Oleh pada 11 Feb 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Malam penghargaan muzik, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 akan kembali diadakan pada 12 Februari 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Untuk tahun ini, tema 'Dimensi Muzik' bakal diangkat acara yang mengiktiraf lagu-lagu terbaik itu melibatkan komposer, penulis lagu dan penyanyi, serta akan mempertemukan dua pengacara wanita hebat, Sherry Alhadad dan Jihan Muse, untuk mengendalikan penganjuran kali ini.

Acara akan disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan juga dapat disaksikan dalam talian (online) di platform penstriman Tonton.

12 finalis bakal merebut gelaran Juara Lagu setelah melewati tahap Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) 37 pada November lalu iaitu yang dibawakan oleh para penyanyi muda termasuk berpengalaman tanah air iaitu Ernie Zakri, Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow, Liza Hanim, Shila Amzah, SonaOne, Alif Satar & The Locos, Shiha Zikir, Noki, MK K Clique, Khai Bahar, Aina Abdul, Marsha Milan Londoh, Amir Masdi, Naim Daniel dan Iman Troye.

Setiap tahun, pastinya hanya ada satu lagu yang dipilih sebagai juara keseluruhan sekaligus menandakan ia sebagai lagu terbaik sepanjang tahun.

Sesuatu yang pasti, saingan acara sudah mulai terasa ketika ruang media sosial ketika ini penuh dengan peminat muzik yang membuat andaian mereka tentang lagu mana yang akan menjadi pemenang keseluruhan AJL musim ini.

Sama-sama kita nantikan keputusan AJL37 malam Ahad ini dan jangan lupa untuk menontonnya. Rekod lepas, AJL36 memilih lagu "Pelukan Angkasa" yang dinyanyikan oleh kumpulan SOG dan Shila Amzah sebagai pemenang kategori utama, Juara Lagu.

ajl 2023

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Senarai Lagu Dan Finalis / Peserta

1. Korban - Ernie Zakri

Komposer: Ernie Zakri

Penulis lirik: Ernie Zakri

2. Bahagiakan Dia - Liza Hanim & Shila Amzah

Komposer: Aliff Iskandar

Penulis lirik: Aliff Iskandar, Que Afiq

3. Satu Malam di Temasek - Joe Flizzow dan Sonaone

Komposer: Sonaone

Penulis lirik: Joe Flizzow, Sonaone

4. Kembali Terang - Marsha Milan Londoh

Komposer: Senna, Ajin

Penulis lirik: Senna

5. Terus Hidup - Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul

6. Payung Pelangi - Noki & MK K Clique

Komposer: Noki, MK K Clique

Penulis lirik: Noki, MK K Clique

7. Irama - Shiha Zikir

Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, John Jeeves

Penulis lirik: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, John Jeeves

8. Nang - Iman Troye

Komposer: Ezra Kong, A. Ramlee

Penulis lirik: Ezra Kong, A.Ramlee

9. Debu - Dayang Nurfaizah & Amir Masdi

Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim

Penulis lirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim

    

10. Sengsara - Khai Bahar

Komposer: John Jeeves, Firdaus Rahmat, Omar K

Penulis lirik: John Jeeves, Firdaus Rahmat, Omar K

11. Mainan - Naim Daniel

Komposer: Firdaus Rahmat, Omar K, Mas Dewangga

Penulis lirik: Arisz Ab Rahman

12. Anugerah Terindah - Alif Satar & The Locos

Komposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Efry Arwis

Lirik: Alif Satar, Shah Shamshiri, Romeo

ajl 37

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Tema

AJL 37 akan menampilkan tema "Dimensi Muzik" berdasarkan pelbagai genre muzik yang selalu memperkaya industri muzik di negara ini. Konsep ini bakal disajikan melalui persembahan penyanyi bersaing dan artis jemputan, termasuk segmen pembukaan dan 'interlud' yang memuatkan unsur-unsur imbas kembali, refleksi, genre lagu dan zaman.

Kategori Pemenang

Komposer, penulis lirik dan penyanyi adalah tiga peranan yang akan diiktiraf melalui persaingan merebut enam trofi kategori iaitu :-

1. Juara Lagu

2. Tempat Kedua

3. Tempat Ketiga

4. Vokal Terbaik

5. Persembahan Terbaik

6. Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja Utama

Format Penjurian

Penentuan lagu terbaik melalui penilaian yang teliti dilakukan oleh pasukan juri profesional yang memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam industri muzik. Juri tersebut akan memberikan skor markah profesional yang dipengaruhi oleh kriteria seperti struktur melodi, lirik, penilaian vokal penyanyi dalam album mahupun secara langsung.

Sebelum pertandingan, 80 peratus daripada markah telah terlebih dahulu ditentukan, manakala 20 peratus yang lain akan diberikan berdasarkan persembahan pada malam kemuncak.

   

Senarai Juri

1. Datuk Mokhzani Ismail (Ketua Juri)

2. Datuk Acis

3. Ad Samad

4. Azlan Abu Hassan

5. Jari

6. LY

7. Altimet

8. Damian Mikhail

9. Noryn Aziz

10. Khir Rahman

   

Hadiah

Juara Lagu - Wang tunai RM100,000 dan trofi

Tempat Kedua - Wang tunai RMRM50,000 dan trofi

Tempat Ketiga - Wang tunai RM30,000 dan trofi

Vokal Terbaik - Wang tunai RM12,000 dan trofi

Persembahan Terbaik - Wang tunai RM12,000 dan trofi

Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja Utama - Wang tunai RM12,000 dan trofi

juara lagu 682

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

     

Penyanyi Jemputan

Malam kemuncak AJL 37 turut dihidupkan dengan persembahan penyanyi jemputan yang membawakan konsep genre muzik pelbagai, iaitu Azlan The Typewriter, Exist, Blues Gang, De Fam, Syamel, Wany Hasrita, Tuju, Loca, Waris, Kaka Azraff dan Kugiran Masdo.

     

Pengacara

Untuk malam kemuncak AJL 37, tugas pengacaraan pentas utama diterima oleh dua pengacara wanita yang terkenal, Sherry Alhadad dan Jihan Muse, sebagai hos utama.

Manakala, gandingan Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy akan mengendalikan acara Karpet Merah sebagai hos, dengan Imran Aqil dan Nadia Hasnan bertanggungjawab sebagai hos belakang pentas AJL 37.

Penaja

Pemain utama dalam industri kosmetik organik, Alha Alfa Cosmetics, diumum sebagai penaja utama AJL37. Empayar perniagaan Alha Alfa Cosmetics, yang mengeluarkan produk kosmetik dengan slogan 'Perbezaan Kita Adalah Keunikan Kita', didirikan oleh usahawan, pengasas muda dan jurusolek terkenal, Alha (juga dikenali sebagai Datuk Seri Abdul Al Halim Al Fadzil).

anugerah juara lagu 2023

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Tarikh Dan Waktu Siaran

AJL 37 akan disiarkan secara langsung melalui saluran TV3 dari lokasi ikonik, Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 12 Februari 2023 pukul 9 malam.

Penonton juga boleh menstrim secara langsung dalam talian (online) di platform video Tonton.

Tiket dengan harga antara RM50 hingga RM300 dapat dibeli dengan mengunjungi laman web Tonton.

   

Baca: 10 Fakta Penyanyi Aina Abdul Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Senarai Keputusan Pemenang AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37

Baca: Senarai 30 Lagu Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik 37 (SFMM 2022)

Baca: Keputusan Juara, Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) 2021 / 2022

Baca: Senarai 12 Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 36 (2021 / 2022)




Hakcipta iluminasi.com (2017)