Budak Flat'.

    

Foto

aman ra

bangun aman ra

lagu aman ra

aman ra dulu

latar belakang aman ra

instagram aman ra

wikipedia aman ra

Kredit foto: Instagram Aman RA

   

Video

Kredit video: Aman Ra kenang zaman naik Honda EX5 pergi studio rakam lagu

    

Sumber:

1. Dari 'Budak Flat', Aman RA 'Bangun' Menggapai Bintang

2. Wikipedia Aman RA

3. Spotify Aman RA

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)