Kredit foto: Instagram Erysha Emyra , Facebook Erysha Emyra

         

Erysha Emyra, anak kepada Datin Seri Noniswara, seorang dramatis terkenal sejak zaman 1990an, mewarisi bakat lakonan daripada ibunya yang telah lama bergiat dalam bidang seni.

        

erysha emyra 786

         

Erysha yang seorang pelakon popular dalam industri drama Melayu ini bakal muncul sebagai pelakon utama dalam dua siri drama terbaru, Aku Bukan Ustazah dan Cinta Untuk Sekali Lagi, yang akan disiarkan di TV3 dan Astro Ria pada bulan Mei 2024.

         

cinta untuk sekali lagi pelakon

          

10 Fakta Pelakon Erysha Emyra Yang Ramai Tak Tahu!

1. Dilahirkan dengan nama penuhnya, Nur Erysha Emyra binti Zakaria, Erysha berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia dan kini berumur 25 tahun (2024).

        

erysha emyra tunang keluarga pendidikan drama list twitter tiktok mak

        

2. Dia dilahirkan daripada perkahwinan antara Zakaria Rahman (bapa) dan ibunya, Datin Seri Noniswara Baharudin, seorang pelakon yang mula dikenali pada era 90-an.

         

erysha anak noniswara

erysha emyra umur 149

        

3. Dalam barisan tiga adik-beradik, Erysha merupakan anak kedua. Abangnya dikenali sebagai Naveer Mihshon dan adiknya ialah Nazeer Danish.

        

erysha emyra wikipedia

        

4. Mengikut penemuan di internet, Erysha dilaporkan mempunyai ketinggian 163 sentimeter (cm).

         

pelakon aku bukan ustazah

erysha emyra pendidikan

         

5. Siti Hajaar, isteri kepada penyanyi MK K-Clique merupakan kakak tiri kepada Erysha. Ibu Erysha, Noniswara, berkahwin dengan Allahyarham Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad tujuh tahun lalu, yang merupakan perkahwinan ketiganya. Pada 1 Oktober 2023, Sheikh Nordin meninggal dunia akibat strok otak.         

Kematiannya membawa dugaan kepada Noniswara, dengan dakwaan bahawa Noniswara merupakan isteri kedua, yang sering diperkatakan oleh orang ramai sejak pemergian Sheikh Nordin.

        

erysha emyra height

         

6. Erysha pernah mengambil peranan dalam beberapa drama popular seperti Chinta Wrong Direction, Perempuan Itu, Hero Seorang Cinderella Musim 2 dan Dara And The Gang.

Juga telefilem Baby-Sita, Chinta Wrong Direction Raya dan Challenge Accepted.

       

erysha emyra kereta

        

7. Akan datang, dia akan meneruskan perjalanan lakonannya dalam industri dengan membintangi drama berepisod Aku Bukan Ustazah di slot Akasia TV3 dan Cinta Untuk Sekali Lagi di slot Megadrama, Astro Ria.

         

cinta untuk sekali lagi

Drama adaptasi novel 'Cinta, Untuk Sekali Lagi' hasil tulisan Liva Vee turut dibintangi oleh Meerqeen, Malle Christian Anderson, Haidar Hasanudin, Aiman Ameer, Nik Rifa'ie dan Alyssa Dezek. Tayangan ini dapat disaksikan di Astro Ria atau secara online menerusi aplikasi Astro Go dan Sooka.

        

8. Mengenai dakwaan hubungan cinta dengan pelakon Hun Haqeem, Erysha menafikan gosip berkenaan dan menyatakan mereka hanya berkawan di lokasi penggambaran. Walau rapat kerana bekerjasama dalam drama sebelumnya, Erysha tegaskan tidak ada hubungan romantik di antara mereka.

         

erysha emyra drama

        

9. Juga masyhur di dunia maya, nama Erysha sebagai seorang bintang media sosial adalah dengan lebih daripada 150,000 pengikut di TikTok dan 155,000 peminat di Instagram (IG).

        

aku bukan ustazah tv3

Drama berdasarkan karya novel Aku Bukan Ustazah karya Lyna Masud juga menampilkan lakonan daripada MK K Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae, Raden Zaharatul, Haneesya Hanee dan Qistina Khaled. Tayangan ini tersedia di saluran TV3.

       

10. Pada 1 November 2023, Erysha melalui momen yang menakutkan apabila kereta Mini Cooper yang dipandunya terbakar secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

         

aku bukan ustazah

        

Syukurlah, beliau berjaya keluar dari situasi itu tanpa sebarang kecederaan.

        

Untuk lebih info mengenai Erysha Emyra, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Erysha Emyra

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah (Slot Akasia TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Restu (iQIYI)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha, Leya Lawa (Tonton)

Baca: 10 Drama Thailand (Thai Drama) Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem, Drama Cinta Romantik Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

        

        

Kredit foto: Instagram Erysha Emyra , Facebook Erysha Emyra

        

Sumber:

1. Erysha besar kepala, tak berdisiplin?

2. 'Mujur saya sempat keluar' - Erysha Emyra panik, kereta terbakar di lebuh raya

3. Noniswara baru habis idah, Erysha Emyra kongsi keadaan ibu selepas pemergian bapa tiri

4. KICGMODELS

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)