Kredit foto: Instagram Harry Khalifah

Dua figura muda seni nyanyian tanah air, adik-beradik popular, penyanyi Chombi dan Mizan tentunya tidak asing lagi dalam kalangan generasi muda atau BBNU.

Chombi yang berusia 15 tahun, meledak dengan lagu popularnya, Rindu Rindu dan Sayunk (Sayang) I Love You.

Sementara Mizan, 17, dikenali ramai menerusi single hit, Ayah Ibu dan Keluhan Hati.

Adik-beradik ini sememangnya berbakat besar dan nama mereka mula terkenal selepas mencapai impian menjadi penyanyi.

Seperti yang diketahui, Chombi dan Mizan mempunyai bapa yang juga tidak kurang hebatnya, Harry Khalifah atau dikenali sebagai Apak. Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan?

Darah seni mereka yang mengalir adalah bakat yang diwarisi daripada bapa mereka.

Jom semak 10 fakta menarik mengenai Harry yang merupakan gitaris kumpulan Khalifah dan bekas ahli kumpulan Jinbara ini.

10 Fakta Apak Harry Khalifah, Bapa Penyanyi Chombi Dan Mizan

harry khalifah 999

1. Penyanyi berumur 42 tahun itu berasal dari Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia.

apak 667

2. Mempunyai tiga orang adik beradik dalam keluarga kecilnya.

apak harry khalifah

3. Mendapat tunjuk ajar nyanyian daripada bapanya, Muhammad Redzwan Shamsudin yang merupakan sebahagian daripada perjalanan karier seninya, sejak kecil.

harry khalifah umur

4. Hari lahir anak perempuan Harry, Chombi jatuh pada hari yang sama dengan ulang tahun hari kelahiran bapanya yang telahpun meninggal dunia.

apak khalifah

5. Deretan lagu popularnya termasuklah Suaramu Syairku, Dia Milik Orang, Abang Lori Tenonenonet, Seishin, Adik Manis (duet bersama Pak Azad), Doa Ku Pohonkan dan Padu Bossku (menampilkan UNIC).

chombi 660

6. Mendapat jolokan sebagai penyanyi 'leman' — forte dan identiti yang membuat dia kekal dikenali sehingga kini.

harry khalifah family

7. Berkahwin dengan wanita pilihan hati, Noormala pada 12 Ogos 2004 dan sehingga kini perkongsian hidup mereka telah dianugerahkan lapan orang anak.

8. Selepas menimang cahaya mata kelapan pada Januari lalu, dia bakal dikurniakan seorang lagi anak apabila isterinya dilaporkan hamil cahaya mata kesembilan, baru-baru ini.

mizan harry khalifah 885

9. Pernah mengutip tin kosong untuk menjana pendapatan yang menjadi antara pekerjaan 'penyelamat'nya semasa menempuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

10. Selepas kali terakhir muncul dengan lagu Suaramu Syairku pada Oktober 2020, Harry bakal melancarkan sebuah single terbaru berjudul Rokiah dalam masa terdekat ini.

Untuk biodata asas Harry Khalifah, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Komposer Dan Penyanyi Harry Khalifah

Baca: Biodata Damia, Penyanyi Lagu Pasrah, Anak Angkat Apak Harry Khalifah

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Mizan Harry Khalifah

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Chombi

Baca: 10 Fakta Penyanyi Chombi Yang Ramai Tahu!

harry khalifah instagram

lagu harry khalifah 542

Kredit foto: Instagram Harry Khalifah

Kredit video: Harry - Suaramu Syairku (Official Music Video)

Sumber:

1. Apak Khalifah bagi petua pikat Chombi, pengutip tin pun boleh cuba - “Tak salah mengurat, tapi jangan bawa keluar malam!”

2. Fuh! Petik Gitar Je Pun, Tapi Lebih 201,000 Tonton Muzik Video Seishin Apak Harry Khalifah Di Youtube.

3. Tergamak rakan artis mengata Harry Khalifah, dituduh punca industri muzik tak maju… “Hina sangatkah saya?”




Hakcipta iluminasi.com (2017)