Kredit foto: Instagram Ezaidi Aziz

    

Siapa Ezaidi Aziz? Beliau merupakan salah seorang pelakon yang akan membawa watak penting dalam drama bersiri terbaharu, Hijrah Jannah, bersama Remy Ishak, Puteri Sarah Liyana, Daniella Sya dan pelakon-pelakon lain yang juga terkenal. Drama ini dijadualkan untuk ditayangkan dalam slot Tiara bermula 5 Jun 2023, untuk siaran saluran Astro Ria.

    

Biodata

Nama sebenar: Mohammad Ezaidi Abdul Aziz

Nama komersial: Ezaidi Aziz

Umur: 28 tahun (2023)

Tarikh lahir: 14 Februari 1995

Agama: Islam

Asal: Kuala Lumpur

Keluarga: Anak kesembilan daripada 10 orang adik beradik

Pendidikan: Ijazah Jurusan Pengurusan Hotel

Pekerjaan: Pelakon, Model, Usahawan

Instagram (IG): @ezaidiaziz

    

Latar Belakang

1. Karier beliau bermula sebagai seorang model pada tahun 2014 selepas menyertai pertandingan Supermodel Search yang diadakan pada tahun yang sama. Ketika itu, beliau sedang menyelesaikan pengajian diploma di sebuah kolej.

2. Antara drama yang menggunakan khidmat lakonannya sebagai seorang aktor termasuk Jesnita, Bila Hati Memilih Dia, Keria Women, Jangan Padam Rindu dan Hijrah Jannah.

3. Hingga kini, akaun Instagramnya yang didaftarkan dengan nama @ezaidiaziz telah mencapai jumlah pengikut sebanyak 112,000 orang.

4. Akan datang, beliau bakal mengambil peranan dalam drama bersiri terkini, Hijrah Jannah, yang akan ditayangkan dalam slot Tiara di saluran Astro Ria. Drama ini akan melibatkan barisan pelakon terkenal seperti Remy Ishak, Puteri Sarah Liyana, Daniella Sya, Daniel Fong, Angeline Tan, Khalidah Atlibah, Kenji Sawahi dan ramai lagi.

    

Fakta Menarik

1. Dari segi fizikal, beliau mempunyai ketinggian 182 sentimeter (cm).

2. Semasa remaja, beliau pernah mewakili Selangor dan Kuala Lumpur dalam kejohanan bola sepak pada usia 12 tahun dan 15 tahun.

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hijrah Jannah (Slot Tiara Astro Ria)

     

Gambar

ezaidi aziz ig

ezaidi aziz

ezaidi aziz instagram

drama hijrah jannah

ezaidi aziz umur

pelakon hijrah jannah

ezaidi aziz height

ezaidi aziz drama

hijrah jannah episod

hijrah jannah

ezaidi aziz asal

ezaidi aziz wikipedia

tinggi ezaidi aziz

Kredit foto: Instagram Ezaidi Aziz

     

Sumber:

1. Going with the flow

2. Puteri Sarah seronok bawa watak perampas suami orang dalam drama Hijrah Jannah

3. Instagram Ezaidi Aziz

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)