Oleh pada 02 Mar 2024 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) akan diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil. AJL38 menjadi platform utama untuk mengiktiraf bakat dan kreativiti pengkarya muzik tempatan dengan 12 lagu bersaing meraih gelaran Juara Lagu.

        

ajl 2024 32239

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Senarai Finalis Lagu / Peserta

1. Sutera - Aisha Retno

Komposer: Aisha Retno, MFMF

Penulis lirik: Aisha Retno

       

2. Darah - Marsha Milan Londoh

Komposer: Naim Daniel & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Naim Daniel & Firdaus Rahmat

       

3. Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul

      

4. Astana - Ernie Zakri

Komposer: Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel

Penulis lirik: Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel

       

5. Hasrat - Amir Jahari

Komposer: Amir Jahari

Penulis lirik: Amir Jahari

       

6. Waktu - Hasif Upin & Ziana Zain

Komposer: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

      

7. Bintang - Hael Husaini

Komposer: Hael Husaini

Penulis lirik: Hael Husaini

      

8. Santai - Naqiu (Menggantikan Faizal Tahir)

Komposer: Faizal Tahir

Penulis lirik: Faizal Tahir

     

9. Selagi Ku Ada - Khai Bahar & Nabila Razali

Komposer: Amylea

Penulis lirik: Amylea

       

10. Inilah Jalannya - Kugiran Masdo

Komposer: Noh Salleh

Penulis lirik: Noh Salleh

       

11. Kucuma - Wany Hasrita & Afieq Shazwan (Menggantikan Datuk Jamal Abdillah)

Komposer: A Ramlee & Ezra Kong

Penulis lirik: A Ramlee & Ezra Kong

       

12. Kalam - Shiha Zikir

Komposer: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

          

ajl 38 87552

AJL ke-38 bakal mengambil tempat di lokasi, Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Tema

Malam AJL 38 menampilkan tema "Muzikaverse", gabungan "Muzik" dan "Multiverse" yang bermaksud merangkumi dunia penyanyi, penulis lirik dan komposer dalam karya lagu. Dengan bajet kos besar dan konsep ekstravaganza, AJL38 menjanjikan edisi ikonik dan bersejarah, menyatukan bakat muda dan 'senior'.

         

Kategori

AJL merupakan anugerah muzik berprestij yang menghargai komposer, penulis lirik dan penyanyi. AJL38 akan menyaksikan pertandingan 12 lagu dalam merebut trofi Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa. Penonton boleh mengundi untuk Persembahan Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa pada malam AJL38.

         

1. Juara Lagu

2. Tempat Kedua

3. Tempat Ketiga

4. Vokal Terbaik

5. Persembahan Terbaik

6. Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Alha Alfa

        

juara lagu schedule ticket full 90925

Kredit foto: Instagram Tonton MY

         

Cara Undi

Kategori Persembahan Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa dibuka kepada undian orang ramai.

Undian boleh dilakukan di laman sesawang www.tonton.com.my/ajl38. Ahli aplikasi Tonton yang sudah berdaftar boleh mengundi persembahan terbaik sebanyak 10 undian, manakala pelanggan TontonUp menerima 50 kredit undian.

        

Format Penjurian

AJL adalah platform pengiktirafan bagi komposer, penulis lirik dan penyanyi untuk karya terbaik. Dengan kepakaran dan pengalaman, juri AJL melakukan penilaian teliti berdasarkan struktur melodi, lirik dan vokal dalam album, serta persembahan langsung.     

Penjurian dijalankan dengan menggunakan markah 80 peratus yang telah dinilai lebih awal, sementara bahagian baki iaitu 20 peratus bergantung kepada persembahan semasa malam kemuncak.

        

Senarai Juri

Penilaian persembahan 12 finalis AJL 37 melibatkan sepuluh juri profesional termasuk Datuk Wah Idris, Datuk Acis, Jari, LY, Azlan Abu Hassan, Ad Samad, Noryn Aziz, Efry Arwis, Adlin Aman Ramlie serta Datuk Mokhzani Ismail sebagai ketua juri.

