Oleh pada 28 Feb 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Hun Haqeem

Sambutan hangat daripada penonton membawa kepada kesinambungan 45 buah episod terbaru drama bersiri ‘Angkara Cinta’.

Episod 70 asalnya dijadualkan sebagai episod akhir pada 5 Februari lalu, kini bagaimanapun membawa kepada kelangsungan 115 buah episod secara keseluruhan.

Siaran slot Tiara, saluran Astro Prima yang ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang ini turut dimuatkan di pelantar digital - aplikasi Astro GO dan On Demand.

Menampilkan lakonan Hun Haqeeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Syazwan Zulkifly, Nina Juren dan ramai lagi.

Untuk butiran penuh berkaitan drama ini, anda boleh baca artikel: Info Dan Sinopsis Drama Angkara Cinta 

Berikut dikongsikan 10 fakta menarik 'Angkara Cinta' yang ramai tak tahu!

pelakon angkara cinta 56

Kredit foto: Instagram Yuna Rahim

1. Sebuah karya adaptasi drama telenovela Filipina ‘Tayong Dalawa’ (The Two of Us) yang pernah menjadi sebutan sekitar tahun 2009.

2. Drama paling popular di Astro Prima dengan jumlah tontonan tertinggi sepanjang tahun 2020.

angkara cinta wikipedia

Kredit foto: Instagram Wanna Ali

3. Rangkaian video promosi secara digital mencecah lebih 8 juta tontonan!

    

4.  Pertambahan 45 episod baru membawa kepada olahan semula naskhah asal dan rombakan skrip bermula daripada episod 60.

episod angkara cinta

Kredit foto: Instagram Meerqeen

5. Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) di Lembah Klang bermula 13 Januari lalu memaksa pihak produksi berpindah lokasi ke Ipoh, Perak.

6. Penghantaran 'footage' penggambaran dilakukan setiap hari dari Ipoh kepada penyunting drama yang berada di Kuala Lumpur, dengan menggunakan perkhidmatan kurier.

drama angkara cinta 629

Kredit foto: Instagram Nina Juren

7. Rekaan set di Ipoh perlu diteliti agar tidak nampak perbezaan yang ketara dengan set di Kuala Lumpur supaya perubahan lokasi tidak jelas di mata penonton.

8.  Judul asal 'Angkara Cinta' sebenarnya adalah 'Takdir Kita', namun diubah pada saat-saat akhir!

angkara cinta episod 564

Kredit foto: Instagram Wanna Ali

9. Watak Meerqeen awalnya ditawarkan pada seorang pelakon senior, namun diambil alih Meerqeen disebabkan perihal tertentu.

   

yuna rahim

Kredit foto: Instagram Meerqeen

10. Meerqeen terlebih dahulu pernah ditawarkan Michael Ang untuk membintangi drama bersiri Satukan Rasa, namun beliau menolak kerana terikat dengan komitmen pengajian di kolej. Meerqeen akhirnya bersetuju dengan watak kedua daripada Michael iaitu peranan 'Haqeem' dalam 'Angkara Cinta'.

   

Baca: Biodata Hun Haqeem

Baca: Biodata Meerqeen

Baca: Biodata Wanna Ali

Baca: Biodata Yuna Rahim

   

meerqeen 15

Kredit foto: Instagram Wanna Ali

   

Sumber:

1. Drama Adaptasi ‘Angkara Cinta’ Disambung 45 Buah Episod

2. Meerqeen ganti pelakon senior




Hakcipta iluminasi.com (2017)