hh

Kredit foto: Instagram Darien Aeldra , Facebook Ddz Aeldra

        

Darien Aeldra, yang semakin mendapat tempat sebagai pelakon, kini mewarnai dunia drama Melayu di televisyen.

        

dari mata turun ke hati 78952

        

Terkini, dia berganding bahu dengan bintang-bintang ternama, memainkan peranan dalam drama 'Dari Mata Turun Ke Hati' yang disiarkan di Astro Ria menerusi slot Megadrama.

        

dari mata turun ke hati pelakon 32187

        

Produksi ini turut menghimpunkan pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Mierul Aiman, Arabella Ellen, Qistina Khaled, Azri Safix, Afiq Hamidon, Natasha Roslan, Kimberly Chuah, Evertts Gomes, Sathis Varan dan ramai lagi.

       

Biodata

Nama penuh: Muhammad Darien Aeldra bin Mohd Fadli

Nama komersial: Darien Aeldra, Ael D

Umur: 25 tahun (2024)

Pekerjaan: Pelakon, Penyanyi, Model

Instagram (IG): @darienaeld

Tiktok: @darienaeld

        

Latar Belakang

Pada mulanya, Darien tidak pernah terfikir untuk menceburi dunia peragaan. Namun, dorongan dan galakan daripada orang sekeliling membuatkan dia mula menikmati karier ini.

        

yang tahu je tahu cast 56474

        

Pada tahun 2020, pengasas The Models Lab KL, Ayman Rahim, menemui Darien menerusi Instagram. Selepas beberapa minggu, Darien menandatangani kontrak dengan agensi tersebut, membuka lembaran baru dalam hidupnya sebagai seorang model.

         

yang tahu je tahu pelakon 94587

        

Sebagai seorang pelakon, Darien menyerlahkan bakatnya di layar kaca menerusi drama Yang Tahu Je Tahu dan Dari Mata Turun Ke Hati, serta telefilem Terpaling Drama. Di layar perak, dia membuat penampilan dalam filem Lantara Dosa.

Selain daripada kerjaya dalam dunia peragaan dan lakonan, dia juga berbakat dalam bidang nyanyian. Dia telah mengeluarkan dua EP hasil gandingan bersama Ssace.

       

Fakta Menarik

1. Mempunyai ketinggian 184 sentimeter (cm).

2. Sekiranya tidak terjun dalam dunia peragaan, dia mungkin akan berkerjaya dalam reka bentuk dalaman, memandangkan dia mempunyai minat yang mendalam terhadap rekaan dan permainan warna.

3. Ketika pandemik melanda dunia, dia mengambil peluang untuk mengasah kemahiran baharunya dengan mempelajari cara membina dan memasang semula basikal, satu hobi yang kini diminatinya.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dari Mata Turun Ke Hati (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: 8 Fakta Biodata Arabella Ellen, Pelakon Drama Berepisod Dari Mata Turun Ke Hati (Astro Ria)

          

Foto

darien aeldra height ketinggian asal

darien aeldra asal

darien aeldra anak siapa

darien aeldra wikipedia

darien aeldra age

darien aeldra

yang tahu je tahu 85749

Darien turut memainkan peranan dalam drama popular, Yang Tahu Je Tahu, bersama pelakon-pelakon seperti Areef Amran, Arabella Ellen, Idan Aedan, Wafiy Aan, Lorenzo Jenjooz, Shania Hendrik, Kim Azzim, Zack Aiman, Zanith Zalikha, Farhana Fahizam, Asyiqeen Rozlan dan lain-lain. Kredit foto: Instagram Darien Aeldra , Facebook Ddz Aeldra

        

Video

Kredit video: EKSKLUSIF!! Betul Ke Idan & Wafiy Kongsi 'Ending' YTJT? Siap 'Warning' Pembuli! | MeleTOP | Hawa

       

Tajuk cerita? Dari Mata Turun Ke Hati

Berapa episod? 16 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis (Mulai 12 Ogos 2024)

Bila tayang? Pukul 10 malam

Tonton di mana? Saluran Astro Ria (104) dan platform online, Astro Go serta Sooka

       

Sumber:

1. Beyond the Lens: Darien Aeldra

2. The Models Lab KL

3. Instagram Darien Aeldra

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)