Kredit foto: Instagram Amir Ahnaf , Instagram Anna Jobling

       

Amir Ahnaf menyokong naskhah siri Syurga Itu Bukan Mudah sebagai pelakon utama, dalam slot Megadrama yang bermula siaran di saluran Astro Ria pada 4 Disember 2023.

Berperanan dalam watak lain siri drama yang bukan adaptasi novel itu adalah Anna Jobling, Fadhli Masoot, Alya Iman, Dynas Mokhtar, Dian P Ramlee, Steve Yap, Amir Nafis, Ahmad Syafiq dan Bulan Terry.

        

10 Fakta Pelakon Amir Ahnaf Yang Ramai Tak Tahu!

amir ahnaf age 52779

        

1. Pemuda yang mempunyai tubuh yang tinggi lampai ini berasal dari Dungun, Terengganu.

        

amir ahnaf umur 65816

        

2. Alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu ini pernah menjadi ketua pelajar di institusi pendidikan Malaysia yang menawarkan pendidikan menengah tersebut.

         

amir ahnaf height 12215

       

3. Dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia berjaya dengan kejayaan yang membanggakan, mencapai keputusan 5A.

         

alpha male society

         

4. Dalam tempoh kariernya di industri hiburan setakat ini, Amir pernah memenangi kategori BBNU Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (BH) ke-35, tahun 2023, mengatasi saingan calon Top 5 iaitu Mierul Aiman, Danial Chuer, Fadhli Masoot dan Meer Nash.

         

amir ahnaf hero remaja 96859

         

5. Dalam masa yang singkat berada dalam industri lakonan, dia telah menarik perhatian melalui penyertaannya dalam drama bersiri dan telefilem seperti Syurga Itu Bukan Mudah, Projek: High Council, Gamers Mangkuk, Scammer Geng Marhaban, Kisah Cinta Phoebe Dan Ejoi, Akim & Mira - Kisah Cinta 1999, Perempuan Itu, Hieraki, Rindu Darul Iman dan Sakit Tengkuk Betul Lah.

         

amir ahnaf drama 71141

          

6. Walaupun baru mencipta nama dalam dunia lakonan, dia telah diberi peluang untuk menyertai skrin besar dalam filem akan datang, sekuel Mat Kilau yang berjudul "Pendekar Awang: Darah Indera Gajah" lakonan bersama Fattah Amin, Nur Fazura, Namron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Nadhir Nasar dan Tissa Biani.

        

7. Peranan Amir sebagai ketua organisasi rahsia dalam drama Projek: High Council meninggalkan kesan mendalam di hati penonton. Dia melihat watak Kahar sebagai bayangan dirinya yang sebenar.

       

syurga itu bukan mudah 29974

        

Ini lantaran, walaupun imej luaran Kahar kelihatan bengis, namun sebenarnya di dalam hatinya, dia hanyalah seorang anak yang sangat manja.

Amir mengakui selesa berbicara dengan lemah lembut dan kebanyakan masa lebih suka berdiam diri.

Kejayaan membawa watak Kahar mengejutkan ramai termasuk keluarganya, bapa serta adik-beradiknya.

          

ayah amir ahnaf 61129

       

8. Pastinya ramai yang tidak tahu bahawa Amir pada mula-mula diminta untuk memegang watak Zahrin yang dilakonkan oleh Fazziq Muqris dalam Projek: High Council. Tetapi, setelah berjumpa dengan pengarah Anwari Ashraf, dia mengesan bakat dalam diri Amir dan memanggilnya untuk ujibakat kali kedua, sebelum akhirnya diberikan watak Kahar.

        

syurga itu bukan mudah novel 11559

          

9. Latar belakang seni Amir datang daripada ibunya yang merupakan seorang aktivis teater.

Walaupun Amir adalah pelajar aliran sains tulen semasa di sekolah, minat seninya diwarisi daripada ibunya yang aktif dalam dunia teater.

Sokongan ibu ketika Amir terlibat dalam teater semasa belajar di UPSI dahulu turut memberi inspirasi dan dorongan.

        

tinggi amir ahnaf 65171

         

10. Drama terkini Amir, 'Gamers Mangkuk' kini bersiaran serentak dengan 'Syurga Itu Bukan Mudah'. Ia adalah drama Melayu pertama di Malaysia yang mengupas topik sukan elektronik. Tayangan ini dapat disaksikan melalui slot Astro Originals di Astro Premier mulai 1 Disember 2023, dengan kehadiran pelakon-pelakon lain seperti Taufiq Izmir, Sathis Varan, Nick Davis, Sara Mack Lubis, Amelia Christie, Nadia Brian, Josiah Hogan dan Taqim Zaki.

         

amir ahnaf 78225

sinopsis syurga itu bukan mudah 59887

drama syurga itu bukan mudah 32515

Amir Ahnaf, bekas peserta Hero Remaja 2021 yang terkenal dengan jolokan 'Kapla High Council' ini, kini terbit dalam drama "Syurga Itu Bukan Mudah", arahan Eyra Rahman, yang boleh diakses melalui penstriman aplikasi Astro Go dan Sooka. Kredit foto: Instagram Amir Ahnaf , Instagram Anna Jobling , Instagram Meletop

          

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Syurga Itu Bukan Mudah (Slot Megadrama Astro Ria)

        

Untuk lebih info mengenai Amir Ahnaf, baca artikel: 8 Fakta Biodata Pelakon Amir Ahnaf Yang Ramai Tak Tahu!

         

Profil Ringkas

Nama penuh: Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin

Umur: 23 tahun (2023)

Instagram (IG): @amir.ahnaff

Tiktok: @amir.ahnaff

          

Kredit video: Tonton "Syurga Itu Bukan Mudah" Episod 1 / Release date - 4 Disember 2023. Cast Amir Ahnaf, Anna Jobling - Full Trailer

         

Sumber:

1. “Saya Manja & Baik Hati, Selesa Cakap Lemah Lembut,” – Pelajar Sains Tulen Ke Dunia Seni, ‘Kahar’ Bawa Tuah Buat Amir Ahnaf

2. Graduan UPSI & Bekas Ketua Pelajar MRSM Kuala Terengganu. Amir Ahnaf Cemerlang Sebagai Wajah Baharu Dunia Seni

3. Instagram Amir Ahnaf

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)