Oleh pada 14 Dec 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

      

Rancangan variasi yang menyusun carta lagu mingguan paling popular di Malaysia, Muzik Muzik, kini memasuki peringkat separuh akhir bagi edisi ke-38, pada 15, 16 dan 17 Disember 2023 ini.

Untuk kali ini, sejumlah 30 lagu berjaya melangkah ke Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SAMM38), bersaing untuk memenangi tiket ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38).

Saingan yang cukup dinanti oleh peminat muzik Malaysia ini melibatkan penyanyi, penulis lirik dan komposer yang mengusung pelbagai genre pada kali ini, menambah saingan dan ketegangan pertandingan.

Penyertaan penyanyi-penyanyi senior seperti Datuk Jamal Abdillah, Ziana Zain, Faizal Tahir, Siti Nordiana dan Liza Hanim, menyinari saingan vokal, sekaligus menyorot pertentangan antara golongan lama dan baharu.

Dalam kalangan artis yang akan berentap di SAMM38 juga adalah termasuk Hael Husaini, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Ernie Zakri, Marsha Milan Londoh, Shiha Zikir, Hazama, Syamel, Naqiu (Boboy), Mojo, Aisha Retno dan ramai lagi.

Lagu-lagu yang lolos akan dipentaskan secara langsung di SAMM38 yang akan dihoskan oleh pengacara Izzue Islam dan Fiza Frizzy.

Acara ini disampaikan oleh penaja utama, Alha Alfa, dan turut disokong oleh rakan penaja, U Mobile. OhBulan!, XTRA dan Seismik juga turut hadir sebagai rakan digital, sementara Hot FM menyertai sebagai rakan radio.

Dalam tempoh tiga hari penyiaran langsung tersebut, peminat-peminat dapat memberikan undian bagi lagu pilihan mereka menerusi Undian Lagu Pilihan Alha Alfa, selaku penaja utama, dengan cara mengimbas kod QR yang tertera.

Episod SFMM38 akan diramaikan dengan aksi penyanyi jemputan, termasuk Noraniza Idris (episod pertama), Akim & The Majistret (episod kedua) dan Search (episod ketiga).

Bersiaran secara langsung dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada 15, 16 dan 17 Disember 2023, pukul 3 petang di saluran TV3, SAMM38 dapat diakses live dalam HD menerusi aplikasi Tonton.

Sebagai catatan, dalam edisi AJL ke-37 yang lalu, lagu "Terus Hidup" nyanyian Aina Abdul telah dinobatkan sebagai pemenang.

Malam berprestij AJL 38 akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 3 Mac 2024.

         

semi final muzik muzik 38

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

          

Trivia

1. Bagi tahun ini, 14 buah lagu balada telah terpilih, manakala yang lain adalah dari pelbagai genre yang berbeza.

2. Khai Bahar melangkah dengan membawa tiga buah lagu, termasuk "Oh! Wanita" dan dua lagu duet, "Selagi Ku Ada" bersama Nabila Razali dan "Kaulah Syurga" (dengan Lia Aziz).

3. Tiga penyanyi lain yang berjaya melepasi SAMM 38 menerusi dua lagu adalah Shiha Zikir (Tusuk dan Kalam), Marsha Milan Londoh (Ilusi dan Darah), serta Haqiem Rusli (Aku Dan Perasaan dan Di Sebalik Rahsia).

4. Aisha Retno, Elica Paujin, Defam dan Hasif Upin mencatatkan nama mereka sebagai pencalonan sulung.

5. Ziana Zain, penyanyi yang dikenali dengan vokal mantapnya, sekali lagi menghidupkan pentas SAMM dengan lagu duet "Waktu" bersama Hasif Upin yang turut mendapat penyertaan.

6. Edisi ini turut menyaksikan kembali ke pentas, bekas juara AJL, Hael Husaini dan juara tahun lalu, Aina Abdul. Aina Abdul mempersembahkan lagu ciptaannya sendiri, "Jangan Mati Rasa Itu", manakala Hael membawakan lagu ciptaannya yang bertajuk "Bintang."

7. Lebih dari satu dekad berlalu, Datuk M Nasir, komposer ulung yang sering disapa 'sifu', kembali ke dalam pertarungan ini, mempertaruhkan karya emas terbaharunya, "Menyantun Kasih" yang dinyanyikan oleh Siti Nordiana.

Dalam sejarah AJL, M.Nasir mencorakkan prestasi cemerlang dengan memenangi trofi sebanyak empat kali, menerusi lagu-lagu seperti "Tanya Sama Itu Hud-Hud" pada 1994, "Ghazal Untuk Rabiah" (1997), "Andalusia" (1999) dan "Awan Nano" (2011).

8. Di samping M Nasir, komposer senior yang turut mengecapi peringkat SAMM 38 adalah Edry Abdul Halim (KRU), menerusi lagu "Korbankan Kita" nyanyian kumpulan Mojo.

9. Iqie Hugh, komposer yang masih muda berusia 29 tahun, menonjolkan penguasaannya melalui lima lagu yang dihasilkannya, dengan ada melibatkan kolaborasi dan ilham bersama pencipta senior, Omar K.

Gubahan mereka merangkumi "Ilusi" (Marsha Milan dan Hazama) dan "Tusuk" (Shiha Zikir), serta kerjasama bersama John Jeeves dan Firdaus Rahmat untuk lagu "Waktu" duet antara Hasif Upin dengan Ziana Zain.

10. Pada kali ini, enam juri terlibat dipilih berdasarkan pengalaman dan kebolehan mereka dalam industri muzik.

Berikut adalah senarai penuh lagu-lagu yang bakal berentap di SFMM38.

