Kredit foto: Instagram Alif

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhammad Alif Abdullah. Dikenali sebagai Alif, Alyph dan Alif Sleeq.

2. Kelahiran Singapura pada 21 September 1989. Kini berusia 30 tahun.

3. Mendapat pendidikan awal di Eunos Primary School, sebelum beralih ke Tanjong Katong Secondary School, diikuti Temasek Polytechnic untuk pengajian dalam bidang Perindustrian Produk Dan Rekabentuk.

4. Memeriahkan dunia seni sebagai penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman sejak tahun 2005.

5. Bekas anggota kumpulan duo, Sleeq.

6. Sinonim dengan genre muzik Hip-hop, Rap dan R&B.

7. Mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Azzah Fariha Samat pada 2014 sebelum dikurniakan cahaya mata bernama Alana.

       

Info Kumpulan Sleeq

  • Dianggotai Muhammad Alif Abdullah atau nama popularnya, Alyph dan Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah (Syarif).
  • Bersandarkan bakat sebagai penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman, Sleeq yang berasal dari negara Singapura itu pernah menawan dunia hiburan tempatan menerusi lagu-lagu berbahasa Melayu dan Inggeris bergenre pop, hip-hop dan R&B sejak tahun 2005.
  • Sepanjang aktif berkarya, mereka pernah bernaung di bawah syarikat rakaman KRU Records, Magic Potion Records, Alibi Music dan Aaron Aziz Productions.
  • Terkenal dengan lagu-lagu seperti Pilihan Aku, Cun Saja, Sembunyi, Moviestar, Sesaat Kau Datang yang merupakan kolaborasi mereka bersama penyanyi lagenda, Ramlah Ram dan Untuk Dia (bersama Najwa Latif).
  • Melancarkan tiga buah album studio berjudul In The Q pada 2007, Classiq (2009) dan SLQ (2013).
  • Mendapat peluang beraksi di layar perak menerusi filem Romeo Kota arahan sulung Aaron Aziz.
  • Atas pertimbangan sewajarnya, akhirnya Sleeq mengumumkan pembubaran kumpulan berkenaan pada 2015.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi alif sleeq 2

biodata dan latar belakang penyanyi alif sleeq 3

biodata dan latar belakang penyanyi alif sleeq 4

biodata dan latar belakang penyanyi alif sleeq 5

biodata dan latar belakang penyanyi alif sleeq 6

Kredit foto: Instagram Alif

Video

Kredit video: Youtube Sony Music Kartel VEVO

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Mstar

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)