Oleh pada 11 Aug 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Pada tahun 1987, filem seram yang ikonik arahan Othman Hafsham, yang berjudul 'Rahsia', telah mengukir sejarah dengan menjadi filem seram pertama dalam negara yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7). Ia juga mengungguli tujuh anugerah lain dalam kategori-kategori berbeza pada tahun yang sama.

Setelah berlalu 36 tahun, filem yang menampilkan watak utama Ramlah dan Hamdan ini masih terus menghantui penonton serta peminat filem seram tempatan. Membawa barisan pelakon ternama baharu seperti Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Qistina Raisah, Marsha Milan Londoh dan Syed Ali Murtadha, filem ini dihidupkan semula sebagai versi reboot yang lebih segar dan kini boleh ditonton di pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula pada 10 Ogos 2023.

        

rahsia 2023

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Sinopsis

Dengan tagline "Dia Takkan Pergi", filem "Rahsia" mengisahkan tentang kehidupan sepasang suami isteri yang bahagia, Ramlah dan Hamdan. Ramlah merupakan seorang suri rumah tangga manakala Hamdan adalah seorang pensyarah. Bersama anak-anak mereka, Marina dan Saiful, mereka kembali ke rumah bapa Ramlah, Tan Sri Karim, sempena ulang tahun kelahirannya. Namun, suasana gembira berubah tragis ketika piknik di tepi pantai berdekatan rumah tempat Ramlah membesar ini. Di sinilah Ramlah menyaksikan peristiwa misteri, di mana Saiful tiba-tiba hilang akibat dilarikan oleh satu susuk yang mengubah segalanya.

Polis meyakini bahawa Saiful hilang di pinggir pantai, walaupun keraguan muncul mengenai cerita Ramlah tentang wanita yang menakutkan yang dia lihat. Namun, operasi penyelamatan diteruskan dengan menyusuri pantai untuk mencari Saiful. Ketika Hamdan turut membantu polis dalam usaha ini, Ramlah mula mengalami gangguan aneh di dalam rumah mereka yang tidak dapat dijelaskan.

Dia mendengar bunyi-bunyi pelik, namun tidak dapat mengenal pasti punca bunyi tersebut. Entiti misteri dan kehilangan anaknya memberi kesan kepada kewarasan Ramlah dan perkahwinannya. Ini kerana Hamdan tidak percaya kepada Ramlah, dan dia menilai segala-galanya sebagai ilusi yang timbul akibat tekanan kehilangan Saiful dan keadaan bapa Ramlah yang terlantar tenat.

Namun, berulang kali beberapa petunjuk telah membawa Ramlah untuk yakin bahawa Saiful masih berada di sekitar dan masih hidup. Walaupun tiada bukti yang kukuh, Ramlah mengambil keputusan untuk berhadapan dengan kehadiran yang ghaib itu, sambil mengungkap rahsia di sebalik kehilangan anaknya, sebelum terlewat.

        

Baca: Info, Sinopsis, Kutipan Filem Malbatt : Misi Bakara (2023), Adaptasi Kisah Benar Kejadian Black Hawk Down

Baca: 8 Filem Melayu Terbaru 2023 - Mesti Tonton!

          

rahsia movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Pelakon / Cast

Filem ini mengumpulkan beberapa pelakon terkenal Malaysia seperti Nabila Huda dan Fikry Ibrahim yang memegang peranan utama sebagai Ramlah dan Hamdan.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Eman Manan, Qistina Raisah, Marsha Milan Londoh, Rashidi Ishak, Syed Ali Murtadha, Aloy Paradoks, Nabil Zakaria, Mislina Mustaffa, Nu’man Salleh, Iris Alessandra Alyssa serta Suhaid Mustakim Yahya.

Juga turut hadir, penampilan istimewa oleh Othman Hafsham dan Susan Lankester.

        

Watak Pelakon

Nabila Huda sebagai Ramlah

Fikry Ibrahim sebagai Hamdan

Eman Manan sebagai Tan Sri Karim

Qistina Raisah sebagai Marina

Marsha Milan Londoh sebagai Melor

Syed Ali Murtadha sebagai Saiful

Rashidi Ishak sebagai Young Tan Sri Karim

Aloy Paradoks sebagai Inspektor Hanif

Othman Hafsham sebagai Ustaz Firdaus

Iris Alessandra Alyssa sebagai Ramlah Kanak-Kanak

Nabil Zakaria sebagai Bob

Mislina Mustaffa sebagai Che Yah

Nu’man Salleh sebagai Pak Salleh

Suhaid Mustakim Yahya sebagai Sarjan Azam

          

filem rahsia 228

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Filem Rahsia diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd bekerjasama dengan Five Star Trading Sdn Bhd, serta dikelola oleh produksi Kuman Pictures. Shamyl Othman, pengarah filem ini, melanjutkan legasi bapanya, Othman Hafsham, yang mengarahkan filem asal Rahsia pada tahun 1987. Penulisan skrip pula ditangani oleh pencipta drama "One Cent Thief" yang terkenal, iaitu Alfie Palermo.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: NJWA - ALUNAN LARA | Official Lyrics Video | OST RAHSIA

         

Tajuk: Alunan Lara

Penyanyi: Njwa

Komposer: Njwa

Penulis lirik: Njwa

          

rahsia 1987

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Tarikh Tayangan

Dengan jangka masa sepanjang 1 jam 30 minit dan mengusung elemen seram sebagai genre, filem Rahsia akan menyajikan pengalaman menakutkan yang menggegarkan layar perak di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei bermula pada 10 Ogos 2023.

        

Trivia

1. Ini merupakan kali pertama sebuah filem seram tempatan dihidupkan semula melalui konsep reboot.

2. Shamyl, pengarah filem ini, pernah mengarahkan karya-karya popular sebelum ini seperti filem "Kami Histeria" dan juga drama bersiri "Kau VS Aku".

          

Kutipan

3 hari tayangan - RM1.3 juta

5 hari tayangan - RM2.2 juta

8 hari tayangan - RM3 juta

11 hari tayangan - RM4.3 juta

22 hari tayangan - RM6 juta

           

Kredit video: TAYANGAN PERDANA FILEM RAHSIA 2023

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)