Kredit foto: Instagram Joe Flizzow

   

Siapa Joe Flizzow? Johan Ishak atau nama popularnya, Joe Flizzow merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, produser dan usahawan Malaysia.

Beliau yang juga pejuang muzik hip hop tempatan ini terlebih dahulu dikenali sebagai anggota kumpulan rap terkenal, Too Phat.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Johan bin Ishak.
  • Menggunakan nama pentas, Joe Flizzow.
  • Berumur 42 tahun.
  • Kelahiran Johor Bahru, Johor pada 16 Oktober 1979.
  • Anak kepada pasangan Ishak Nengah (bapa) dan Aishah Ali (ibu).
  • Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.
  • Bergiat sebagai seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan ahli perniagaan sejak tahun 1998.
  • Memperjuangkan genre muzik Hip Hop.
  • Merakamkan dua buah album solo yang berjudul President pada 2008 dan Havoc (2013).
  • Antara lagu dipopularkannya termasuk Apa Khabar (menampilkan SonaOne), Sang Saka Biru (menampilkan Altimet, SonaOne dan Alif), Sampai Jadi (menampilkan Alif), Negaraku (menampilkan Altimet, SonaOne dan Faizal Tahir), Havoc (menampilkan Altimet dan SonaOne) dan banyak lagi.
  • Pernah menganggotai kumpulan Too Phat bersama Malique sebelum memilih untuk bergerak solo. Too Phat ditubuhkan pada 1998 sebelum dibubarkan pada 2007.
  • Deretan lagu dirakamkannya bersama Too Phat termasuk Alhamdulilah (bersama Yasin), Dua Dunia (bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza), Ala Canggung (bersama Lil' Marissa), Anak Ayam dan banyak lagi.
  • Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi filem Pekak pada 2016 dengan memegang peranan watak sebagai Pusher.
  • Berkahwin dengan Marini Ramlan, seorang usahawan dan pelukis profesional pada 26 Jun 2020 susulan pertunangan pada 28 Disember 2019.
  • Akaun Instagramnya, @flizzow sehingga kini mengumpul lebih 528,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Juga berkecimpung dalam bidang perniagaan.
  • Bapanya, Ishak Nengah adalah bekas penyampai berita berbahasa Inggeris TV3 dan pengacara rancangan di RTM. Bapanya meninggal dunia pada 6 Ogos 2018.
  • Mencipta rekod sebagai penyanyi Malaysia pertama yang merangkul anugerah Artis Terbaik Asia Tenggara di Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 yang diadakan di Bizkaia Arena, Barakaldo, Basque Country, Sepanyol.
  • Album President merupakan album pertama beliau sebagai penyanyi solo yang menampilkan gandingan bersama para penyanyi dari pelbagai negara, iaitu Hady Mirza dan Terry Tye Lee dari Singapura, Thaitanium (Thailand), Joeniar Arief (Indonesia), Jin (Amerika Syarikat) dan Phlowtron (Malaysia).
  • Lagu Apa Khabar dendangannya bersama SonaOne diangkat sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu ke 29 pada 2015. Antara lain, single berkenaan meraih trofi kategori Lagu Hip Hop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21.
  • Video muzik single terbaharunya yang berjudul CIAO kolaborasi bersama Jay Park dan MK K-Clique kini 'trending' di laman Youtube dengan catatan sebanyak 1.2 juta tontonan (sehingga artikel ini ditulis).
  • Rapper terkenal, SonaOne merupakan salah seorang anak didiknya.
  • Mengidamkan peluang untuk menjalinkan kerjasama bersama penyanyi Datuk Sheila Majid dan Yuna Zarai.

    

Baca: Biodata Malique Too Phat

Baca: Biodata Melissa Maureen, Isteri Malique Too Phat

   

Foto

ciao joe flizzow 474

joe flizzow 112

ciao 140

mk k clique 596

lagu joe flizzow

malique

too phat 678

joe flizzow ig

umur joe flizzow 467

isteri joe flizzow

joe flizzow kahwin

Kredit foto: Instagram Joe Flizzow

   

Video

Kredit video: Begitu Begini Dj Nazz- Joe Flizzow Komen Lagu Altimet Menyindir Malique?

    

Sumber:

1. 'Havoc' Bukti Joe Flizzow Mampu Rap Lagu Melayu

2. 'Api' semangat Joe Flizzow

3. Joe Flizzow lebih tenang selepas kahwin

4. Selepas 'Pekak' Joe Flizzow Mula Tertarik Jadi Pelakon

5. Tahniah! Joe Flizzow, Marini selamat bertunang, dijangka kahwin April depan

6. Joe Flizzow nikahi Marini Ramlan

7. Joe Flizzow nak beli semula kereta Kancil ketika zaman Too Phat - “Siapa jumpa tolong contact, nego sampai let go!”

8. Bapa Joe Flizzow meninggal dunia

9. Joe Flizzow Dedah 'Apa Khabar' Di Sebalik Kejuaraan AJL 29

10. Terbaiklah Joe Flizzow...

11. Wikipedia Joe Flizzow

12. Spotify Joe Flizzow

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)