kmy kmo biodata

Kredit foto: Instagram Kmy Kmo

    

Siapa Kmy Kmo

Lukmanul Hakim yang juga dikenali umum sebagai Kmy Kmo, bersama Luca Sickta merupakan duo rapper baharu dalam arena muzik hip hop tempatan.

Pelantun Gong Nekara, 7 Nasihat dan Zuhud ini mendapat tempat dalam muzik rap era masa kini atas didikan 'otai' hip hop, Malique Ibrahim.

    

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Pemilik nama sebenar Lukmanul Hakim.
  • Menggunakan nama pentas, Kmy Kmo.
  • Berasal dari negeri Pahang.
  • Berkecimpung dalam dunia muzik sebagai penyanyi rakaman, komposer dan penulis lirik sejak tahun 2003.
  • Mempertaruhkan genre muzik Hip Hop.
  • Kerap bergandingan secara duo dengan rapper seangkatannya, Luca Sickta.
  • Antara single direkodkannya bersama Luca Sickta termasuk 7 Nasihat (duet bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza), Zuhud (duet bersama Datuk M Nasir), Nekad, Gong Nekara dan Tiada Kata Secantik Bahasa 2020 (duet bersama kumpulan Hijjaz dan Pasya).
  • Deretan lagu yang turut melonjakkan namanya seperti Playaz (duet bersama Siqma, Benzooloo, B-Heart, Luca Sickta, YonnyBoii dan DJ T-Bone), Conlu17 (duet bersama B-Heart dan Joe Sharel) dan Sifar (duet bersama Asfan Shah dan Tripdisz).
  • Laman sosial Instagramnya (IG), @kmy__kmo sehingga kini telah diikuti lebih 69,000 peminat.

   

Fakta Menarik

  • Bakatnya digilap oleh bintang hip hop lagenda, Malique Ibrahim.
  • Bekas ahli kumpulan rap trio, Nukilan yang turut disertai Zizi Kirana dan Afif Tirmizie.
  • Mula mendapat perhatian selepas single dipopularkannya, Gong Nekara (duet bersama Luca Sickta) menjadi bualan hangat apabila terpalit dengan dakwaan kononnya menyindir penyanyi Altimet.
  • Lagu 7 Nasihat nyanyiannya bersama Luca Sickta dan Shiha Zikir (menggantikan tempat Datuk Siti Nurhaliza) dipilih sebagai antara 12 finalis yang bakal berentap di Anugerah Juara Lagu ke 35.
  • Merupakan komposer dan penulis lirik OST filem Usin UFO (Halusinasi) dan Salute Malaysia, selain lagu Bukan Mudah dendangan Nukilan bersama Malique.
  • Pernah dikenali dengan nama pentas, Agenda ketika menganggotai kumpulan Nukilan.
  • Pernah tercalon dalam kategori 'Best Genre Bender' di Vima Asia 2013.
  • Antara penyanyi yang ditampilkan Malique dalam album ‘TKO’.

   

Baca: Biodata Luca Sickta

   

Foto

kmy kmo nama sebenar

isteri kmy kmo

kmy kmo keluarga 648

luca sickta 620

kmy kmo 466

7 nasihat 984

kmy kmo luca sickta

kmy kmo wikipedia

kmy kmo profile

kmy kmo songs

Kredit foto: Instagram Kmy Kmo

   

Video

Kredit video: Gentle Lah! Episode 5 KMY KMO Mencuri Untuk Record Lagu!

   

Sumber:

1. Kmy Kmo, Luca Sickta Profile

2. Gong Nekara tak sindir sesiapa

3. Zuhud dapat sentuhan M Nasir

4. Siti tunggu 'BBNU' setengah jam

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)