         

Senarai Lagu Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik 38 (SAMM / SFMM 38) Edisi 2023

semi final muzik muzik 2023

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

*Lagu-lagu yang disenaraikan tidak berdasarkan turutan / giliran persembahan.

        

Episod 1 (Hari 1) - Jumaat, 15 Disember 2023

        

1. Oh! Wanita - Khai Bahar

Komposer: Harry Khalifah

Penulis lirik: Harry Khalifah

        

2. Waktu - Hasif Upin & Ziana Zain

Komposer: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

         

3. Kucuma - Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah

Komposer: A Ramlee & Ezra Kong

Penulis lirik: A Ramlee & Ezra Kong

        

4. ⁠Ilusi - Marsha Milan Londoh & Hazama

Komposer: Iqie Hugh, Shazreq Azeman & Omar K

Penulis lirik: Iqie Hugh, Shazreq Azeman & Omar K

        

5. Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul

        

6. Tusuk - Shiha Zikir

Komposer: Iqie Hugh & Omar K

Penulis lirik: Iqie Hugh & Omar K

        

⁠7. Hasrat - Amir Jahari

Komposer: Amir Jahari

Penulis lirik: Amir Jahari

        

8. Kaulah Syurga - Khai Bahar & Lia Aziz

Komposer: Asfan Shah

Penulis lirik: Siti Rosmizah

        

⁠9. Bahagia Milik Kita - Syamel

Komposer: Syamel & Ahmad Jeffny

Penulis lirik: Syamel

       

10. Racun - Elica Paujin & Dem Lepak Boyz

Komposer: Iqie Hugh & Aniq Iffat

Penulis lirik: Iqie Hugh & Aniq Iffat

         

11. Inilah Jalannya - Kugiran Masdo

Komposer: Noh Salleh

Penulis lirik: Noh Salleh

        

Episod 2 (Hari 2) - Sabtu, 16 Disember 2023

         

1. Korbankan Kita - Mojo

Komposer: Edry Abdul Halim

Penulis lirik: Edry Abdul Halim

        

2. Astana - Ernie Zakri

Komposer: Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel

Penulis lirik: Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel

        

3. Menyantun Kasih - Siti Nordiana

Komposer: Datuk M. Nasir

Penulis lirik: Keon

        

4. Sejuta Maaf - Liza Hanim

Komposer: Sirkhan & Rinkarnaen

Penulis lirik: Sirkhan

         

5. Sutera - Aisha Retno

Komposer: Aisha Retno, MFMF

Penulis lirik: Aisha Retno

        

6. Kalam - Shiha Zikir

Komposer: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

       

7. Alah Bisa - Amira Othman & Putera Muhammad (Menggantikan Faizal Tahir)

Komposer: Glow Rush

Penulis lirik: Mage, Nick Ariff, Glow Rush, Faizal Tahir & Acap Salim

        

8. Cinta Sahabiyah - Datin Alyah

Komposer: Datin Alyah & Omar K

Penulis lirik: Datin Alyah

        

⁠9. Cinta Hanya Buatan - Muna Shahirah & Afieq Shazwan

Komposer: Gouffran & Ibnu

Penulis lirik: Gouffran & Ibnu

        

10. Kamu Kamu - Wani Kayrie

Komposer: Ziin

Penulis lirik: Jerry

        

Episod 3 (Hari 3) - Ahad, 17 Disember 2023

        

1. Santai - Naqiu (Menggantikan Faizal Tahir)

Komposer: Faizal Tahir

Penulis lirik: Faizal Tahir

        

2. Dua Darjat - Black Hanifah

Komposer: Nyawablack

Penulis lirik: Nyawablack & Amintot

        

3. ⁠Selagi Ku Ada - Khai Bahar & Nabila Razali

Komposer: Amylea

Penulis lirik: Amylea

        

4. Bintang - Hael Husaini

Komposer: Hael Husaini

Penulis lirik: Hael Husaini

        

5. Darah - Marsha Milan Londoh

Komposer: Naim Daniel & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Naim Daniel & Firdaus Rahmat

         

6. Aku, Hati Dan Perasaan - Haqiem Rusli

Komposer: Haqiem Rusli

Penulis lirik: Haqiem Rusli

        

7. Budi - Sufian Suhaimi ft Luca Sicta dan Kmy Kimo

Komposer: Kmy Kmo & Luca Sickta

Penulis lirik: Kmy Kmo & Luca Sickta

         

8. Di Sebalik Rahsia - Haqiem Rusli

Komposer: Haqiem Rusli & Sharon Paul

Penulis lirik: Haqiem Rusli & Fahmi Zafran

        

9. Berubah - Defam

Komposer: Mage, Faizal Tahir & Sophia Liana

Penulis lirik: Mage, Faizal Tahir & Sophia Liana

        

Baca: Senarai 12 Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024) : Keputusan Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik (SFMM) 2023

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 (GV11)

Baca: Senarai Finalis, Tarikh, Info Penuh AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37

Baca: Senarai Keputusan Pemenang AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37

Baca: Senarai Lagu Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik 37 (SFMM 2022)

        

Tajuk program? Separuh Akhir Muzik Muzik (SAMM)

Berapa episod? 3 episod

Hari apa? Jumaat hingga Ahad (Tarikh : 15, 16 dan 17 Disember 2023)

Bila tayang? Jam 3 petang

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

        

Kredit video: FULL Muzik Muzik 38 (2023) | 10 Dec - Wani Kayrie, Amir Jahari & Aisha Retno

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)