              

Hadiah

Juara Lagu - Wang tunai RM100,000 dan trofi

Tempat Kedua - Wang tunai RM50,000 dan trofi

Tempat Ketiga - Wang tunai RM30,000 dan trofi

Vokal Terbaik - Wang tunai RM12,000 dan trofi

Persembahan Terbaik - Wang tunai RM12,000 dan trofi

Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Alha Alfa - Wang tunai RM12,000 dan trofi

           

Penyanyi Jemputan

Persembahan pembukaan dan 'interlude' pada AJL38 dijanjikan sebagai yang terbaik dan ikonik dalam sejarah.

Senarai penyanyi undangan terdiri daripada Ella, Datuk Zainal Abidin, Dayang Nurfaizah, Shila Amzah, Vanessa Reynauld dan Sissy Iman.

Sentuhan magis barisan pemuzik Malaysia berpengalaman akan melengkapkan AJL38 di bawah pimpinan Genervie Kam Shi Ling, isteri penyanyi ternama Hazama, sebagai pengarah muzik untuk persembahan 'live'.

               

Pengacara

AJL38 akan disulami dan diserikan dengan kehadiran pengacara terkenal, Sherry Alhadad dibantu oleh seorang hos yang masih menjadi rahsia pada masa ini.

Manakala, Fizi Ali dan Fiza Frizzy akan membuka tirai acara dengan temu bual bersama para bintang di Karpet Merah (Red Carpet) AJL 38.

         

Kemaskini: Sherry Alhadad digandingkan bersama Alif Satar sebagai pengacara pentas utama.

          

Penaja

Alha Alfa menaja AJL 38 bersama Applecrumby. Diketuai oleh jurusolek terkenal Datuk Seri Alha Alfa, Alha Alfa Cosmetics aktif di pasaran tempatan selama lapan tahun. Alha merupakan ikon di kalangan jurusolek muda dan membina empayar perniagaan dengan kejayaan dalam pengeluaran produk kosmetik organik.

         

Rakan Digital Dan Radio Rasmi

AJL38 menampilkan Tonton sebagai platform penstriman eksklusif, seiring kerjasama bersama Hot FM (Rakan Radio) dan Oh Bulan, Seismik serta Xtra (Rakan Digital).

        

tarikh ajl 38 83683

AJL38 mendapat tajaan daripada Dato Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil (Alha Alfa). Kredit foto: Instagram Tonton MY

       

Tarikh Dan Waktu Siaran

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 3 Mac 2024. Ia akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton pada jam 9 malam. Penonton juga dapat menikmati Karpet Merah AJL 38 di TV9 pada 3 Mac 2024, jam 8.30 malam, serta melalui aplikasi Tonton. Tiket AJL38 boleh dibeli bermula 5 Februari 2024 di laman web www.tonton.com.my dengan harga dari RM68 (Aras 4), RM78 (Aras 3), RM 178 (Arena) hingga RM 398 (Front Seat).

        

Baca: Biodata Amir Jahari, Penyanyi Lagu Hasrat, Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Aisha Retno, Penyanyi Lagu Sutera, Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

Baca: Biodata Hasif Upin, Penyanyi Lagu Waktu (Duet Bersama Ziana Zain), Finalis Anugerah Juara Lagu 38 (2024)

Baca: Senarai 30 Lagu Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik 38 (SFMM 2023)

Baca: Senarai Keputusan Pemenang AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37

Baca: Senarai Finalist, Tarikh, Info Penuh AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37

Baca: Senarai Calon Top 5, Kategori, Persembahan, Penyampai Trofi, Undian, Tarikh Gempak Most Wanted Awards 2023 / 2024 (Astro)

       

Tajuk program? Anugerah Juara Lagu (AJL) 38

Bila dan tayang hari apa? 3 Mac 2024 (Ahad), pukul 9 malam

Tonton di mana? Saluran TV3 atau strim platform online, Tonton (secara live streaming)

         

Kredit video Youtube: AJL 38 | 12 Lagu Berentap Di Pentas AJL

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)